Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Aircond Kereta Tak Sejuk? Mekanik Dedah Punca Utama Masalah
Penghawa dingin (aircond) kereta merupakan salah satu komponen penting yang memastikan pemandu dan penumpang kekal selesa.
Lebih-lebih lagi apabila memandu di negara seperti Malaysia yang sentiasa mengalami cuaca panas terik.
Aircond yang berfungsi dengan baik bukan sahaja membuatkan perjalanan lebih menyenangkan, tetapi juga membantu mengekalkan tumpuan pemandu di jalan raya.
Sekiranya aircond kereta tiba-tiba berhenti mengeluarkan hawa sejuk, pasti ada yang tidak kena dengan kenderaan kita. Persoalannya, apa punca aircond kereta menjadi tidak sejuk?
Justeru, kali ini, SK ingin kongsikan kepada anda tiga sebab utama mengapa masalah ini boleh berlaku.
Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @altimatautogarage.
Tiga punca utama aircond kereta tidak sejuk
Menurut @altimatautogarage, setiap sistem aircond kereta mengandungi gas penyejuk atau refrigerant, yang memainkan peranan penting dalam proses penyejukan udara dalam kereta.
Sekiranya bahan penyejuk ini berkurangan, sistem aircond tidak akan dapat mengeluarkan udara sejuk seperti biasa.
Oleh itu, anda perlu menambah refrigerant tambahan bagi memastikan aircond kereta anda kembali berfungsi dengan baik.
Motor kipas berfungsi untuk mengedarkan udara sejuk ke seluruh kabin kereta.
Komponen ini sangat penting kerana ia membantu dalam proses penyejukan dan memastikan udara sejuk mengalir dengan lancar ke dalam kabin.
Sekiranya motor kipas rosak atau berhenti berfungsi, bukan sahaja aircond tidak akan sejuk, malah ia juga boleh menyebabkan enjin kereta menjadi terlalu panas (overheat).
Seterusnya, ini juga yang akan menambah lagi masalah pada komponen lain dalam kenderaan anda.
Salah satu sebab utama mengapa aircond kereta tidak sejuk adalah kerana kebocoran gas penyejuk.
Apabila terdapat kebocoran, gas dalam sistem penghawa dingin akan berkurangan atau hilang sepenuhnya.
Ini mengakibatkan kompresor tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan gas yang diperlukan untuk menyejukkan udara.
Kebiasaannya, mekanik akan menggunakan alat khas untuk mengesan kebocoran pada sistem aircond.
Oleh itu, jika kenderaan anda mengalami masalah seperti yang di atas, anda perlu segera membawa kenderaan ke pusat penyelenggaraan untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga bermanfaat.
BACA: Tulis 40 Buku Di Usia 11 Tahun, Kenali Muhammad DeLiang Al-Farabi
BACA: Minah Saleh Hairan Malaysia Jual “Baju Musim Sejuk”, Jawapan Netizen Bikin Terhibur
BACA: Gelagat Wartawan Temu Bual Mangsa Banjir Curi Perhatian Warga Maya
Sumber: @altimatautogarage via TikTok