Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nahas Terowong Menora: Polis Akan Rakam Keterangan Suami Mangsa
IPOH, 4 April (Bernama) — Polis akan merakam keterangan suami mangsa kemalangan maut di Kilometer (KM) 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad lepas, dalam masa terdekat.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 29 tahun itu, telah dibenarkan keluar dari hospital dan keterangannya akan diambil bagi membantu siasatan.
“Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kita akan menghubungi lelaki itu bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.
Naira Falisya maut di lokasi kejadian manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Berdasarkan video nahas yang tular di media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa, sebaliknya meneruskan perjalanan.
BACA: Betul Ke Kena Tekan “Push Start Button” 3 Kali? Ini Jawapannya
BACA: Dah Macam CCTV, Burung Hantu Singgah ‘Beraya’, Bertenggek Dalam Rumah
BACA: Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata
Sumber: Bernama