Ramadan Core, Wujud “Keria Tanghulu” Buat Ramai Terhibur
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti ada pelbagai perkara menarik yang mencuit hati.
Selain ‘berperang’ di dapur untuk sahur dan iftar bersama keluarga, ramai yang menantikan saat istimewa di bulan Ramadan.
Solat Tarawih berjemaah dan moreh juga menjadi antara aktiviti yang dinikmati sepanjang bulan mulia ini.
Namun, satu perkara yang paling dinanti-nantikan oleh semua, baik Muslim mahupun bukan, ialah kemunculan bazaar Ramadan.
Muncul hanya setahun sekali, bazaar Ramadan memang boleh diibaratkan sebagai ‘syurga’ makanan.
Sering kali, kehadiran di bazaar Ramadan menyebabkan seseorang menjadi rambang mata hingga terbeli lebih daripada ‘keperluan’.
Beli kuih keria, wanita ‘kecewa’ dapat “keria tanghulu”
Dalam kehangatan bazar Ramadan tahun ini, satu perkongsian di media sosial telah mencuri perhatian ramai.
Seorang wanita berkongsi ‘kecewa’ selepas membeli kuih keria untuk berbuka puasa.
Mana tidaknya, kuih keria yang sepatutnya mempunyai tekstur yang lembut di dalam dan sedikit rangup di luar itu lebih keras daripada biasa.
Bahkan, wanita itu beberapa kali mengetuk kuih tersebut ke atas permukaan bekas, dan bunyi yang terhasil benar-benar ‘kuat’.
“Allah uji sebab Allah sayang,” tulis wanita itu.
@mnyoongi__ Allah uji sebab allah sayang 😔✊🏽
Seperti yang dijangka, ruangan komen perkongsian itu terus dibanjiri pelbagai reaksi daripada warga maya.
Rata-rata mereka bukan sahaja terhibur, malah turut menyumbangkan komen-komen ‘kreatif’ yang menggelikan hati.
“Bahan-bahan kuih keria – 1kg gula pasir, 1kg simen,”
“Risau nak makan. Takut tinggal gusi je,
“Ni bukan keria biasa, ni keria display yang akak ambil ni,”
“Jangan buang sis, boleh buat pengetuk paku nak gantung langsir raya nanti,”
“2 in 1, beli keria dapat anak lesung sekali rupanya,”
“Betul la tak pandai masak tidak mengapa, asalkan jangan berniaga di bazaar,”
BACA: Dakwa Kerap Korek Hidung, Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan
BACA: Detik Cemas Powerbank Terbakar Dalam Tren MRT
BACA: Bekas Pemain Arsenal Disaman Ibu Bapa Kandung
Sumber: TikTok @mnyoongi_