Indonesia -- Tular di media sosial rakaman video sebuah kenderaan hanyut akibat arus deras berikutan banjir yang berlaku di Bojong Koneng, Bogor pada Rabu.
Menurut Kompas, kenderaan tersebut diletakkan di laluan utama menuju ke kawasan perumahan berhampiran Taman Budaya Sentul sebelum dibawa arus banjir.
Pegawai Kecemasan dan Logistik BPBD Kabupaten Bogor, Jalaluddin berkata kejadian berkenaan berlaku akibat limpahan saliran air yang didakwa tersumbat selepas hujan lebat.

Selain banjir, tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di lokasi yang sama.
“Berdasarkan analisis kami di lapangan, kemungkinan aliran tersumbat sehingga air melimpah dan membawa objek. Laluan di kawasan itu juga agak curam,” katanya.
Objek seperti batu dilaporkan menutup sebahagian jalan kawasan berkenaan.
Kenderaan hanyut banjir di Bogor tiada penumpang
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan menurut Jalaluddin.
Beliau turut memaklumkan tiada penumpang berada di dalam kenderaan yang hanyut itu.
“Tiada kemalangan jiwa. Kenderaan yang dibawa arus juga dalam keadaan kosong,” tambahnya.
Katanya lagi, banjir berkenaan tidak merebak ke kawasan yang lebih luas berikutan keadaan muka bumi yang semakin menaik.
Angkat Isu Alam Sekitar, Azamuddeen Nasir Terima Anugerah Kelestarian Alam
Tak Perlu Beratur Panjang, Guna Cara Ini Beli Tiket ETS
Gaji Cepat Susut? DOSM Dedah 3 Perkara Paling Banyak Rakyat Malaysia Belanja
Kerja Di Kampung Vs Bandar? Potensi Kampung Ni Antara Sebab Belia “Stay” Kat Sana
Bertahun Guna Simpanan Sendiri Hadapi Banjir, Setelah Perubahan Senyap, Ini Pula Yang Orang Kampung Dapat
Difahamkan, takungan air hanya berlaku di jalan utama menuju kawasan perumahan.
“Banjir tidak melimpah ke kawasan yang lebih luas, hanya di jalan utama. Keadaan juga sudah terkawal apabila kami tiba di lokasi,” ujarnya.
Menurut Jalaluddin, pemaju sedang melaksanakan tindakan awal berikutan lokasi tersebut berada dalam kawasan perumahan.

Sehubungan dengan itu, pihak BPBD Kabupaten Bogor tidak terlibat secara langsung dalam proses pengendalian atau penilaian setakat ini.
“Buat masa ini, pengendalian sedang dijalankan oleh pemaju kerana lokasi itu berada dalam kawasan perumahan,” jelasnya.
Selain Bojong Koneng, banjir turut dilaporkan berlaku di Kampung Cijayanti, Kecamatan Babakan Madang.
Air dilapor memasuki kediaman penduduk di sebuah kampung. Beberapa perabot turut terjejas akibat banjir.
Banjir turut berlaku di beberapa jalan di Kampung Leuwinutug.

