Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Hujan lebat enam negeri
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri hingga 11 malam ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, hampir kebanyakan kawasan di negeri Perlis bakal dilanda hujan lebat.

“Di Kedah, daerah terlibat merupakan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Manakala di Perak, cuaca buruk dijangka berlaku di Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim,” maklum MetMalaysia.

Dalam pada itu, amaran berkenaan turut meramalkan hujan lebat, angin kencang bakal melanda daerah Gua Musang di Kelantan.

Turun ke Pahang, daerah yang tersenarai termasuk Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

Penduduk di Selangor juga dijangka menerima hujan lebat, angin kencang dan ribut petir malam ini, khususnya di daerah Hulu Selangor.

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar serta berhati-hati dalam pemanduan.