Berita›Luar Negara

Luar Negara
Gadis Dakwa Nampk Kelibat Ayah Dengan Perempuan Lain, Rupanya Pasangan Dituduh, Jadi Mangsa ‘Bahan’ Di Twitter
Media sosial boleh menjadi pelbagai medium sama ada untuk menyebarkan perkara baik atau buruk. Maka pilihlah untuk sebar dan kongsikan perkara baik yang tidak menyakiti orang lain. Sesetengah individu yang tidak sensitif terkadang berkongsi perkara negatif demi mengejar likes, share dan followers. Baru-baru ini tular satu kiriman di Twitter yang memperlihatkan seorang gadis memuat naik […]
Luar Negara
“Tiada Siapa Yang Faham Kemurungan Ni,” Bintang Terkenal Singapura Tinggal ‘Pesan’ Sebelum Ditemui Mati
Kemurungan boleh menjadi pembunuh senyap yang boleh merentap segala rasa dan jiwa dalam diri seseorang. Baru-baru ini seorang bekas peserta Singapore Idol, Samantha Lee, ditemui meninggal dunia dan berita tersebut disahkan melalui entri di Facebook miliknya. Samantha telah meninggal dunia, anda semua dijemput untuk hadir ke ‘persembahan’ terakhir beliau pada 23 Disember. Posted by Samantha […]
Berita
Tsunami 2004 Terus Terpahat Dalam Ingatan Suppiah Dan ‘Bayi Ajaib’
Hari ini, 26 Disember genap 15 tahun tsunami mengganas di beberapa negara di rantau ini dan bagi mereka yang terlibat, pasti kejadian itu masih segar dalam ingatan dan merupakan peristiwa pahit yang sentiasa dikenang di mana ratusan ribu nyawa terkorban seperti di Acheh Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka dan Malaysia sendiri. Di Pulau Pinang, kisah tsunami akan terus segar terpahat dalam ingatan seorang […]
Lelaki Tua Rompak Bank, Campak Duit Yang Dicuri Dengan Ucapan, “Selamat Hari Krimas Semua”
Seorang lelaki warga emas ditahan atas tuduhan merompak sebuah bank di Colorado Springs isnin lalu. Setelah merompak, suspek dikatakan membuang dan melemparkan kesemua duit ke seluruh tempat dan mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’. Suspek juga didakwa membawa senjata bersamanya dan mengancam orang-orang di dalam bank tersebut. Para peniaga mengumpul kesemua wang yang bertaburan tersebut dan mengembalikannya […]
Gaya hidup
Pelik Tapi Benar, Kedai Ini Jual Ais Krim Perisa Paracetamol Buat Netizen Teruja Nak Rasa
Biasanya ais krim disediakan dengan rasa manis seperti coklat, strawberi serta vanila. Namun begitu, keunikan baharu ais krim ini dibuat dengan perasa paracetamol. Macam mana rasa? Ais krim dikenali sebagai makanan beku yang diperbuat daripada produk tenusu. Ia dijadikan sebagai pencuci mulut malah kegemaran kepada kanak-kanak kerana mempunyai variasi warna dan rasa. Dalam satu kajian […]
Hiburan
Justin Bieber Umum Bakal Lancar Album Baharu Januari 2020
Penyanyi Justin Bieber mengumumkan bakal melancarkan lagu dan album terbaharunya pada awal tahun depan. Justin juga merancang untuk menerbitkan dokumentari khas dan konsert jelajah yang bakal bermula di Washington, Amerika Syarikat pada Mei 2020. Dia turut memuat naik di laman Instagramnya memaklumkan tarikh tersebut buat peminatnya. December 24, December 31, January 3 … #2020 View […]
Luar Negara
(Video) Pelukis Tatu Tertarik Dengan Masjid, Tersenyum Dengar Azan Berkumandang
Alunan azan dan ayat suci al-Quran sememangnya menenangkan bagi mereka yang mendengarnya. Bahkan, ada antara mereka yang bukan Islam turut terpesona mendengar alunan tersebut termasuklah pelukis tatu yang dikenali sebagai WinnieTheJroo ini. https://www.instagram.com/p/B6UginIFRqo/ Dalam satu video berdurasi 15 saat, pemuda ini kelihatan teruja apabila mendengar alunan azan di sebuah masjid di Abu Dhabi. “Kalian dengar […]
Berita
Anak Luah Rasa Hiba, Mak ‘Ikut’ Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah
Berat ujian yang ditanggung Mohd Fikri Ismail dan adik beradiknya apabila kedua-dua ibu bapa mereka kembali ke rahmatullah ketika sedang mengerjakan umrah di tanah suci baru-baru ini. Lebih menyedihkan, pasangan itu pergi hanya selang sehari antara satu sama lain. Pemergian Allahyarham ayahnya pada 23 Disember lalu diikuti ibu tercinta, Allahyarham Rohani bt Dollah sehari kemudian. […]
Berita
Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit, Pemuda Kongsi Kisah Menginsafkan Ziarah Tanah Uighur
Umum mengetahui konflik yang melanda Xinjiang antara etnik Uighur dan kerajaan komunis China yang didakwa menekan penduduk Islam di sana. Mereka dikatakan dilarang mengamalkan agama serta boleh ditahan polis jika solat tanpa permit. Pelbagai media antarabangsa telah melaporkan tindakan kerajaan negara itu terhadap etnik minoriti Uighur yang majoritinya beragama Islam. Bahkan, ada dakwaan yang menyatakan […]
Berita
(Video) Gelombang Panas Di Melbourne Sampai Boleh Masak Telur Atas Jalan, Bakar Daging Dalam Kereta
Pada 20 Disember lalu, suhu tinggi membuatkan seorang wanita terdetik untuk memasak telur di hadapan rumahnya di Melbourne. Dalam video dikongsi Kasandra Azeez, dia memecahkan sebiji telur ke dalam kuali leper miliknya yang diletakkan di atas laluan pejalan kaki. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kelihatan putih telur itu mula mengeras bagaikan dimasak di atas dapur. […]
Luar Negara
”Isu Dalaman China, Indonesia Tak Masuk Campur”- Komen Ketua Staf Kepresidenan Indonesia Mengenai Uighur
Jakarta – Ketua Staf Kepresidenan Indonesia, Moeldoko memberitahu negara berkenaan tidak akan mencampuri konflik antara etnik Uighur dengan kerajaan China. Menyifatkan konflik itu sebagai isu dalaman negara, Moeldoko berkata, setiap negara mempunyai hak untuk menguruskan rakyat masing-masing, katanya semalam seperti dilaporkan The Jakarta Post. “Setiap negara mempunyai hak daulat untuk menguruskan rakyat masing-masing, jadi kerajaan […]
Luar Negara
Wanita Ini Menangis Dihukum Penjara 300 Tahun Atas Kesalahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak
Seorang wanita berdepan dengan hukuman penjara selama 300 tahun selepas mengaku bersalah atas perbuatan tidak bermoral terhadap kanak-kanak perempuan. Wanita yang berusia 42 tahun tidak henti-henti mengulangi ayat ‘Saya bersalah’ apabila kes dibacakan. Tujuh pertuduhan dibacakan termasuklah serangan seksual, penderaan seksual pada Isnin lalu. Dalam perbicaraan itu, wanita ini dilihat menangis ketika dia mengaku kesemua […]
Luar Negara
Gempa Bumi Kuat 6.0 Skala Richter, Gegar Kepulauan Vancouver, Kanada
KUALA LUMPUR, 25 Dis – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Vancouver di Kanada pada 11.36 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 510 kilometer (km) barat dari Vancouver, pada kedalaman 10km. Tiada ancaman tsunami dilaporkan. Sumber: Bernama
Berita
Sambut ‘Anniversary’ ke- 80, Suami Isteri Ini Diiktiraf Pasangan Paling Tua Di Dunia
Sepasang suami isteri yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke- 80 mereka pada seminggu yang lalu. Suami bernama John Henderson, 106 dan isterinya, Charlotte berusia 105 tahun telah diangkat oleh Buku Rekod Guiness sebagai pasangan tertua didunia ketika ini. Pasangan itu diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh ahli keluarga […]
Luar Negara
Karya Seni Tertua Di Dunia Dijumpai Di Dinding Gua Sulawesi
Satu karya seni telah dijumpai di dinding sebuah gua di Sulawesi, Indonesia di mana karya tersebut dipercayai berusia 44000 tahun yang mungkin menjadi lukisan karya seni yang tertua di dunia. Hasil karya seni tersebut memaparkan imej seperti kerbau yang diburu oleh manusia dengan menggunakan tombak dan tali. Sesetengah penyelidik berpendapat adegan memburu tersebut merupakan penceritaan […]
Luar Negara
Viral Sepanduk ‘Larangan Bersholawat’ Bikin Kecoh, Rupanya Ini Maksud Sebenar Yang Tak Disangka-Sangka
Tular satu posting yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna twitter mengenai sepanduk yang memaparkan tulisan ‘Larangan Bersholawat’ telah mengelirukan orang ramai mengenai perkara berkenaan. Ianya merupakan satu perkara yang telah lama berlaku, namun telah menjadi perbualan netizen semula setelah dimuatnaik kembali di laman twitter. Ianya pernah dimuat naik oleh seorang ustaz Yusuf Mansur pada Disember […]
Berita
Tak Lupa Tanggungjawab Hamba, Lelaki Ini Pergi ‘Menemui’ Maha Pencipta Di Rakaat Ketiga
Kita sememangnya sudah mengetahui bahawa jangka hayat hidup seseorang itu adalah salah satu perkara yang dirahsiakan oleh Allah S.W.T. Seperti yang terjadi pada seorang lelaki bernama H Tahir Tenri ini, dia dilaporkan telah meninggal dunia ketika sedang mengerjakan solat Asar di Masjid Raya Kota Parepare yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia pada hari Selasa (24 […]
Berita
(Video) Penyanyi AS Ini Baca Ayat Kursi Lengkap Bertarannum Buat Ramai Terpukau
Disamping mengenali huruf Arab, membaca al-Quran memerlukan pemahaman terhadap hukum tajwid yang agak kompleks. Pembelajarannya mungkin memerlukan masa yang agak lama dan berterusan agar dapat membaca al-Quran dengan baik. Walaubagaimanapun, seorang penyanyi Amerika, Jennifer Grout telah membuatkan orang ramai terpesona mendengar lantunan ayat Kursi yang lancar dari bibirnya. Bahkan, Jennifer turut membaca ayat ke-255 surah […]
Gaya hidup
(Video) Budak Trauma Kena ‘Prank’ Melampau, Telur Dipecah Dikepala & Kek Harijadinya Dirosakkan
Sambutan hari lahir adalah sesuatu yang sangat mengembirakan hati setiap kanak-kanak yang akan meraikannya. Namun berbeza dengan apa yang telah berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki yang telah dihujani dengan telur ketika sambutan hari lahirnya bersama ahli keluarga yang lain. Malah bukan itu sahaja, kek hari lahirnya juga dirosakkan ketika prank tersebut dilakukan. Dia kelihatan gembira […]
Berita
Sakit Tak Tahu Punca, Rupanya Anak Ketam Masuk Telinga Lepas Bercuti Di Pantai
Niat nak bergembira di pantai, tapi lain pula jadinya. Seorang lelaki berusia 38 tahun melalui detik menyakitkan apabila telinganya bengkak setelah ‘dicerobohi’ seekor haiwan tidak diundang. Pada November lalu, lelaki berkenaan telah bercuti di salah satu pantai di Dubai bersama beberapa orang rakannya. Di sana, dia dapat rasakan sesuatu memasuki telinga kanannya namun tidak menyangka […]