Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai 'Pelajar' Korek Video Lama, Ini Respon KA

Sofea
PELAJAR KOREK VIDEO LAMA KA

Ramai 'Pelajar' Korek Video Lama, Ini Respon KA

Memasuki hari ke tujuh Ramadan, ramai yang menantikan resipi-resipi menarik daripada usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming (KA).

Namun, nampaknya ada juga yang berseloroh meluahkan rasa burn out dan tertekan kerana jumlah resipi yang dikongsikan terlalu banyak. Tidak kurang juga, ada beberapa 'pelajar kelas belakang' yang gagal menyiapkan 'kerja sekolah' seperti yang diminta oleh 'Cikgu KA'.

KA pula memang melayan semua gurauan dan usikan netizen. Malah, responnya juga kadang kala tidak terjangka.

Terbaru, ada beberapa 'pelajar' yang mengungkit semula 'kisah silam' KA menerusi beberapa video masakan lama.

Salah satu video itu menunjukkan kegagalan KA untuk membuat hidangan popia aiskrim, yang pernah tular pada 2019.

Done ungkit kisah silam KA

Kredit: peachymira_

Respon KA membuatkan netizen terhibur.

Malah, ada yang memuat naik video cubaan KA untuk membuat karamel, yang kelihatan hangit.

Jahat tak mengata cikgu sendiri

KA dalam satu perkongsian lain di Threads seakan-akan memberi 'amaran' mengenai tindakan yang akan dilakukannya.

"Dah mula up balik video lama ya. Okay sabar semua," katanya.

Ramai yang risau jika resipi yang akan dikongsikan oleh KA nanti lebih susah dan mungkin lebih banyak.

"Aku risau resipi esok makin susah wei"

"Padan muka semua sebelum ni 30 hari 300 resepi dah jadi 3000 resepi tebako dapo"

"Sudah, kita kena bersiap sedia ni mesti esok dia bagi assignment banyak ni"

"Satu hari KA akan post 10 resepi korang get ready eh siapa suruh mengungkit"

"Ibarat kata, bagaimana acuan begitulah kuihnya..bagaimana cikgu pernah buat, begitulah students nya"

Sama-sama kita nantikan assignment yang macam mana akan dikongsikan oleh KA untuk hari-hari mendatang.