Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: EPA-EFE

Badan Penerbangan PBB Putuskan Rusia Bertanggungjawab Insiden MH17 Ditembak Jatuh – Laporan

Hannah

Badan Penerbangan PBB Putuskan Rusia Bertanggungjawab Insiden MH17 Ditembak Jatuh – Laporan

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (12 Mei) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat Malaysia ditembak jatuh di ruang udara Ukraine yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda dan 38 warga atau penduduk Australia, menurut kenyataan berasingan kerajaan Belanda dan Australia, lapor Reuters.

Menurut laporan itu, kedua-dua kerajaan memaklumkan bahawa Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mempertimbangkan bentuk pampasan yang sesuai dalam beberapa minggu akan datang.

BACA: WWF-Malaysia Gesa Bina Bonggol Jalan Di Kawasan Lintasan Hidupan Liar

Penerbangan Malaysia Airlines MH17, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, ditembak jatuh di timur Ukraine ketika pertempuran hebat antara pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.

Pada November 2022, laporan itu menyebut bahawa mahkamah Belanda mensabitkan dua lelaki warga Rusia dan seorang lelaki warga Ukraine atas kesalahan membunuh secara “in absentia” kerana peranan mereka dalam serangan tersebut.

Moscow menyifatkan keputusan itu sebagai “skandal” dan menyatakan tidak akan mengekstradisi warganya, menurut laporan tersebut.

Reuters melaporkan bahawa kes itu difailkan pada 2022 oleh Australia dan Belanda.

“Keputusan ini merupakan langkah penting ke arah mencari kebenaran serta mencapai keadilan dan akauntabiliti bagi semua mangsa MH17 serta keluarga dan orang tersayang mereka,” kata Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp seperti dipetik.

“Keputusan ini juga menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa: sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan.”

Belanda dan Australia mahu Majlis ICAO mengarahkan Rusia supaya memulakan rundingan mengenai pampasan, tambahnya.

BACA: Hyperloop China Dalam Ujian, Disasar Capai Kelajuan Setanding Kapal Terbang

Menteri Luar Australia Penny Wong pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya mengalu-alukan keputusan itu dan menggesa ICAO bertindak segera dalam menentukan bentuk pampasan yang sesuai.

“Kami menggesa Rusia supaya akhirnya mengakui tanggungjawabnya terhadap tindakan keganasan yang dahsyat ini dan membayar pampasan atas salah laku berat yang dilakukan, seperti yang dituntut di bawah undang-undang antarabangsa,” Wong dipetik sebagai berkata.

ICAO tidak mempunyai kuasa perundangan tetapi mempunyai pengaruh moral dan menetapkan piawaian penerbangan global yang diguna pakai oleh sebahagian besar 193 negara anggotanya, menurut laporan tersebut.

Bernama sedang menghubungi Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklum balas.

BACA: Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling

Sumber: BERNAMA