Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Bukan Peringatan Biasa, Jurutera Perisian Jelaskan Maksud “Encrypted” Di WhatsApp
Penggunaan aplikasi komunikasi sudah tidak dapat dielakkan pada ketika ini. Jika dahulu, kita hanya berhubung menerusi corong telefon, kini tidak lagi.
Malah, semakin ramai dapat berhubung tanpa perlu mengeluarkan suara, hanya dengan menggerakkan jari.
Dalam era digital ini, aplikasi komunikasi digital menjadi medium utama perbualan harian masyarakat. Setiap mesej dihantar berkemungkinan tinggi mengandungi maklumat peribadi, urusan kerja dan perbualan sulit.
Tanpa disedari, risiko kebocoran data dan pencerobohan privasi sentiasa wujud.
Oleh itu, aspek keselamatan dan privasi perbualan menjadi keutamaan pengguna yang semakin celik IT. Ramai yang bergantung kepada janji keselamatan aplikasi, namun tidak benar-benar memahami bagaimana ia berfungsi.
Berikutan itu, seorang jurutera perisian tampil memberi penjelasan ringkas. Menerusi laman Thread miliknya, Razi Fauzii berkongsi tentang fungsi encrypted yang sering kita lihat di aplikasi WhatsApp.
Ikuti penjelasannya di bawah.
Mesti masa awal-awal kerja, ada beberapa orang rakan sekerja sebut:
“Jangan risau, semua data pelanggan kita encrypted.”
Korang pun angguk je. Padahal tak tau encrypted tu sebenarnya maksud apa?
Lepas tu korang asyik dengar perkataan ni dekat mana-mana pun.
“This app is encrypted.”
“Use encrypted connection.”
“Berlaku kebocoran data sebab tak encrypted.”
Hari ni aku tunjuk, sebenarnya korang dah guna encryption setiap hari. Seriously. Buka WhatsApp korang, aku tunjuk.
Encryption sama dengan campur aduk data korang supaya hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh baca. Korang dah guna encryption setiap hari. Tak percaya?
Buka WhatsApp korang sekarang. Tengok atas sekali dalam mana-mana chat. Ada tulis: “Messages and calls are end-to-end encrypted”
Tu dia. Setiap kali korang hantar mesej WhatsApp, korang tengah guna encryption. Ikon mangga yang korang selalu nampak tapi tak pernah pun terfikir sangat pasal tu? Itulah encryption yang lindungi mesej korang.
Jom aku tunjuk dekat korang apa yang berlaku sebenarnya di sebalik tabir.
Bila korang taip dan hantar mesej WhatsApp, ni yang berlaku.
Langkah 1: Telefon korang ‘kunci’ mesej tu.
Sebelum hantar, telefon korang akan campur adukkan mesej tu secara automatik jadi lebih kurang macam ni “Lk5Hp2cRfVYqjWwEo7aXbN9Z0mC8tP”. Mesej asal hilang. Digantikan dengan teks ada huruf entah apa-apa yang takde makna.
Langkah 2: Campuran huruf bergerak melalui internet.
Teks tu bergerak dari telefon korang melalui internet sampai ke telefon kawan korang.
Langkah 3: Telefon kawan korang buka ‘kunci’ mesej tu.
Bila sampai ke telefon kawan korang, telefon dia akan secara automatik buka kunci teks tu balik. “Lk5Hp2cRfVYqjWwEo7aXbN9Z0mC8tP” akan tukar kembali jadi teks asal. Kawan korang baca mesej sempurna, sama dengan apa yang korang taip.
Seluruh proses kunci-hantar-buka kunci secara automatik ni, itulah encryption. Korang dah guna setiap hari tanpa terfikir tentang tu pun.
Perkara yang menakjubkan tentang encryption WhatsApp (E2EE) ialah syarikat WhatsApp sendiri tak boleh baca kandungan mesej korang.
Betul. Mark Zuckerberg dengan semua jurutera WhatsApp pun tak boleh baca.
Kenapa? Sebab mangga dan kunci hanya ada dalam telefon korang dan kawan korang je. Syarikat WhatsApp takde akses kunci encryption mesej.
Penafian. Hanya untuk mesej end-to-end encrypted je tau.
Sekarang korang dah faham kenapa orang cakap WhatsApp selamat untuk perbualan peribadi.
Jenis encryption lain yang orang kerap sebut, pertamanya encrypted in transit.
Maksud mudah, data dikunci semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh, mesej WhatsApp bergerak dari telefon korang ke internet, kemudian ke telefon kawan korang. Walaupun seseorang pintas mesej menggunakan WiFi awam, ISP atau telekomunikasi, mereka tak boleh baca kandungan mesej tu.
Kedua, encrypted at rest.
Maksud mudah, data dikunci ketika disimpan dalam sebuah peranti atau pelayan. Contoh, data pelanggan disimpan dalam pangkalan data syarikat atau mesej disimpan dalam telefon korang.
Jadi bila rakan sekerja cakap jangan risau, data pelanggan encrypted, korang dah faham perlindungan apa yang disediakan.
Sumber: Thread @razi_fauzii