Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak orang asli meninggal dunia
Sumber: BERNAMA

Kanak-Kanak Orang Asli Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia

Hannah

Kanak-Kanak Orang Asli Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia

IPOH, 18 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kira-kira 1.30 awal pagi semalam yang memaklumkan berkenaan Nuraina Humaira Rosli, 10, yang tidak pulang ke rumah sejak Jumaat petang.

Beliau berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemukan sekitar 4.20 petang semalam selepas pencarian dilakukan oleh kira-kira 60 orang melibatkan polis, bomba dan orang kampung dengan khidmat anjing pengesan (K9) milik Polis Diraja Malaysia sejak 7 pagi.

“Jumpa badan mangsa ini dalam kawasan berpaya berhampiran dengan kawasan perumahan mereka. Peringkat awal kita klasifikasi kes orang hilang, kemudian apabila dah jumpa dan disahkan kematian mangsa oleh pihak Hospital Sungai Siput pada 7 petang, kita klasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Mayat dah dihantar ke Hospital Sungai Siput malam tadi, kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA: Dilapor Hilang Sejak Rabu, Mayat Lelaki OKU Ditemui

Mohd Khaizam berkata berdasarkan maklumat, mangsa mempunyai masalah pendengaran dan pada Jumaat lepas, mangsa hendak makan ayam goreng di sebuah surau di perkampungan itu selepas solat Jumaat, namun telah habis.

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah pulang ke rumah dan diberi wang oleh ibunya untuk membeli ayam di kedai berdekatan tetapi ayam tiada.

“Dia (mangsa) pergi ke kedai, ayam tiada dan dia balik ke rumah beritahu emaknya bahawa ayam tiada, jadi bapa saudaranya yang perlu lakukan kerja lain seketika, suruh (mangsa) tunggu sekejap sebelum dia (bapa saudaranya) bawa ke kedai lain.

“Jadi masa menunggu itu, dia (mangsa) main dekat taman permainan, ada buaian di kawasan itu, selepas itu tak jumpa dia. Tunggu balik pun tak balik, sebab selalu lepas main dia balik,” katanya.

Penduduk di kawasan berkenaan melakukan pencarian setelah mendapati kanak-kanak itu hilang sebelum usaha mereka gagal dan terus membuat laporan polis, kata beliau.

BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

BACA: Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

Sumber: BERNAMA