Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Juara Dunia MotoGP 2024 Kemalangan Di Sepang

Hannah
Juara MotoGP kemalangan
Sumber: X @_karlnunis

Juara Dunia MotoGP 2024 Kemalangan Di Sepang

Pemenang Kejuaraan MotoGP Dunia 2024, Jorge Martin, dilaporkan berdepan detik cemas apabila hilang kawalan sebelum terpelanting daripada motosikal semasa sesi ujian litar di Sepang, sebentar tadi.

Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika pelumba dari Sepanyol tersebut sedang beraksi dalam persediaan menghadapi musim baharu MotoGP.

Susulan kemalangan tersebut, Martin segera dikejarkan ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Insiden tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan pelumba berbakat itu, selain kelangsungan penyertaannya dalam sesi ujian seterusnya.

Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, melaporkan bahawa kemalangan tersebut berlaku di selekoh kedua litar.

“Juara Dunia Motogp 2024, Jorge Martin dikejarkan ke hospital di Nilai apabila terlibat dalam kemalangan pada hari pertama ujian pra musim di Sepang.

“Martin terjatuh daripada jentera barunya itu di selekoh kedua dan penglibatannya pada hari kedua masih jadi tanda tanya,” lapor Karl.

BACA: “Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo

BACA: Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo

BACA: IShowSpeed ‘Bersara Awal’ Dari WWE

Sumber: Stadium Astro