Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nukilan Anak Ustaz Azhar Idrus Sentuh Hati Ramai

Hannah
Nukilan anak Ustaz Azhar Idrus
Gambar: TikTok @mik0chan_

Nukilan Anak Ustaz Azhar Idrus Sentuh Hati Ramai

Dalam hidup ini, “ibu” dan “ayah” ibarat anugerah terindah daripada Maha Pencipta.

Mereka adalah harta yang tiada tolok bandingnya, pelindung dan ‘pemandu’ hidup kita sejak kecil hingga dewasa.

Ibu, dengan kasih sayangnya yang tidak pernah pudar, sentiasa menjadi tempat kita berlindung.

Ayah pula, walaupun tegas, mendidik dan membimbing kita dengan penuh cinta agar menjadi insan berguna.

“Ini rahsia Tuhan yang ingin saya ceritakan…”

Baru-baru ini, nukilan istimewa anak kepada Ustaz Azhar Idrus, Muhammad Rasydan Rayyan atau lebih mesra dipanggil Ash, telah menyentuh hati ramai netizen.

Dalam satu video di TikTok, Ustaz Azhar dan keluarga dilihat menghantar Ash, 19, ke sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melanjutkan pengajian.

Namun, apa yang lebih menyentuh perasaan adalah luahan hati Ash kepada orang tuanya yang mesra dipanggilnya “Abi” dan “Umi” itu.

“Kepada umi, abi… Terima kasih kerana menjaga Ash dari kecil sampai besar.

“Terima kasih kerana mengajar Ash menjadi kuat sebagai anak sulung.

“Terima kasih juga abi umi menanggung makanan Ash.

“Ash minta maaf atas dosa besar dan kecil dari dulu sampai sekarang,” ringkasan coretan anak muda itu.

Selain itu, Ash turut menyatakan rasa rindunya kepada kedua ibu bapanya setiap kali mereka berjauhan.

“Terakhir kali peluk umi, Ash menangis dalam hati, tetapi Ash lelaki, Ash kena kuat. Doakan kejayaan Ash, umi abi,” tambahnya lagi.

Di ruangan komen, ramai memuji peribadi Ash yang begitu menyayangi dan menghormati ibu bapanya.

Tidak kurang juga yang mendoakan kejayaan Ash dalam pengajiannya serta kebahagiaan buat keluarga mereka.

Kasih ibu bapa tiada ganti, tiada penghujung

Semoga kita semua diberikan peluang untuk membalas jasa mereka, membuat mereka bangga dan membahagiakan mereka.

Sesungguhnya, kasih ibu bapa itu tiada penghujungnya, hanya doa dan ingatan tulus kita sebagai anak yang mampu menjadi hadiah terindah buat mereka.

Hargailah mereka. Sayangi mereka. Sebelum kata “kalaulah” menghantui kita.

BACA: Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak

BACA: Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai

BACA: Mimi Fly Kongsi Mesej Terakhir Jojo “One Nation Emcees”

Sumber: Astro Gempak, TikTok @mik0chan_