Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebanyakan Rumah Ada Pesawat Peribadi, Kenali ‘Spruce Creek’, ‘Bandar Udara’ Dengan 5,000 Penduduk

Kredit: Google/Daily Mail/Andy Black Realtor

Selama ni mungkin kita fikir hanya dalam filem sahaja yang ada parkir pesawat di hadapan rumah. Nak beli sebuah kereta pun jenuh buat kira-kira, inikan pula untuk beli kapal terbang peribadi untuk kegunaan keluarga.

Tapi tahukah anda, sebenarnya kejiranan sedemikian wujud di dunia sebenar? Di taman udara Spruce Creek, Florida, terdapat sekitar 700 hangar yang digunakan untuk menyimpan dan menyelenggara kapal terbang milik sekitar 5,000 penduduk di sana.

Menurut Express UK, kawasan yang pernah menjadi lokasi ketenteraan semasa Perang Dunia Kedua itu turut mempunyai papan tanda jalan bagi memberi amaran ketibaan pesawat yang terbang rendah.

Kredit: Daily Mail
Kredit: Andy Black Realtor

Malah, ia juga dikatakan masih mempunyai salah satu landasan asal sejak kawasan itu masih lagi menjadi pangkalan tentera (Travel & Leisure, 2017).

Tambah portal itu, pesawat-pesawat akan diparkir di hangar atau di depan rumah, termasuk jet peribadi atau pesawat bersejarah yang dicipta sekitar 1940.

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya

Kredit: Google
Kredit: Daily Mail
Kredit: Google

Dijadikan destinasi percutian

Disebabkan lokasi geografinya yang berhampiran dengan destinasi pelancongan, Spruce Creek juga menjadi tumpuan pelancong di mana hampir separuh daripada rumah di sana dikatakan telah dijadikan rumah percutian.

Kongsi salah seorang penduduk tempatan, Fred Silverio, lokasi itu dipenuhi orang luar yang datang melancong ke sana.

“Tiada siapa dari sini. Kebanyakannya orang dari seluruh dunia yang menemui jalan ke sini.

“Anda tahu cuaca baik tanpa perlu jalan keluar rumah sebab jika anda dengar bunyi kapal terbang, bermakna cuaca elok,” tambahnya.

Kredit: Daily Mail

Malah, sebahagian rumah juga mempunyai menara tinjau untuk melihat pesawat yang melintas.

Harga rumah di kejiranan itu dikatakan bermula pada harga £100,000 (sekitar RM576,472) untuk kondo bersaiz kecil sehingga jutaan pound untuk banglo yang memiliki hangar.

Kredit: Polk County Real Estate Photography
Kredit: Polk County Real Estate Photography

Sumber: Express UK, Travel & Leisure

BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui