Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guna Air Fryer Je, Resipi “Jacket Potato” Viral Pikat Selera

Siti Nur Ain Natasya
Jacket Potato
Kredit: TikTok @akiejack

Guna Air Fryer Je, Resipi “Jacket Potato” Viral Pikat Selera

Sebelum ini, tular menu kentang bakar di Malaysia yang diambil inspirasi daripada seorang usahawan dari England.

Menu jacket potato yang rangup di luar serta gebu di dalam dengan pantas menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Namun, harganya yang mencecah RM30 mungkin membuatkan ramai ‘berkira-kira’ untuk membelinya.

Mana tidaknya, dengan harga ‘kayangan’ itu, sesiapa pun boleh ‘koyak poket’.

Jadi, jalan terbaik untuk selamatkan poket tetapi dalam masa yang sama puaskan perut adalah dengan cuba resipi yang SK kongsikan hari ini.

Resipi ini dimuat naik oleh pengguna TikTok, @akiejack.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Kentang (bersaiz besar)

  • Garam

  • Minyak zaitun

  • Daun kucai

  • Protein pilihan

  • Mozarella

  • Baked beans

  • butter

Cara penyediaan

  1. Cucuk kentang menggunakan garfu supaya kentang cepat masak. Kredit: TikTok @akiejack

  2. Salut kentang dengan minyak zaitun dan secubit garam. Kredit: TikTok @akiejack

  3. Bakar di dalam air fryer selama 40 minit di suhu 2oo calcius (Untuk lebih cepat, microwave selama 7 minit dan air fryer selama 8 minit). Kredit: TikTok @akiejack

  4. Sediakan topping pilihan seperti daging cincang, daun kucai, baked beans dan mozarella. Kredit: TikTok @akiejack

  5. Selepas 40 minit, keluarkan kentang dan potong secara melintang. Kredit: TikTok @akiejack

  6. Masukkan butter dan kacaukan hingga sebati mengikut cita rasa. Kredit: TikTok @akiejack

  7. Letakkan topping pilihan di atas kentang, dan jacket potato sedia untuk dimakan. Kredit: TikTok @akiejack

Apa yang menariknya tentang menu ini adalah anda boleh meletakkan apa-apa topping mengikut selera.

Sama ada bawang goreng, pepperoni, chilli oil atau apa-apa bahan kegemaran anda, semuanya boleh disesuaikan.

Menarik, kan? Hanya satu resipi, tetapi boleh diubah suai untuk memenuhi cita rasa ramai.

Selamat mencuba.

BACA: Nak Beli ‘Mahal’, Rupanya Senang Je Nak Buat Sendiri “Habanero Honey Fried Chicken” Ni

BACA: Kering Poket Kalau Setiap Hari ‘Mengidam’, Ini Cara Buat ‘Trendy Coffee’ Buttercrème Latté

BACA: “Satin Cookies”, Dessert ‘2 Dalam 1’ Bikin Terliur

Sumber: Akie Jack via TikTok