Hairan Kenapa “Steering” Rasa Berat, Ini 4 Punca yang Ramai Tak Tahu
Bayangkan tengah syok memandu, tiba-tiba steering rasa berat. Habis hilang mood nak drive, kan?
Steering berat ni bukan je buat kita rasa tak selesa, tapi juga boleh jadi bahaya, terutama masa nak ambil selekoh.
Ramai yang tak tahu, ada beberapa sebab kenapa steering jadi berat. Sebab nombor 4 ni memang nampak remeh, tapi kalau tak jaga, boleh bagi masalah besar.
Jadi, SK hari ni akan kongsi 4 punca steering berat, berdasarkan perkongsian pengguna TikTok @altimatsaujana.
1. Steering rack yang rosak atau bocor
Steering rack penting untuk pastikan steering dapat berfungsi dengan baik. Penggunaan yang berterusan dan lama boleh menyebabkan kerosakan atau kebocoran pada steering rack.
Bila ini berlaku, pelincir dalam steering rack tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan steering jadi berat dan mengeluarkan bunyi aneh setiap kali anda memutarnya.
Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan kawalan steering, malah meningkatkan risiko ketika memandu di jalan yang berliku atau pada kelajuan yang tinggi.
2. Pam power steering yang bermasalah
Pam power steering berfungsi untuk mengawal tekanan hidraulik yang diperlukan untuk memastikan steering mudah dikendalikan.
Apabila terdapat kebocoran pada hos pam ini, tekanan akan meningkat dan boleh merosakkan komponen-komponen lain, termasuk bearing, yang kemudiannya menyebabkan bunyi ‘kasar’.
Jika pam power steering gagal berfungsi dengan baik, steering akan terasa lebih sukar untuk dikawal, terutama pada kelajuan yang perlahan.
Untuk mengelakkan masalah ini, pastikan hos pam power steering sentiasa dalam keadaan baik.
Jika hos bocor atau sudah ‘usang’, tukar kepada hos yang baru agar tidak menimbulkan kerosakan yang lebih besar pada sistem steering, yang akan memerlukan kos pembaikan yang lebih tinggi.
3. Fan belt yang longgar atau rosak
Salah satu komponen yang sering diabaikan tetapi sangat penting ialah fan belt. Fan belt yang rosak atau longgar boleh mengeluarkan bunyi ‘kasar’ semasa pemanduan.
Sekiranya fan belt ini tidak ditukar dan dibiarkan terus rosak, ia mungkin akan terputus secara tiba-tiba.
Apabila fan belt terputus, bukan sahaja akan mengganggu fungsi steering, tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan lain pada sistem enjin.
Sebaiknya, tukarlah fan belt dengan yang berkualiti untuk memastikan ia tahan lama dan mengelakkan anda perlu membayar kos tambahan seperti upah towing jika fan belt terputus ketika dalam perjalanan.
4. Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi
Mungkin ramai yang tidak menyangka, tetapi tekanan angin tayar yang tidak mencukupi juga boleh menjadi punca steering terasa berat.
Apabila tayar kekurangan angin, ia meningkatkan geseran antara tayar dan permukaan jalan, menyebabkan steering menjadi lebih berat terutamanya semasa membelok.
Untuk pengalaman memandu yang lebih lancar dan selesa, pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin yang mencukupi mengikut spesifikasi kenderaan.
Dengan tayar yang cukup angin, bukan sahaja steering akan lebih ringan, tetapi juga membantu menjimatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan ‘kehausan’ tayar.
@altimatsaujana Ini 4 sebab steering korang jadi berat yang korang kena ambik tahu! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #mekanikmalaysia #pomenmalaysia #bengkelmalaysia #automotivemalaysia #automotifmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifmobilindonesia #otomotifzone #otomotifsepedamotor #trending #fyp #viral
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Ingat, menjaga kenderaan dengan baik bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan untuk pengalaman memandu yang selesa dan selamat.
Semoga bermanfaat.
BACA: Ini 3 Risiko Kerap Cas Telefon Dalam Kereta
BACA: Rupa-Rupanya Senang Je Nak Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta
BACA: 6 Punca Bateri Kereta Cepat Habis
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok