Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Kongsi Cara Buat Nasi Lemak Turun-Temurun Keluarga
Bila bercakap tentang sarapan di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan yang membuatkan kita rambang mata dan sukar untuk memutuskan apa yang hendak dimakan.
Pelbagai jenis makanan yang enak tersedia, semuanya pasti menggugat selera sesiapa saja.
Antara semua pilihan yang ada, tidak dapat dinafikan bahawa Nasi Lemak muncul sebagai makanan kegemaran sejati rakyat Malaysia.
Menariknya, Nasi Lemak kini bukan hanya popular untuk sarapan pagi, bahkan rakyat Malaysia juga gemar menikmatinya untuk makan tengah hari dan malam.
Oleh itu, kami ingin berkongsi resipi Nasi Lemak Klasik yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nurha Muhammad, agar anda dapat mencuba membuatnya sendiri di rumah.
Mari saya kongsikan resepi nasi lemak istimewa turun temurun keluarga kami.
Bahan-bahan Nasi Lemak
4 pot beras basmathi – dicuci
1 helai daun pandan – disimpul
3 hiris halia
Sedikit garam
Air secukupnya
Satukan semua bahan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah saiz besar- kisar
2 genggam cili kering direbus- kisar
Senggenggam ikan bilis- bersih, tos dan tumbuk kasar
Air asam jawa
1 keping gula melaka
Gula dan garam secukupya
Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ikan bilis tumbuk. Biarkan mendidik seketika.
Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Tambah sedikit air jika perlu.
Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
Masak hingga pekat dan sedikit kering. Sesuaikan rasa dan sedia dihidang.
Telur rebus
Timun jepun
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Ayam goreng
Selamat mencuba.
BACA: Wanita Kongsi Resipi Arwah Nenek, Rendang Ayam Klasik Pikat Selera
BACA: Chef Sabri Kongsi Rahsia Sos Lada Hitam Pekat Tanpa Guna “Cream”
BACA: Guna Air Fryer Je, Resipi “Jacket Potato” Viral Pikat Selera
Sumber: Nurha Muhammad via Facebook