Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

JAIP Tarik Sijil Halal Dua Syarikat Pengusaha Makanan, Berkuat Kuasa Serta-merta
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengumumkan penarikan balik sijil halal melibatkan dua syarikat pengusaha makanan di negeri berkenaan, berkuat kuasa serta-merta.
Pahang Media melaporkan dua syarikat berkenaan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.
Dalam satu kenyataan hari ini, JAIP menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat melalui Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.
Sehubungan itu, orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat berhubung status halal produk atau premis daripada sumber yang sahih.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.
JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.