Berita

Ngeri, Tular Rakaman Pekerja Terkena Renjatan Elektrik Ketika Nak Dirikan Tiang
Malang tidak berbau, insiden renjatan elektrik seringkali dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Menurut portal MyHealth, arus elektrik yang melalui tubuh badan manusia berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock). Kebanyakan kes renjatan elektrik […]
Punya 8 Sisi, Arab Saudi Rancang Bina Bandar Raya Terapung di Laut Merah
Arab Saudi dilapor merancang untuk membina sebuah bandar lapan segi yang terapung di atas Laut Merah. Bandar tersebut telah diberikan nama iaitu Oxagon. Pembinaan bandar ini dirancang untuk dibangunkan di pinggir wilayah terbaharu iaitu Neom yang terletak di bahagian barat laut negara berkenaan. Neom, ialah sebuah projek utama Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman. Projek […]
20,000 Tiket Final Piala Malaysia 2021 Dijual Dalam Talian Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Sebanyak 20,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com bermula tengah hari, Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiket tempat duduk terbuka itu dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan […]
Kerajaan Siap Sedia Jika Berlaku Gelombang Keempat COVID- Aaron
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kerajaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 dalam negara susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lepas. Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang. “Kesan jangkitan kita akan dapat 10 ke […]
Pelbagai Pendekatan Selesai Isu Guru, Sekolah Disusun Dalam AKM 100 Hari KPM
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti dan menyusun pelbagai pendekatan bagi menyelesaikan dua isu utama iaitu membabitkan pengurusan sekolah dan kebajikan guru di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif, pihaknya telah memohon kepada kerajaan […]
Main Mini Games Simple Je, Dapat Tahu Macam-Macam Tempat Menarik Kat Jepun Sambil Berpeluang Menang Hadiah
Bila sedang rancak berbincang pasal nak pergi tempat menarik mana sebagai destinasi percutian, tak boleh sangkal lagi yang negara Jepun semestinya salah satu negara yang korang rasa best. Macam-macam yang ada kat Jepun ni seperti pemandangan yang sangat menenangkan dan cantik, spot OOTD yang lawa, aktiviti seronok yang boleh dilakukan dan pelbagai lagi. Kalau nak […]
Piala Malaysia: Mutu Pengadilan Sekali Lagi Dipertikai
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Mutu pengadilan pegawai perlawanan tempatan sekali lagi menjadi tumpuan dan kali ini melibatkan pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam. Rata-rata peminat bola sepak tempatan tidak berpuas hati dengan pendekatan pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dalam menghakimi beberapa ‘keganasan’ dilakukan pemain daripada […]
(Video) Pelajar Lupa Sorok Mesej “Boyfriend”, Tersipu-sipu Kantoi Depan Pensyarah & Satu Kelas Masa “Presentation”
Zaman sekarang ini, untuk melakukan pembentangan sudah jauh lebih mudah berbanding dulu kerana adanya teknologi seperti komputer riba dan projektor. Namun begitu, mereka yang mahu melakukan pembentangan khususnya pada golongan pelajar universiti, perlulah sentiasa berhati-hati dan peka dalam memastikan bahawa WhatsApp Web tidak diaktifkan sebelum memaparkan skrin komputer anda di khalayak ramai. Ianya kerana, apabila […]
Sangka Ubat Tahan Sakit, Wanita Tengah Panik Dilapor Tertelan “Earbuds” Miliknya
Seiring dengan peningkatan penggunaan telefon pintar, fungsi-fungsi gajet lain seperti fon telinga juga telah melalui evolusi yang semakin canggih dan lebih mudah untuk digunakan di mana-mana sahaja. Manakan tidak, penggunaan fon telinga tanpa wayar atau earbuds kini menjadi pilihan ramai. Pun begitu, walaupun ia praktikal untuk digunakan namun teknologi tersebut telah menimbulkan masalah lain yang […]
KWSP Akan Lancarkan ‘i-Sayang’ Untuk Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri. Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan […]
(Video) Penduduk Gempar, Jumpa Bayi Ditinggalkan Dalam Beg Shopee Food
Kekecohan terjadi di Desa Wadungasih, Kecamatan Buduran, Kabupaten Sidoarjo, Indonesia susulan penemuan bayi perempuan dalam sebuah beg Shopee Food berwarna oren pada Sabtu lalu, lapor portal FaktualNews.co Bayi comel itu dilaporkan telah ditemui oleh seorang penduduk setempat bernama Budiono ketika dia sedang melalui Jalan Raya Lingkar Timur. “Ditemui sekitar pukul 5 pagi waktu temptan,” kata […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Meningkat Berbanding Semalam, Cecah Angka 5k
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 5,594 kes bahru COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,597,080 kes. Dalam masa yang sama kes baharu yang dicatatkan hari ini dilapor lebih banyak berbanding semalam, iaitu sebanyak 4,885 ke. Pada 23 […]
Bayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 Mulai Khamis Ini
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini (25 Nov) dengan peruntukan RM300 juta. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin. […]

“Kebanyakan Kes COVID Sekarang Adalah Kontak Rapat(Kenalan, Rakan Kerja, Ahli Keluarga)” – Khairy
Kebanyakan kes jangkitan COVID-19 sekarang adalah daripada kontak rapat iaitu kenalan, rakan kerja dan ahli keluarga, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. “Banyak disebabkan kerana (mereka) tidak pakai pelitup muka. Sentiasa pakai pelitup muka di tempat kerja dan tempat awam yang sesak. “Kalau bergejala laksanakan #TRIIS (test, report, inform, isolate & seek),” katanya dalam kenyataan di […]
Angkara Burung Murai, Lelaki Parah Dipukul Dua Beradik
PASIR MAS, 23 Nov (Bernama) — Angkara seekor burung murai, seorang lelaki cedera parah dipukul dua beradik menggunakan tukul besi dalam kejadian di Kampung Banggol Petaling, di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian pada 7 pagi itu, dua beradik berusia 26 dan 41 tahun mendakwa […]
Permintaan Tinggi Antara Sebab Kenaikan Harga Ayam, Minyak Masak
ISKANDAR PUTERI, 23 Nov (Bernama) — Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan tinggi sekali gus menyebabkan kenaikan harga mendadak barangan asas seperti ayam dan minyak masak kebelakangan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full […]
Mekanisme Baharu Perkasakan Pengurusan Daging Import Halal – PM Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 23 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tiga mekanisme baharu akan dilaksanakan bagi memastikan pengurusan kemasukan produk daging import halal dari luar negara ke Malaysia terjamin. Beliau berkata mekanisme dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama beberapa agensi berkaitan itu adalah rentetan daripada episod kartel daging import pada Disember tahun lepas […]

Banjir Kilat Setinggi 1 Meter, Ini Keadaan ‘Huru-Hara’ Sekitar Ampang Jaya Selepas Kejadian
Semalam beberapa kawasan di sekitar Ampang, Selangor dilanda fenomena banjir kilat yang mencapai ketinggian sehingga kira-kira satu meter tinggi. Banjir kilat tersebut berpunca akibat hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak pukul 6 petang hingga menyebabkan sampah-sampah dan lumpur turut hanyut dan menjejaskan beberapa lokaliti sekitar. Disebabkan itu, beberapa jabatan dalaman Majlis Perbandaran Ampang Jaya […]
Tular Isu Tak Berhenti Solat Subuh, Sani Express Mohon Maaf & Pemandu Dikenakan Tindakan
Tular isu pemandu bas yang didakwa tidak berhenti untuk solat subuh baru-baru ini, Sani Express telah mengeluarkan permohonan maaf dan memaklumkan bahawa tindakan lanjut telah diambil terhadap pemandu tersebut. Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasmi, Sani Express mengatakan bahawa pemandu tersebut tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini dan siasatan dalaman […]

Tular Aksi Marshal Hentikan Kenderaan: Dua Lelaki Ditahan, Kawasaki GTR 1400 & Z800 Antara Dirampas
Sejak beberapa hari lalu, tular satu video yang memaparkan aksi marshal membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Sua Betong Daerah Port Dickson. Ekoran itu, dua lelaki India yang terlibat dalam rakaman tersebut telahditahan polis tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua tangkapan dilakukan di jalan kawasan […]