Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit: Bernama

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

Azizah Najib

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

KUCHING, 15 Ogos (Bernama) — Atlet wushu Walid Lachkar mengukir sejarah tersendiri apabila muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen Brunei di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2014 di Perlis.

Pada SUKMA 2014, Brunei membuat kejutan apabila memenangi pingat emas menerusi Md Izzuddin Irfan Md Faizal dalam acara kumite lelaki lebih 84 kilogram (kg), menewaskan wakil Johor Julius Goh 9-2.

Walid, 19, tampil dengan gerakan tangkas dan kemas dalam acara daoshu di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613 mengetepikan 18 peserta lain sekali gus mengesahkan kemenangan bersejarah buat Brunei.

BACA: Raih Pingat Emas, Arshad Nadeem Pernah Pergi Latihan Guna Duit Orang Kampung

Lebih manis, pingat emas yang diraih hari ini adalah yang pertama buat kem wushu Brunei di pentas SUKMA.

“Sudah tentu saya sangat gembira kerana bukan saja menang emas pertama Brunei di SUKMA 2024 tapi juga dalam skuad wushu Brunei di SUKMA.

“Memandangkan wushu acara pertama kami, saya berharap acara lain juga akan beraksi dengan baik begitu juga untuk rakan sepasukan saya yang akan turun bertanding esok. Saya juga berharap semua atlet Brunei menunjukkan prestasi terbaik mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

BACA: Piala FA: Faisal Halim ‘Bertopeng’ Kembali Ke Padang Pada Sesi Pemanas Badan

Pingat perak acara itu menjadi milik atlet Melaka, Ronn Lee yang meraih 9.593 mata dan Kwan Yin Jie dari Wilayah Persekutuan memperoleh gangsa selepas mengutip 9.590 mata.

Brunei merupakan kontinjen jemputan dalam temasya sukan dwitahunan kebangsaan yang memasuki edisi ke-21 kali ini.

Sementara itu, atlet Melaka Wong Kai Xin merangkul emas acara daoshu wanita dengan kutipan mata 9.600 diikuti wakil Pulau Pinang Coleen Cheah Weiqi yang meraih perak (9.586 mata) dan Lee Jia Rong dari Johor memungut 9.520 mata untuk gangsa.

BACA: Romantik, Lepas Kalung Emas Di Leher, Atlet China Terima Pula Cincin Lamaran Di Jari

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan bermula semalam.

Sumber: BERNAMA