Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sofyank Kongsi Detik Pertemuan Dengan Tom Cruise, Buat Ramai Teruja
Nama pereka kandungan digital terkenal, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Sofyank, sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Kali ini, beliau mencetuskan keterujaan apabila berkongsi pertemuan eksklusif bersama pelakon legenda Hollywood, Tom Cruise.
Sebelum ini, Sofyank telah berkongsi bahawa beliau dijemput ke Jepun bagi menjayakan sebuah projek khas bersama bintang filem Mission: Impossible itu.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya dalam satu hantaran di Instagram.
Namun, apa yang lebih mengujakan, Sofyank kini memuat naik sebuah video pertemuan sebenar antara dirinya dan Tom Cruise di laman TikTok.
Dalam video tersebut, kelihatan kedua-dua figura ini bersua muka dan berjabat tangan.
Dalam kapsyen video itu, Sofyank meluahkan rasa syukur dan teruja apabila berpeluang bertemu secara langsung dengan idola zaman kecilnya itu.
“Saya telah menonton filem-filem anda sejak kecil, dan karya anda telah memberi inspirasi kepada ramai pembikin filem di seluruh dunia.
“Kami rakyat Malaysia sangat mengagumi hasil kerja anda, aksi-aksi lagak ngeri anda, serta usaha yang anda curahkan dalam setiap filem.
“Berdiri di sisi anda pada saat ini benar-benar merupakan impian seumur hidup yang menjadi kenyataan.
“Terima kasih kerana menjadi seorang lagenda dan kerana sentiasa bersikap mesra terhadap para peminat di seluruh dunia.
“Ia benar-benar satu penghormatan dapat bertemu dengan anda semalam. Saya akan menghargai detik ini sebagai kenangan emas dalam hidup saya,” ujar Sofyank di ruangan kapsyen video berkenaan.
Seperti yang dijangka, ruangan komen video berkenaan dibanjiri dengan reaksi positif daripada netizen. Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Sofyank atas pencapaian hebat itu.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan video tersebut mungkin merupakan “hasil editing paling real” pernah dibuat oleh Sofyank.
BACA: Sofyank Bakal “Shoot” Video Bersama Tom Cruise Hari Ini
BACA: Gelagat Comel Dua Pak Cik “Redeem” Aiskrim Percuma Mixue Curi Perhatian
BACA: Ini Berlaku Apabila Seseorang Meninggal Dunia Di Atas “Cruise Ship”
Sumber: TikTok @sofyank96