Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Individu Buat Aduan Tandas Kotor Dapat Ganjaran RM50
Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI) menawarkan ganjaran sebanyak 1,000 rupee (kira-kira RM50) kepada individu yang membuat aduan mengenai tandas kotor, lapor The Wion.
Difahamkan, skim baharu itu dilancarkan demi meningkatkan kebersihan tandas awam di semua plaza tol di India.
Individu dikehendaki mengambil gambar tandas kotor di plaza tol yang berada di bawah bidang kuasa NHAI, bahkan gambar tersebut mesti mempunyai cap masa (time stamp).
Di samping itu, pengguna jalan raya perlu mengisi nama penuh, telefon bimbit dan nombor pendaftaran kenderaan (VRN) pada aduan tersebut.
The Wion melaporkan setiap VRN layak menerima wang itu sekali sahaja.
Sumber: The Wion