Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
banjir kedah 5124 mangsa
Kredit: Agensi Pengurusan Bencana Negara

Status Bencana Di Dua Negeri, Babit 5,210 Mangsa

Azizah Najib

Status Bencana Di Dua Negeri, Babit 5,210 Mangsa

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) mengeluarkan laporan terkini berkenaan kejadian bencana di seluruh negara.

Menerusi laporan yang dimuat naik di portal rasmi, laporan jam 4 petang tadi menunjukkan terdapat dua negeri yang mengalami bencana setakat ini.

Bencana ini melibatkan kejadian banjir di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena di Kedah manakala kejadian kebakaran di Betong, Sarawak.

BACA: Beberapa Kawasan Di 10 Negeri Dijangka Dibadai Hujan Lebat Petang Ini

Di Kedah, jumlah mangsa banjir yang berada di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang aktif di seluruh negeri adalah seramai 5,124 mangsa dari 1,625 keluarga.

Manakala di Sarawak, seramai 86 orang mangsa dari 23 keluarga berada di PPS akibat bencana kebakaran.

Setakat ini, satu kematian dicatatkan di Kota Setar, Kedah melibatkan seorang wanita dewasa.

Dalam laporan berkenaan, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan peningkatan aras air dan curahan hujan beberapa tempat di negeri Kedah pada tahap bahaya di Sungai Melaka, Pulau Langkawi dan Sungai Kedah (Senara), Pendang.

BACA: Pascabanjir Kedah: Kerajaan Umum Peruntukan RM13 Juta – PM Anwar

Paras air dan curahan hujan bagi Sungai Kedah (Pendang), Pendang dan Sungai Kedah (Kubang Pasu) menunjukkan penurunan tren manakala Sungai Kedah (Kampung Padang Pasir) tiada perubahan.

Namun, ketiga-tiga stesen ini menunjukkan paras air dan curahan hujan masih berada di tahap bahaya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan, sebanyak 10 negeri bakal dilandai hujan lebat dan ribut petir iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan elakkan berada di tempat berisiko. Patuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

BACA: Bumi Bakal Punyai ‘Bulan Mini’ Sementara Selama Dua Bulan

BACA: Ini Cara Untuk Tahu Badan Berbau Busuk Atau Tidak