Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Trump Kerah 1,500 Tentera
Kredit: Bernama

Trump Kerah 1,500 Tentera Ke Sempadan As-Mexico

Athirah

Trump Kerah 1,500 Tentera Ke Sempadan As-Mexico

WASHINGTON, 23 Jan (Bernama-AA) — Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan apa yang dipanggilnya sebagai “orang asing yang terlibat dalam pencerobohan ke Amerika Syarikat melalui sempadan selatan”, lapor Agensi Anadolu (AA).

Penambahan tentera itu akan menyokong kontinjen kira-kira 2,200 anggota aktif yang sudah berada di sempadan, menjalankan tugas logistik dan pentadbiran.

Tentera AS biasanya dilarang daripada melaksanakan penguatkuasaan undang-undang domestik di bawah undang-undang 1878 yang dikenali sebagai Akta Posse Comitatus.

Bagaimanapun, Trump dalam perintah yang ditandatanganinya pada Isnin berkata beliau akan memutuskan dalam tempoh 90 hari sama ada akan menggunakan Akta Pemberontakan untuk mengetepikan undang-undang itu.

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt memberitahu pemberita bahawa “rakyat Amerika telah menunggu masa seperti ini — untuk Jabatan Pertahanan benar-benar mengambil serius isu keselamatan tanah air”.

“Ini adalah keutamaan nombor satu rakyat Amerika, dan presiden telah pun menunaikannya,” katanya.

Leavitt bagaimanapun tidak menghuraikan tugas yang akan dilakukan oleh tentera AS itu.

Pada Isnin, Trump menandatangani beberapa perintah baharu yang bertujuan untuk mengetatkan kawalan ke atas migrasi, termasuk mengisytiharkan darurat negara di sempadan AS-Mexico.

Usaha terbaharunya untuk menutup sempadan itu memberikan kuasa kepada “Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Negara untuk mengambil semua tindakan yang perlu bagi segera menghalau, menghantar pulang dan mengusir pendatang asing tanpa izin di sempadan selatan Amerika Syarikat,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

“Menerusi penggunaan kuasanya, Presiden Trump telah mengehadkan lagi akses kepada peruntukan undang-undang imigresen yang membolehkan mana-mana pendatang haram yang terlibat dalam pencerobohan merentasi sempadan selatan Amerika Syarikat untuk kekal di negara ini, seperti suaka,” tambah kenyataan itu.

BACA: Kenali ‘Negara’ Transnistria, Wujud Tapi Ramai Tak Tahu

BACA: Dua Rentung Rumah Terbakar, Kes Diklasifikasikan Semula Sebagai Bunuh

BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen

Sumber: Bernama