Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024

Athirah
Pesawat Berlepas 2025 mendarat 2024
Kredit: AFP

Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024

Sebuah pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 yang berlepas dari Hong Kong pada tahun 2025 telah ‘mengembara ke masa lalu’ apabila mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada tahun 2024.

Menurut New York Post, pesawat berkenaan berlepas hanya beberapa minit selepas China menyambut tahun baharu.

Selepas hampir 14 jam berada di ruang udara, para penumpang telah selamat mendarat di Los Angeles pada 31 Disember 2024, kira-kira jam 10 malam (Waktu Pasifik).

Difahamkan, situasi berkenaan berlaku disebabkan faktor perbezaan zon masa antara Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Pesawat berkenaan merentas sembilan zon masa berbeza dan melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa di Lautan Pasifik, Cathay Pacific 880 ‘kembali’ ke tahun 2024 apabila tiba di Amerika Syarikat.

Pesawat ‘mengembara ke masa lalu’, berlepas pada 2025 dan mendarat pada 2024

New York Post berkata, pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 bukan satu-satunya pesawat yang pernah ‘mengembara ke masa lalu’.

Sebelum ini, penerbangan trans-Pasifik arah timur pada malam Tahun Baru sering mendapat tempahan yang tinggi daripada penumpang antarabangsa.

Ini kerana penerbangan berkenaan menawarkan pengalaman unik iaitu membolehkan para penumpang merayakan kehadiran tahun baru sebanyak dua kali.

Namun begitu, bukan semua penerbangan ‘pengembaraan masa’ berjalan seperti yang dirancang dan bergantung atas banyak faktor.

Antaranya faktor penerbangan tergendala seperti yang dialami oleh penumpang United Airlines flight pada Januari lepas.

Pesawat berkenaan sepatutnya berlepas 7.35 pagi pada 1 Januari 2024 dari Guam dan dijadualkan tiba di Hawaii, pada 6.50 petang pada 31 Disember 2023.

Bukan semua penerbangan pengembaraan masa berjalan seperti dirancang

Bagaimanapun hasrat penumpang untuk merayakan tahun baru sebanyak dua kali tidak kesampaian apabila penerbangan tersebut tergendala selama enam jam.

Ketika itu, para penumpang terlepas peluang untuk menyambut perayaan tahun baru untuk kali kedua di Hawaii kerana masih berada di udara.

Selain itu, ada juga situasi dimana para penumpang terlepas kedua-dua sambutan tahun baru sekaligus, seperti yang dialami oleh penerbangan Air New Zealand 27.

Pesawat itu berlepas dari San Francisco pada petang sebelum tahun baru. Namun disebabkan situasi tertentu, pesawat berkenaan mengambil masa lebih 12 jam dan hanya tiba Auckland, awal pagi 2 Januari.

BACA: Ribuan Penuhi Masjid, Solat Subuh Berjemaah Di Pagi Tahun Baru

BACA: Dua Pegawai Kemanusiaan MAPIM Terkorban Dalam Serangan Udara Di Gaza

Sumber: New York Post