Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jep shuib sepahtu
Kredit: Instagram

“Tak Apalah, Kini Hati Pun Telah Tawar”, Jep Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Shuib & Sepahtu

Nurhanis

“Tak Apalah, Kini Hati Pun Telah Tawar”, Jep Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Shuib & Sepahtu

Baru-baru ini, nama kumpulan pelawak Sepahtu sering menjadi bualan ramai susulan ketiadaan Shuib dalam persembahan terkenal mereka, Sepahtu Reunion Live (SRL).

Hari ini, pelawak Jep tampil memberikan penjelasan mengenai perkara terbabit selepas tidak mahu masalah itu dipanjangkan oleh pihak yang lain.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin berkata sudah tiba masanya penjelasan diberikan untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.

Ikuti perkongsian penuh Jep di bawah ini.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

“Jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah…” – Jep

Sumber: IG Jep

Assalamualaikum wbt. Harini dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini.

Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.

Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini. Jadi hari ini saya akan bagi tahu kenapa dia (Shuib) tiada dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.

Ini kerana jawapan yang selalu dia (Shuib) keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.

Ceritanya bermula ada babak yang dia (Shuib) mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia (Shuib) sedang mesin kelapa.

Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.

Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.

Setelah meminta maaf, dia (Shuib) masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi sepatah dua kata sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia (Shuib) memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.

Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba.

Tidak memujuk tapi bertanya…

Sumber: IG Jep

Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tiada berita. Mahu tidak mahu kami teruskan juga tanpa dia.

Peminat terus menerus bertanya. Tidak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya.

Saya perhati sahaja. Fikiran saya tidak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia. Sepahtu tidak pernah buang dia (Shuib).

Malah pada satu waktu kami yang tertunggu dia (Shuib) kembali. Disaat dia (Shuib) nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tidak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu-mangu.

Tidak apalah. Kini hati pun telah tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah-indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi.

Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya.

Sumber: Jepsepahtu via Instagram