Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Kongsi Tak Sangka ‘Duduk Serumah’ Dengan Ular Sawa
Ramai antara kita anggap rumah sendiri sebagai tempat paling selamat untuk berteduh, berehat dan berlindung daripada bahaya luar.
Tapi siapa sangka, dalam diam, ada “tetamu” yang tak diundang sedang berkongsi ruang di bawah satu bumbung.
Itulah kisah dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi Facebook Chef Rajesh Khanna, apabila seekor ular sawa besar siap ‘lepak sakan’ dalam rumahnya tanpa disedari.
Menurut perkongsiannya, semuanya bermula apabila dia terkejut melihat kulit salinan ular berselerak di beberapa ruang dalam rumahnya pada suatu tengah hari.
Kulit tersebut bukan sahaja ditemui dalam tandas, malah turut berada di dapur, ruang tamu dan bilik bawah rumah.
Sebelum penemuan itu, pemilik rumah ini sebenarnya sudah beberapa kali menyedari perabot dan hiasan rumahnya ‘bergerak’ dari tempat asal.
Namun, dia tidak pernah menyangka ianya disebabkan kehadiran reptilia besar itu.
Lebih mengejutkan, ketika dia sedang memasak sambil merakam video di dapur, ular sawa tersebut sedang bersantai di atas ruang dapur.
Menurutnya lagi, rumah itu pernah dibiarkan kosong selama satu hingga dua bulan kerana dia jatuh sakit. Kemungkinan besar, dalam tempoh itu, ular tersebut masuk untuk mencari perlindungan.
“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana sentiasa melindungi saya dan saya tidak bertelagah dengan ular yang tidak tahu apa-apa dan yang tidak bersalah ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik rumah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kajang atas tindakan pantas mereka.
Mengakhiri perkongsiannya, beliau menitipkan pesan buat penduduk kawasan Desa Mewah, Semenyih agar lebih peka dan menguruskan semak-samun di sekitar rumah.
“Kalau ada semak di depan atau belakang rumah, tolong bersihkan segera. Jangan kita ‘bela’ tetamu yang tidak diundang,” katanya.
BACA: Ini Boleh Berlaku Selepas Korang “Upload” Gambar Peribadi Dalam AI
BACA: Nahas Air India: Satu-satunya Mangsa Terselamat Imbas Detik Cemas
BACA: Rugi Tak Tahu, Kita Boleh ‘Claim’ Duit Sebelum Balik Melancong Dari Thailand
Sumber: Chef Rajesh Khanna/FB