Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Gambar: ImageFX
Gigi Rosak & Berkulat? Ketahui 8 Punca Utama

Aina Munirah

Gigi Rosak & Berkulat? Ketahui 8 Punca Utama

Umum mengetahui bahawa gigi merupakan salah satu anggota tubuh yang penting untuk setiap individu. Tambahan lagi, ia juga penting kerana dianggap mampu menambah keyakinan seseorang.

Bukan itu sahaja, jika seseorang itu tidak menjaga gigi dengan baik, risiko untuk mendapat pelbagai masalah juga amat tinggi. Antara contoh kerosakan gigi yang sering dialami adalah masalah gigi berlubang, karang gigi, gigi ngilu dan sebagainya.

Oleh sebab itu, selain dari hanya menggosok gigi dengan betul dan kerap, penting juga untuk kita mengetahui punca lain yang menyebabkan kerosakan gigi berlaku.

Misalnya, dari sumber makanan yang dimakan atau sebab-sebab lain yang mungkin kita tidak tahu atau sedar.

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

8 punca gigi rosak teruk

Memberus gigi adalah antara cara untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut. Namun, tanpa kita sedari, terdapat beberapa tabiat buruk yang sering kita lakukan boleh menjadi punca gigi kita rosak.

Berikut adalah senarai tabiat sering dibuat yang menjadi punca gigi rosak.

1. Mengunyah ais

Anda mungkin menganggap ais tidak berbahaya kepada gigi memandangkan ia adalah semula jadi dan bebas gula.

Tetapi ais yang keras dan beku boleh membuatkan gigi nada retak, sekali gus menjadi punca gigi rosak teruk.

Mengunyah ais boleh menyebabkan iritasi pada tisu lembut di dalam gigi dan ia boleh mengakibatkan anda merasa sakit gigi. Makan makanan yang panas atau sejuk boleh mencetuskan rasa sakit dan mencucuk pada gigi.

Jika anda berkeinginan untuk mengunyah ais, apa kata sebaliknya pilih untuk mengunyah gula-gula getah tanpa gula?

2. Gula-gula jeli

Gula-gula sememangnya tidak baik untuk kesihatan mulut dan menjadi punca gigi rosak teruk. Tetapi gula-gula jeli jenis masam mengandungi lebih banyak asid yang tidak baik untuk gigi anda.

Malahan gula-gula jeli yang kenyal secara umumnya akan melekat pada gigi anda untuk masa yang lebih lama dan menjadikannya berpotensi menyebabkan kerosakan.

Jika anda menginginkan sesuatu yang manis, anda boleh mengambil coklat. Dan selepas makan, jangan lupa membersihkan mulut, ia dapat mengurangkan risiko terdedah kepada punca gigi rosak.

BACA: Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

3. Minuman berkarbonat

Pastinya anda sudah sedia maklum bahawa air karbonat tidak mendatangkan sebarang kebaikan walaupun ia mempunyai perkataan ‘diet’. Soda karbonat menyebabkan plak menghasilkan banyak asid untuk melawan enamel gigi.

Oleh kerana itu, jika anda menghirup air karbonat sepanjang hari, ini bermakna anda menyaluti gigi anda dengan asid. Air karbonat yang berwarna gelap boleh mengotorkan gigi anda.

Tetapi jangan terus memberus gigi selepas minum air karbonat, kerana ia akan mempercepatkan kerosakan pada gigi anda.

4. Botol susu

Menyusukan anak anda dengan botol susu tidak salah, tetapi membiarkan anak anda tertidur dan botol susu masih meletak di mulut adalah salah.

la akan menyebabkan gula berada dalam mulut anak anda semalaman. Perbuatan ini boleh menyebabkan gigi anak anda rosak. Cuba elakkan perkara ini dari berlaku untuk mencegah sebarang kerosakan gigi pada anak anda.

5. Bertindik

Menindik lidah atau bibir dan memakai subang logam boleh menyebabkan gigi anda pecah atau retak. Apabila logam berlaga dengan gusi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada gusi yang turut boleh menyebabkan anda kehilangan gigi.

Tindikan yang dibuat juga boleh menimbulkan risiko jangkitan dan luka. Menindik lidah juga berpotensi menyebabkan risiko pendarahan yang teruk jika tertindik pada saluran darah besar.

Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu.

6. Buah-buahan sitrus

Oren, limau gedang (grapefruit), dan lemon adalah buah-buahan yang lazat dan berjus serta tinggi kandungan vitamin C. la adalah buah-buahan yang baik untuk kesihatan.

Namun pastikan anda tidak mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan, walaupun dengan memerahnya ke dalam air minuman kerana kandungan asid yang tinggi boleh menyingkirkan enamel dan menjadikan ia antara punca gigi rosak untuk berlaku.

Tambahan lagi, asid yang terkandung dalam buah-buahan sitrus boleh menganggu luka di mulut. Jika anda ingin mendapatkan kandungan antioksidan dan vitamin dari buahan seperti ini, ambilnya dalam jumlah yang terkawal dan bilas mulut anda dengan air selepas itu.

7. Mengetap gigi

Merupakan satu tabiat buruk yang sukar dikawal kerana sering berlaku ketika tidur atau ada masanya ia dilakukan kerana tekanan perasaan.

Memakai pelindung mulut (mouth guard) boleh membantu mengurangkan risiko gigi rosak teruk ketika tidur.

8. Merokok

Rokok dan pelbagai produk lain yang berasaskan tembakau, boleh menyebabkan gigi rosak teruk dan jangkitan pada gusi. Tembakau juga merupakan faktor penyebab kanser mulut, bibir dan lidah.

BACA: Bukan Sebarang Akar, Ketahui Khasiat Akar Seruntun Untuk Kesihatan

Sumber: Hello Doktor