Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sepanyol Tidak Benarkan AS Guna Pangkalan Untuk Serang Iran

Sepanyol

Sepanyol Tidak Benarkan AS Guna Pangkalan Untuk Serang Iran

Sepanyol menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak menggunakan, malah tidak akan menggunakan pangkalan tenteranya di negara itu bagi melancarkan sebarang operasi serangan terhadap Iran, lapor portal Al-Jazeera.

“Berdasarkan semua maklumat yang saya ada, pangkalan-pangkalan tersebut tidak digunakan untuk operasi ketenteraan ini,” kata Menteri Luar Jose Manuel Albares kepada televisyen awam Sepanyol.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez mengecam serangan bersama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang bermula pada hari Sabtu lalu, bahkan menyifatkannya sebagai campur tangan ketenteraan yang tidak wajar dan berbahaya.

“Kerajaan Sepanyol tidak akan membenarkan penggunaan pangkalannya untuk tujuan yang bercanggah dengan perjanjian dan tidak konsisten dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Albares, merujuk kepada pangkalan tentera laut Rota dan pangkalan udara Moron.

Amerika Syarikat (AS) menjalankan operasi di pangkalan tersebut berdasarkan perjanjian penggunaan bersama, namun pangkalan itu tetap berada di bawah kedaulatan Sepanyol.

Menteri Pertahanan Margarita Robles berkata pangkalan tentera itu tidak akan digunakan untuk memberi bantuan kecuali dalam keadaan tertentu, khususnya bagi tujuan kemanusiaan.

Di samping itu, kerajaan Sepanyol turut mengecam serangan balas yang dilancarkan Iran ke atas negara‑negara di Teluk.

Sumber:Al Jazeera