Dunia ini bukan kita sahaja yang huni. Ada juga makhluk lain sama ada yang boleh dilihat dengan mata kasar mahupun organisma seni. Bukan itu sahaja, ada juga hidupan lain di alam ghaib yang perlu kita imani seperti kewujudan malaikat, jin dan syaitan.
Biarpun ada perkara ‘mistik’ yang boleh kita rungkaikan dari sudut sains, namun perlu diakui, masih ada perkara yang kekal misteri di bumi ini.
Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalaman misterinya apabila pengimbas suhu di premis perniagaannya berbunyi sendiri seakan sedang mengimbas suhu seseorang.
Pun begitu, kongsi @afndysd, tiada pelanggan mahupun sesiapa yang dilihat masuk melalui pintu tersebut. Malah, kejadian itu dikatakan hanya berlaku pada waktu Maghrib sahaja.
Rakaman itu telah menarik perhatian orang ramai di laman tersebut. Ada yang berkongsi pengalaman serupa, tak kurang juga ada yang membuat lawak jenaka.

Patuh SOP sebelum nak ganggu orang


Cuba semak MySejahtera, kot-kot ada dalam senarai

Nasib suhu normal, kalau demam jangan bagi masuk


Dia seronok nak imbas, alam dia takde


Dia scan MySejahtera tak?

Bagaimanapun, pemilik video berkenaan tidak menolak kemungkinan jika alat tersebut mengalami gangguan atau pepijat.
BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya
BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui