Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Solat Jumaat Di Alamanda Shopping Centre Dijadual Bermula Esok
Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengumumkan ruang solat di pusat membeli-belah Alamanda Shopping Centre kini diberi kebenaran mendirikan Solat Jumaat.
Solat Jumaat pertama dijadual bakal dilaksanakan pada esok, 27 Februari 2026.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi media sosial JAWI hari ini.
Menurut kenyataan itu, kebenaran berkenaan diberi berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil. 1/2026 yang telah bersidang pada 11 hingga 13 Februari 2026.

Bagi anda yang tidak berapa tahu kedudukan di pusat membeli-belah ini, anda boleh jejaki surau tersebut menerusi pautan https://www.alamanda.com.my/concierge-map/?objid=Amenities_Surau.

Surau berkenaan terletak di bahagian Tempat Letak Kereta atas bumbung Selatan berhampiran Parkson.