Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Kisah Wanita Minta Keringkan Sungai Demi Cari Gelang Emas

Hannah
keringkan sungai
Sumber: detikJogja

Tular Kisah Wanita Minta Keringkan Sungai Demi Cari Gelang Emas

Beberapa hari lalu, media sosial ‘kecoh’ dengan satu video yang mendakwa sebuah sungai di Yogyakarta, Indonesia dikeringkan hanya untuk mencari gelang emas milik seorang pelancong.

Rakaman itu menunjukkan keadaan sungai yang sudah surut dan sekumpulan orang sedang mencari sesuatu di dasar sungai. Cerita ini pantas menarik perhatian warganet sehingga menjadi bualan hangat.

Namun, media tempatan melaporkan siasatan lanjut mendapati naratif sebenar tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

Berlaku di Sungai Mudal

Kejadian itu dipercayai berlaku di Sungai Mudal, Jatimulyo, Girimulyo, Kulon Progo. Perkara tersebut disahkan oleh pengelola Sungai Mudal, Mudi.

Menurut beliau, insiden itu memang berlaku, tetapi sudah agak lama dan beliau tidak lagi mengingati dengan jelas kronologinya. Apa yang pasti, gelang emas yang hilang itu akhirnya berjaya ditemui.

“Kalau kejadian sebenarnya saya kurang ingat kerana sudah lama, tetapi gelangnya Alhamdulillah dapat dijumpai,” kata Mudi ketika dihubungi wartawan tempatan.

Penjelasan pihak pengurusan

Mudi turut menjelaskan bahawa sungai tersebut tidak dikeringkan semata-mata kerana mahu mencari gelang.

Sebaliknya, ketika gelang pelancong berkenaan terjatuh, ia kebetulan berlaku pada waktu pihak pengurusan sedang menjalankan rutin pengurasan kolam semula jadi di Sungai Mudal.

“Tiap petang kami memang lakukan pengurasan untuk kebersihan. Kebetulan pada masa itu ada kejadian gelang jatuh, jadi sekalian dicari,” ujarnya.

Bagi mengelakkan kekeliruan, Mudi menegaskan pihaknya sentiasa berusaha mengekalkan kualiti kebersihan dan perkhidmatan terbaik di Sungai Mudal demi keselesaan pelancong.

“Itu juga sebahagian daripada komitmen kami agar pengunjung berasa selesa dan terus mahu datang ke sini,” katanya.

Viral di media sosial

Khabar kononnya sungai dikeringkan demi mencari gelang itu mula tular selepas dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram terkenal.

Dalam hantaran tersebut, ditulis naratif bahawa Sungai di Yogyakarta dikeringkan gara-gara gelang emas pelancong hilang ketika berenang.

Video itu memaparkan seorang wanita sedang mandi-manda di kolam semula jadi, sebelum babak lain menunjukkan keadaan sungai yang surut dengan beberapa orang sedang mencari sesuatu di dasarnya.

Maka, tidak hairanlah ia menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

BACA: Penyelam Hilang Dua Hari Di Laut Ditemui Hidup Di ‘Benua’ Lain

BACA: Indonesia Dakwa ‘Pihak Asing’ Punca Kekecohan Di Negaranya

BACA: Misteri Segitiga Bermuda: Saintis Dakwa Rahsia Akhirnya Terungkai

Sumber: detikJogja