Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nyaris Maut Dibaham, Remaja Tumbuk Mata Buaya Berjaya Selamatkan Diri
Seorang remaja lelaki berjaya menyelamatkan dirinya daripada serangan seekor buaya di Sungai Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4, dengan menumbuk mata reptilia tersebut.
Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu, remaja berusia 18 tahun tersebut dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan insiden tersebut setelah pihaknya menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa.
Laporan tersebut dibuat oleh anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun pada jam 7.26 petang, pada Isnin.
“Menurut pengadu, mangsa bersamanya dan seorang lagi ahli keluarga turun ke sungai untuk menangkap ikan.
“Tiba-tiba mangsa diserang buaya namun mangsa sempat memukul mata buaya tersebut sebelum berjaya melepaskan diri dan terus naik ke tebing sungai,” katanya pada Selasa.
Tambah beliau, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki akibat dibaham haiwan tersebut.
“Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Kes juga sudah dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
BACA: 91 Murid SK Pulau Gaya Keracunan Makanan
BACA: Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat
BACA: Dilapor Hilang Sejak 15 Julai Lalu, Nur Aina Faqihah Ditemui Selamat
Sumber: Sinar Harian