Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Athirah
hujan lebat lima negeri
Kredit: Image FX

Hujan Lebat Diramal Badai Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Kelantan.

Sementara itu, cuaca buruk di Perak pula melibatkan daerah Batang Padang dan Muallim, manakala hujan lebat diramal berlaku melibatkan kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman di Terengganu.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Beralih ke Sabah, antara daerah yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: “Saya Ingat…” Reaksi Spontan Pelancong AS Lihat Roti Tisu Buat Netizen Terhibur
BACA: Suspek Insiden Sungai Golok Disahkan Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan – Polis
BACA: “Abah…” Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan
BACA: 22 Kubur Dirosak Individu Misteri

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook