Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pencipta Kandungan Lubnan, Abir El Saghir Selamat Berkahwin 

Abir El Saghir Berkahwin
Gambar: TikTok Abir El Saghir

Pencipta Kandungan Lubnan, Abir El Saghir Selamat Berkahwin

Pencipta kandungan makanan terkenal dari Lubnan, Abir El Saghir, mengumumkan berita gembira apabila dia kini sah bergelar seorang isteri.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Abir menerusi beberapa hantaran di TikTok dan Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Abir tampil anggun dalam busana serba putih bersama pasangannya, Youssef Farhat dalam sebuah majlis yang berlangsung sederhana tetapi penuh adat dan tradisi.

Menariknya, dalam majlis tersebut, Abir hanya menerima senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin. Selari dengan ajaran Islam yang mengajar erti kesederhanaan dalam kehidupan.

Terkenal dengan sebagai pencipta kandungan makanan, Abir turut mengekalkan identiti kerjayanya apabila para tetamu diraikan dengan pelbagai jenis manisan istimewa, menjadikan majlis itu lebih unik dan peribadi.

Rata-rata pengikut dan peminat dari seluruh dunia meluahkan rasa terharu serta teruja di ruangan komen hantaran perkahwinan tersebut.

Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen, dengan ramai memuji konsep kesederhanaan majlis serta penampilan Abir yang kekal mempesonakan.

“Majlis yang indah dan penuh bermakna. Tidak perlu berlebih-lebihan, cukup sekadar cinta, keluarga, dan keberkatan,” tulis seorang pengguna

“Semoga Allah memberkati perkahwinan ini dan kurniakan kebahagiaan yang berpanjangan. Ameen,” kata seorang lagi pengikut.

Untuk makluman, Abir El Saghir terkenal sebagai figura berpengaruh dalam dunia kandungan makanan, dengan jutaan pengikut di platform maya.

Sumber:TikTok Abir El Saghir

BACA: TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live”

BACA: Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025

BACA: Jurulatih Sepak Takraw USA Kongsi Sebab Malaysia Jadi Juara