Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Ramai Teruja Lihat Kumpulan ‘Pendekar Malaysia’ Dalam Kejohanan Hyrox Di Hong Kong
Malaysia memang tak pernah habis dengan keunikan budayanya.
Dari makanan yang memikat selera hingga pakaian tradisional yang memukau mata, negara kita memang penuh dengan harta warisan yang tak ternilai.
Bila sebut tentang “Malaysia”, ramai pasti akan terus teringat kepada kepelbagaian makanan kita.
Tapi kali ini, bukan tentang makanan yang ingin kami kongsikan.
Sebaliknya, sebuah video yang sedang tular kini mencuri perhatian warga maya, khususnya rakyat Malaysia.
Video tersebut merakamkan momen luar biasa di Hong Kong, tempat berlangsungnya Hyrox Asian Championship 2024, iaitu sebuah pertandingan kecergasan bertaraf antarabangsa.
Untuk yang belum tahu, Hyrox ni bukan calang-calang acara. Ia penuh dengan cabaran yang menguji kekuatan fizikal dan mental.
Dari angkat beban hingga lari jarak jauh, semua peserta datang dengan misi untuk menjadi yang terbaik.
Namun, apa yang benar-benar mencuri tumpuan kali ini adalah penampilan unik pasukan Malaysia yang tidak tumpah seperti “Pendekar”.
Tidak seperti peserta lain yang memakai pakaian sukan moden, pasukan Malaysia memilih untuk tampil berbeza dengan pakaian tradisional lengkap.
Ketika peserta lain rata-rata hanya berseluar pendek atau tidak berbaju, pendekar kita tampil dengan gaya tersendiri, membuat ramai kagum.
Lebih menarik, bukan sahaja peserta lelaki yang menarik perhatian, tetapi juga peserta wanita Malaysia yang turut mengenakan pakaian tradisional Melayu.
Kumpulan ‘Serikandi Malaysia’ juga tampil ‘manis’ dalam pakaian silat yang dihiasi cekak bunga di atas kepala.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Penampilan unik pasukan Malaysia ini mendapat pujian melambung kerana berjaya memartabatkan budaya tempatan di pentas antarabangsa.
Tahniah, Pendekar dan Serikandi Malaysia.
BACA: Graduan Sarung Topi Konvo Pada Ibu, Tonton ‘Live’ Majlis Di PPS Buat Ramai Sebak
BACA: Siap Ada Kompang, Majlis Perkahwinan Ala Melayu Keluarga Cina Ini Curi Tumpuan
BACA: Botol Hanyut Di Laut Ditemui, Berisi Surat Berusia 16 Tahun Lalu
Sumber: TikTok @captraeiz