Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kakak 'Menyamar' Jadi Mama, Sampai Berdebar Adik Baca Mesej

kakak menyamar mama
Kredit: Threads @iqbalsukor
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kakak 'Menyamar' Jadi Mama, Sampai Berdebar Adik Baca Mesej

Bila sebut pasal adik-beradik, memang tak sah kalau tak ada sesi usik-mengusik. Lagi ramai adik-beradik, lagi meriahlah rumah dengan perangai masing-masing.

Biasanya, yang paling kuat menyakat sudah tentulah abang atau kakak. Ada saja idea mereka untuk mengenakan adik.

Tak dinafikan, kebanyakannya pasti buat adik 'naik angin'. Tapi hakikatnya, itulah antara kenangan yang paling dirindui apabila masing-masing sudah dewasa dan membawa haluan sendiri.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki berkongsi gelagat kakaknya. Tengok gaya, macam 'kaki sakat' nombor satu.

"Macam nilah hidup adik number tiga..."

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan memuat naik tangkap layar perbualan yang pada mulanya kelihatan agak serius.

"Macam nilah hidup adik nombor tiga melayan kerenah kakak nombor dua," katanya.

Sekali pandang, ramai mungkin terkejut dengan isi mesej, lagi-lagi bila nama yang tertera pada mesej itu ialah "Mama". Lebih mendebarkan, isi mesej yang diterima pula bukan biasa-biasa.

Bayangkan kalau anda berada di tempat lelaki itu. Baru buka telefon, terus disambut dengan empat mesej 'perit' daripada orang yang paling disayangi. Cuak juga rasanya.

Namun, debaran itu tidak berpanjangan. Tidak lama kemudian, mesej baharu pula masuk daripada "Mama" yang sebenar. Ketika itulah segala persoalan terjawab.

Rupa-rupanya, empat mesej yang membuatkan si adik berdebar tadi bukan ditaip oleh ibunya. Sebaliknya, oleh kakaknya sendiri yang sempat memegang telefon wanita itu.

Apa-apa pun, semuanya hanyalah satu gurauan daripada si kakak yang sengaja mahu menyakat adiknya.

Walaupun 'gurau kasar', perkongsian itu menghiburkan ramai kerana situasi seperti itu sememangnya biasa berlaku dalam kebanyakan keluarga.

"Kakak memang spesis sama eh?" - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengaku mereka terhibur melihat gelagat keluarga itu.

Malah, lebih menghiburkan apabila ramai turut berkongsi pengalaman mempunyai kakak yang suka menyakat adik-beradik.

Rupa-rupanya, bukan seorang dua yang mempunyai kakak dengan perangai 'nakal' seperti ini.

Hakikatnya, usik-mengusik memang menjadi 'warna' dalam hubungan adik-beradik.

Ada masanya gurauan itu membuatkan kita geram, malu atau berdebar. Tapi itulah antara memori yang sering dikenang apabila masing-masing semakin sibuk dengan kehidupan sendiri.

Hakikatnya, merekalah juga orang pertama yang akan datang membantu apabila kita ditimpa kesusahan.