Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah.
"Di Kedah, hanya daerah Baling diramal hujan. Manakala di Perak pula termasuk Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar
"Sementara itu di Kelantan pula melibatkan Jeli dan Gua Musang. Beberapa daerah di Johor turut diramal hujan seperti Batu Pahat dan Pontian.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Sibu (Sibu), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Marudi) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula seperti Tenom, Beaufort dan Keningau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.