Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
mayat setapak
Sumber: BERNAMA

Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Dipercayai Selepas 3 Sesi Urutan

Hannah

Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Dipercayai Selepas 3 Sesi Urutan

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia pada Ahad dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand.

Gambar: Guitar Record

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tempatan pada jam 6 pagi.

Menurut teman lelakinya, mangsa mengadu sakit belakang selepas persembahannya pada 5 Oktober lalu dan meminta untuk dibawa ke kedai urut tersebut.

Selepas urutan pertama, mangsa mula berasa kebas di separuh badannya dan kehilangan keupayaan menggerakkan tangan kiri.

Keadaan semakin buruk selepas itu, menyebabkan mangsa tidak lagi dapat menggerakkan seluruh tubuhnya.

Pada 6 November, mangsa sempat berkongsi keadaannya melalui hantaran Facebook.

Mangsa mendedahkan telah mengunjungi kedai urut yang sama sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan.

Pada dua sesi pertama, dia dirawat oleh tukang urut yang sama, termasuk menerima urutan melibatkan “pusingan leher”.

Pada sesi ketiga, dia dirawat oleh tukang urut baharu yang menggunakan teknik lebih ‘agresif’, meninggalkan lebam dan bengkak pada tubuhnya.

BACA: “Rehat la..” Khairul Aming Terima Rawatan Dipercayai Akibat Kepenatan

Difahamkan, mangsa mengakui hanya mengalami sakit bahu ringan sebelum sesi urutan pertama.

Namun, dua hari selepas itu, mangsa mengalami sakit kepala dan terpaksa mengambil ubat tahan sakit.

Seminggu kemudian, mangsa mula merasa kebas di bahagian lengan.

Selepas sesi urutan kedua pula, mangsa mengalami kesakitan teruk sehingga sukar bergerak di atas katil.

Sesi ketiga memburukkan lagi keadaan mangsa di mana tukang urut menggunakan teknik yang menyebabkan lebam serta bengkak yang berlanjutan selama seminggu.

Meskipun terus mengambil ubat, kebas mula merebak ke bahagian dada dan tubuhnya semakin lemah.

Pada 18 November, keadaan mangsa merosot teruk apabila mangsa tidak lagi mampu bergerak atau menjaga dirinya sendiri.

BACA: Penyanyi Veteran Aspalela Abdullah Meninggal Dunia

Dalam pada itu, teman lelaki mangsa ‘bersuara’ untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut tersebut, namun masih tidak pasti sama ada terdapat bukti mencukupi.

Sementara itu, pihak Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Thailand akan menyiasat sama ada kedai tersebut memiliki lesen dan mematuhi piawaian urut tradisional Thai.

Menurut Prof Dr Thiravat Hemachudha dari Kolej Perubatan Oriental, Universiti Rangsit, teknik memusing atau memetik leher secara kasar boleh merosakkan arteri yang membawa darah ke otak, khususnya arteri karotid dan vertebra.

Kerosakan ini boleh membawa kepada strok, salah satu punca utama lumpuh.

“Risiko meningkat dengan kekuatan pusingan atau ketukan pada leher. Aktiviti ini bukan sahaja menjejaskan saraf tetapi juga saluran darah di leher,” jelas Dr Thiravat.

BACA: Presiden Syria, Bashar Dipercayai Tinggalkan Damsyik Selepas Pemberontak Masuk Ibu Kota

Sumber: Bangkok Post