Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cari roadblock nak cuba aplikasi myjpj
Kredit: @namasayahaziq | Tiktok

Lelaki Gigih Cari ‘Roadblock’, Nak Cuba Aplikasi MyJPJ

Florence Nuar

Seorang lelaki sengaja cari kawasan roadblock untuk nak cuba aplikasi MyJPJ yang baru diperkenalkan baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan lesen memandu dan pelekat cukai jalan (road tax) sudah boleh dimilki secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Menurutnya lagi, pembaharuan tersebut dilaksanakan ekoran aduan daripada orang ramai berkaitan pelekat roadtax yang dikatakan menyusahkan dan bersifat leceh.

Susulan itu, pihaknya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan pengenalan kepada strategi pendigitalan yang seiring dengan kemajuan negara pada masa kini.

Dalam kenyataan lain, Anthony Loke juga mendedahkan bahawa pengguna yang gagal menunjukkan lesen memandu digital tidak akan disaman oleh penguatkuasa.

Hal ini kerana pihak penguatkuasa masih boleh membuat semakan butiran maklumat menerusi peranti mereka.

Tambahnya lagi, penggunaan lesen secara digital bukanlah sesuatu yang diwajibkan. Pengguna jalan raya masih boleh mendapatkan sticker road tax dan lesen fizikal daripada pihak JPJ sekiranya perlu.

Justeru, kesempatan tersebut digunakan oleh seorang pengguna individu untuk mencuba keberkesanan aplikasi MyJPJ, sama ada ia sama seperti yang diperkatakan oleh Anthony Loke atau tidak.

Disebabkan itu, pemilik akaun TikTok @namasayahaziq telah meronda di sekitar Perlis untuk mencari ‘roadblock’ yang dilaksanakan oleh pihak penguasa dengan secara sengaja tidak menggunakan sticker road tax.

Tidak dinafikan perkara tersebut seperti ‘buang tabiat’ kerana sengaja mencari ‘penyakit’. Mana tidaknya pengguna jalan raya yang lain, kalau boleh memang tidak mahu bertembung dengan pihak berkuasa apatah lagi apabila pemeriksaan dijalankan.

Tetapi, selagi kita tidak melakukan kesalahan, kita tidak akan disaman sesuka hati. Lain pula kisah dengan segelintir orang yang memang takut atau cuak berdepan dengan pihak berkuasa walaupun tidak melakukan salah apa-apa.

Sengaja cari kawasan roadblock nak cuba aplikasi MyJPJ

Berbalik kepada perkongisian daripada Haziq yang berdurasi 35 saat itu, dapat dilihat dia menyapa pihak polis yang bertugas. Namun, reaksi menarik yang diberikan kerana pihak polis yang bertugas seakan terkejut kerana mendapati kereta tersebut tidak menggunakan sticker road tax.

“Allahuakbar. Ini saya jumpa orang pertama dalam Perlis. Terima kasih kerana menunjukkan apalikasi tersebut,” kata pihak polis tersebut.

Jadi, perkongsian ini telah membuktikan bahawa kenderaan yang tidak mempunyai sticker road tax tetapi menggunakan aplikasi MyJPJ boleh memandu dengan selamat di atas jalan raya.

“Lepas buang road tax di cermin (kereta), kita ronda cari roadblock. Nak jadikan cerita jumpa roadblock JPJ, bukan selalu JPJ nak puji ni,” tulisnya di TikTok.

Tidak hairanlah, perkongsiannya itu mendapat 1,100,000 tontonan, 59,600 tanda suka dan 1308 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

Lelaki Cari Roadblock
Kredit: @namasayahaziq | Tiktok

Sumber: @namasayahaziq | Tiktok