Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
2.3 juta pengunjung maha
Kredit: Bernama

MAHA 2024 Catat 2.3 Juta Pengunjung Setakat Hari Ketujuh

Azizah Najib

MAHA 2024 Catat 2.3 Juta Pengunjung Setakat Hari Ketujuh

KUALA LUMPUR (Bernama) — Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang memasuki hari ketujuh telah mencatatkan jumlah kehadiran pengunjung seramai 2.3 juta setakat ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri berkata pihaknya yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 11 hingga 22 Sept ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

BACA: Jenama Pilihan Mak-Mak, Tupperware Dilapor Sedia Fail Permohonan Muflis

“(Setakat ini, nilai) jualan terus telah mencapai RM17.30 juta dan nilai MoU (Memorandum Persefahaman) dan juga MoA (Memorandum Perjanjian) sebanyak RM3.1 bilion berbanding RM6 bilion yang disasarkan,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata edisi MAHA kali ini meliputi lima kluster iaitu Kingdom of Agro Food, Food Empire & Food Viral, Food Truck Fiesta, Food Trade dan Rhythm of Farmers.

“Tahun lepas, Kluster Kingdom of Agro Food atau yang menjual anak benih, buah-buahan dan sayur-sayuran telah mencatat angka jualan tertinggi iaitu lebih RM4 juta dan pada tahun ini, kita sasarkan RM5 juta. Sekarang ini dah cecah RM3 juta.

BACA: Bawa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa, SMPC Chong Hwa Juara Pertandingan Koir

“Kita ada lima segmen dalam Food Empire iaitu best out of the best dari empat negeri iaitu Gulai Tempoyak dari Pahang, Nasi Ambeng dari Selangor, Mi Bandung dari Johor dan Nasi Ganja dari Perak,” katanya sambil menambah sebanyak 1,001 jenis makanan dan minuman dijual pada edisi kali ini.

Abdul Rashid pula berkata pada tiga hari pertama MAHA 2024, pihaknya telah membawa 62 pembeli berpotensi dari luar negara untuk bertemu bakal pengeksport di Malaysia dan daripada usaha itu, sebanyak RM662 juta potensi jualan berjaya dijana melalui lebih 750 padanan perniagaan.

BACA: Pegawai Awam Pilih SSPA Dapat Pelarasan Gaji & Pencen Kekal – JPA

“Kita dapati banyak produk Malaysia sebenarnya mampu untuk menembusi pasaran luar negara tetapi kadang-kadang mereka tidak berkesempatan…

“Jadi apa yang pihak Kementerian (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) buat ialah kita bawa pembeli-pembeli dari luar negara untuk lihat dan berjumpa, buat padanan perniagaan dengan potensi-potensi pengeksport dari Malaysia,” katanya.

Sumber: Bernama