Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Api Marak & Asap Hitam Tebal, Bangunan Pejabat Tinggi Lebih 200 Meter Dilapor Terbakar Di China
Sebuah bangunan pejabat dilapor terbakar di Changsa, China, dengan api kelihatan menjulang-julang dari luar, dalam kejadian yang berlaku petang Jumaat, hari ini (waktu tempatan).
Kebakaran di menara dengan ketinggian lebih 200 meter itu dilapor melibatkan berdozen-dozen ruang pejabat menyebabkan asap tebal berkepul-kepul naik ke langit, lapor media tempatan CCTV.
Susulan kebakaran itu, pasukan bomba tempatan telah mengerahkan sebanyak 36 jentera dan 280 anggota untuk memadamkan api tersebut. Menurut jurucakap bomba, api sudah pun berjaya dipadam dan tiada kecederaan atau mangsa terkorban dilaporkan.
Sebuah video yang merakam kejadian berkenaan turut menjadi tular di media sosial. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat api marak keluar melalui sisi-sisi bangunan dengan asap hitam pekat memenuhi kawasan tersebut.
Siasatan awal bomba mendapati kebakaran tercetus di bahagian luar tingkat 42 bangunan tersebut. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung punca kebakaran tersebut tercetus.
BACA: Miliki 149.5 Juta Pengikut TikTok, Khaby Lame Terima Bayaran Sehingga RM 3.4 Juta Untuk Setiap Video Promosi
BACA: Ada Masalah Lutut, Legenda Tenis Dunia, Roger Federer Umum Bersara
BACA: Mengaku Bersalah Bunuh Perogolnya, Remaja Dipenjara 5 Tahun & Diarah Bayar Pampasan RM 680k
BACA: Kes Mayat 2 Budak Ditemui Dalam Beg, Wanita Diberkas Dipercayai Bunuh Anak Sendiri
BACA: Ribuan Ikan Mati, Pemilik Kolam Hanya Mampu Mengalir Air Mata, Dakwa Akibat Perbuatan Khianat
BACA: Kematian Dicemburui, Ustazah ‘Dijemput’ Ajal Saat Pimpin Majlis Khatam Al-Quran Secara “Live”
Sumber: CNA