Denda LAD Dikenakan Terhadap Kontraktor Gagal Siap Projek Pemberian Khas
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan mengenakan denda Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) bagi setiap hari kelewatan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek di bawah pemberian khas kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata kerajaan juga akan menamatkan kontrak serta menyenaraihitamkan syarikat terlibat daripada memperoleh projek kerajaan pada masa hadapan.
Waktu PdP Matematik Sekolah Rendah Dinaikkan
Sesi Pendengaran CAS Isu Pemain Warisan Bermula Hari Ini
Solat Jumaat Di Alamanda Shopping Centre Dijadual Bermula Esok
Kementerian Perpaduan Dedah Rakyat Tiga Negeri Ini Paling Bersatu Padu Tahun 2025
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Selain itu, beliau berkata projek-projek juga tertakluk kepada audit oleh Jabatan Audit Negara, manakala sebarang unsur salah laku boleh disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Kerajaan mengamalkan prinsip tadbir urus baik serta sifar toleransi terhadap rasuah dan salah urus. Sekiranya terdapat ruang penambahbaikan, kerajaan sentiasa terbuka untuk menambah baik mekanisme pemantauan dan pelaporan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Mustapha menjawab pertanyaan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang ingin tahu langkah pemantauan terhadap projek-projek binaan di bawah pemberian khas kepada Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

