Luar Negara Archives - Siakap Keli Sebaran Berita Sejurus Ia Berlaku Tue, 29 Apr 2025 03:25:52 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2018/09/cropped-ok-32x32.png Luar Negara Archives - Siakap Keli 32 32 Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia https://siakapkeli.my/2025/04/29/abu-dhabi-cipta-laluan-pejalan-kaki-penyaman-udara-pertama-di-dunia/ Tue, 29 Apr 2025 03:14:47 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684925 Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia ABU DHABI — Abu Dhabi memperkenalkan laluan pejalan kaki luar berpenyaman udara pertama di dunia sepanjang 70 meter di Al Mamoura, lapor Khaleej Times. Dibuka pada akhir Disember tahun lalu oleh Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan (DMT), projek perintis ini dibangunkan setahun selepas proses reka […]

The post Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia

ABU DHABI — Abu Dhabi memperkenalkan laluan pejalan kaki luar berpenyaman udara pertama di dunia sepanjang 70 meter di Al Mamoura, lapor Khaleej Times.

Dibuka pada akhir Disember tahun lalu oleh Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan (DMT), projek perintis ini dibangunkan setahun selepas proses reka bentuk dan pembinaan.

Laluan ini bertujuan menyediakan pengalaman berjalan kaki yang lebih mesra kepada pejalan kaki sepanjang tahun meskipun ketika musim panas yang ekstrem.

Difahamkan, laluan yang terletak di antara deretan kafe dan pejabat ini dilengkapi sistem penyejukan di bawah lantai, dinding pengurang bunyi, dan bumbung khas yang menapis cahaya matahari sambil mengurangkan haba (suhu).

Dapat mengekalkan suhu pada 24 darjah Celsius

Gambar: myabudahbi.ae

“Setiap elemen laluan ini direka dengan tujuan tertentu.

“Bumbung membenarkan cahaya semula jadi masuk sambil mengekalkan suhu yang lebih sejuk, manakala dinding direka untuk menyekat bunyi bising dari luar. Sistem penyejukan di lantai pula meningkatkan keselesaan pejalan kaki,” kata Hamda Al Hashemi, Pengarah Bahagian Reka Bentuk Bandar DMT.

https://www.instagram.com/reel/DFfM28-ThY2/?utm_source=ig_embed&ig_rid=2a25396e-75f5-4b4b-8723-c39a039f9925

Tambahnya, pasukan arkitek dan pereka landskap DMT telah merancang laluan ini dengan teliti untuk memastikan ia bukan sahaja berfungsi, malah memberikan keselesaan optimum kepada pengguna.

Idea pembinaan laluan ini tercetus daripada hasrat kepimpinan Abu Dhabi untuk menjadikan bandar itu lebih mesra pejalan kaki, terutamanya ketika musim panas.

“Kami mengambil inspirasi daripada konsep serupa di Doha, dan yakin pendekatan ini mampu memberi impak positif kepada komuniti,” katanya lagi.

Al Mamoura dipilih sebagai lokasi pertama projek ini kerana kawasan tersebut sudah mempunyai jumlah pejalan kaki yang tinggi, terutama antara pejabat dan kafe berdekatan.

“Lokasi ini membolehkan kami memantau keberkesanan laluan sepanjang tahun sebelum memperluaskan inisiatif ini ke kawasan lain,” katanya.

Walaupun laluan pertama ini menggunakan sistem penyejukan konvensional, DMT kini dalam perancangan untuk menerapkan teknologi tenaga solar dan elemen reka bentuk hijau dalam projek masa depan, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kelestarian.

Dengan suhu musim panas yang sering melebihi 45 darjah Celsius di Emiriah Arab Bersatu (UAE), pembinaan laluan seumpama ini dijangka menjadi penyelesaian penting untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan pejalan kaki.

Sumber: Khaleej Times

BACA: Arab Saudi Mulakan Projek Pembinaan Bangunan Dijangka Terbesar Di Dunia

The post Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Individu Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun https://siakapkeli.my/2025/04/29/individu-tertua-di-jepun-meninggal-dunia-pada-usia-115-tahun/ Tue, 29 Apr 2025 01:23:16 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684890 Individu Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun GIFU — Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, dilapor meninggal dunia pada hujung minggu akibat kegagalan jantung, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin. Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu di sebuah hospital […]

The post Individu Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun appeared first on Siakap Keli.

]]>
Individu Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun

GIFU — Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, dilapor meninggal dunia pada hujung minggu akibat kegagalan jantung, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin.

Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu.

Beliau menjadi individu tertua di negara itu pada Disember lalu selepas kematian Tomiko Itooka, yang hidup sehingga usia 116 tahun dan pernah diiktiraf sebagai individu tertua di dunia.

Susulan kematian Hayashi, gelaran individu tertua di Jepun kini disandang oleh Mine Kondo, 114, yang menetap di Kota, Wilayah Aichi.

Lelaki Tertua Meninggal Dunia

Terdahulu, lelaki tertua di dunia, John Tinniswood dilaporkan meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Menurut hantaran Guinness World Records (GWR), John yang juga pemegang rekod lelaki tertua dunia itu meninggal dunia di sebuah rumah jagaan di Southport, England semalam.

“John memiliki banyak sifat yang baik. Dia bijak, tegas, berani, tenang dalam apa jua keadaan, berbakat dalam matematik dan seorang yang hebat dalam berbual,” kata keluarganya kepada Guinness World Records.

Dilahirkan pada 26 Ogos 1912 di Liverpool, mendiang telah memegang rekod sebagai lelaki tertua di dunia sejak April 2024, selepas kematian Juan Vicente Pérez, 114 tahun dari Venezuela.

John telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1942 bersama isterinya, Blodwen dan dikurniakan seorang anak perempuannya, Susan bersama empat cucu dan tiga cicit.

Bagaimanapun, pada tahun 1986, isterinya telah meninggal dunia.

Menariknya tentang John, dia menerima kad ucapan hari lahir setiap tahun daripada mendiang Ratu Elizabeth dari usianya 100 hingga 110 tahun, sebelum Ratu Elizabeth mangkat pada tahun 2022.

Sumber: Kyodo News

BACA: Wanita Tertua Jepun, Fusa Tatsumi Meninggal Dunia Pada Usia 116 Tahun

BACA: Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 112 Tahun

The post Individu Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun appeared first on Siakap Keli.

]]>
Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Di Sepanyol, Portugal https://siakapkeli.my/2025/04/29/gangguan-bekalan-elektrik-besar-besaran-di-sepanyol-portugal/ Mon, 28 Apr 2025 17:03:09 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684856 Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Di Sepanyol, Portugal Madrid – Gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di seluruh Sepanyol dan Portugal pada Isnin, mengakibatkan talian internet dan telefon bimbit tidak berfungsi, lapor AFP. Gangguan tersebut turut menyebabkan perkhidmatan kereta api tergendala. Malah, mengakibatkan orang ramai terperangkap di dalam lif, lapor pihak berkuasa. Ketika ini, kerajaan Sepanyol sedang […]

The post Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Di Sepanyol, Portugal appeared first on Siakap Keli.

]]>
Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Di Sepanyol, Portugal

Madrid – Gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di seluruh Sepanyol dan Portugal pada Isnin, mengakibatkan talian internet dan telefon bimbit tidak berfungsi, lapor AFP.

Gangguan tersebut turut menyebabkan perkhidmatan kereta api tergendala. Malah, mengakibatkan orang ramai terperangkap di dalam lif, lapor pihak berkuasa.

Ketika ini, kerajaan Sepanyol sedang berusaha mengenal pasti punca gangguan berkenaan. Perdana Menteri, Pedro Sanchez dilapor bergegas ke ibu pejabat pengendali rangkaian elektrik berkenaan untuk diberi penerangan lanjut.

Syarikat pengendali tersebut, Red Electrica memaklumkan pihaknya memerlukan enam hingga 10 jam bagi memulihkan bekalan elektrik di negara itu. Malah, pihak syarikat turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian berkenaan punca gangguan elektrik yang berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial keadaan stesen metro yang dilanda kegelapan serta kereta api yang terhenti.

Beberapa gambar yang tular turut menunjukkan orang awam di pejabat  menggunakan cahaya telefon bimbit untuk melihat keadaan sekitar.

Dalam pada itu, pihak berkuasa jalan negara, DGT turut mengarahkan penunggang motosikal untuk berhenti berikutan ketiadaan lampu jalan. Keadaan ini menyebabkan kenderaan bergerak perlahan bagi mengelakkan berlaku pelanggaran. Pegawai polis turut digerakkan untuk bertugas mengawal lalu lintas di persimpangan.

Sementara itu, wartawan AFP yang berada di Madrid dan Barcelona turut menyaksikan orang ramai keluar ke jalanan sambil cuba mendapatkan sambungan talian di telefon pintar masing-masing.

Malah laman peninjau aktiviti internet, Netblocks turut memaklumkan bahawa gangguan berkenaan menyebabkan berlaku banyak kehilangan infrastuktur digital negara berkenaan. Menurut syarikat berkenaan, capaian laman sesawang menurun kepada 17 peratus berbanding penggunaan biasa.

Di Portugal, pengendali Sistem Gas Negara (REN) memaklumkan keseluruhan Semenanjung Iberia terkesan akibat gangguan yang berlaku sekitar tengah hari.

Susulan itu, jurucakap mengesahkan Suruhanjaya Eropah telah menghubungi pihak Sepanyol dan Portugal bagi mengetahui punca sebenar gangguan berkenaan.

Sumber: AFP

BACA: Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar

BACA: Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump

The post Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Di Sepanyol, Portugal appeared first on Siakap Keli.

]]>
Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump https://siakapkeli.my/2025/04/28/penceramah-promosi-klorin-dioksida-antara-yang-berucap-di-resort-golf-trump/ Mon, 28 Apr 2025 14:32:24 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684823 Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump Florida – Penceramah yang mempromosi bahan kimia klorin dioksida sebagai rawatan kesihatan, Andreas Kalcker merupakan salah seorang daripada 50 jemputan Persidangan Pencari Kebenaran di pusat peranginan kelab golf persendirian milik Donald Trump minggu hadapan, lapor The Guardian. Persidangan yang bakal berlangsung selama dua hari […]

The post Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump appeared first on Siakap Keli.

]]>
Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump

Florida – Penceramah yang mempromosi bahan kimia klorin dioksida sebagai rawatan kesihatan, Andreas Kalcker merupakan salah seorang daripada 50 jemputan Persidangan Pencari Kebenaran di pusat peranginan kelab golf persendirian milik Donald Trump minggu hadapan, lapor The Guardian.

Persidangan yang bakal berlangsung selama dua hari bermula Khamis itu dipercayai turut menampilkan beberapa individu anti-vaksin dan ahi teori konspirasi.

Terdahulu, warga Jerman yang menetap di Switzerland itu mendakwa klorin dioksida berpotensi menjadi penawar kanser, influenza dan autisme. Penceramah berkenaan dilaporkan memasarkan bahan kimia toksik di bawah jenama ‘CDS’ yang didakwa mampu membasmi kuman serta boleh menghapuskan patogen yang menyebabkan penyakit.

Lelaki berkenaan turut mendakwa perkara tersebut merupakan penemuan perubatan terbesar dalam 100 tahun kebelakang.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan kerajaan Amerika Syarikat dan Sepanyol telah menyelar produk tersebut sebagai satu penipuan.

Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) turut mengeluarkan amaran penggunaan produk tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius sehingga mengancam nyawa. Antara perkara lain termasuk dehidrasi, cirit-birit dan kecederaan buah pinggang.

Sejak Trump kembali meneraju pentadbiran Amerika Syarikat pada Januari, barisan pentadbirannya dipercayai telah mula menyelia penapisan maklumat kerajaan berkenaan sains. Malah, beberapa laman sesawang kesihatan awam dan pangkalan data milik persekutuan ditutup.

Laman sesawang FDA yang menjelaskan tentang kegunaan klorin dioksida sebagai peluntur dalam industri rawatan air dan mendatangkan bahaya terhadap nyawa turut diturunkan.

Walau bagaimanapun, siaran media yang meuar-uarkan pengumuman FDA pada 2019 masih boleh didapati di laman sesawang tersebut.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan memberi amaran kepada pengguna agar tidak membeli atau meminum produk yang dijual dalam talian sebagai rawatan kesihatan berikutan peningkatan laporan beberapa isu kesihatan baru-baru ini. Produk klorin dioksida mampu menjadi peluntur berbahaya jika dicampurkan. Ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius dan mampu mengancam nyawa,” maklum FDA menerusi siaran media tersebut.

Sumber: The Guardian

BACA: Kluster ILI Dikesan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan Daerah Kuala Muda – KKM

BACA: Indonesia Tahan 68 Migran Rohingya & Bangladesh Di Dumai, Rancang Guna Laluan Laut Ke Malaysia

The post Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump appeared first on Siakap Keli.

]]>
40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee https://siakapkeli.my/2025/04/28/40-maut-lebih-1000-cedera-dalam-insiden-di-pelabuhan-shahid-rajaee/ Mon, 28 Apr 2025 10:14:45 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684805 40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee BANDAR ABBAS (Iran), 28 April (Bernama) — Gabenor Wilayah Hormozgan Mohammad Ashuri berkata pada Ahad jumlah korban dalam insiden di Pelabuhan Shahid Rajaee meningkat kepada 40 orang dan lebih 1,000 cedera, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA). Daripada jumlah yang cedera, seramai 194 orang […]

The post 40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee appeared first on Siakap Keli.

]]>
40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee

BANDAR ABBAS (Iran), 28 April (Bernama) — Gabenor Wilayah Hormozgan Mohammad Ashuri berkata pada Ahad jumlah korban dalam insiden di Pelabuhan Shahid Rajaee meningkat kepada 40 orang dan lebih 1,000 cedera, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Daripada jumlah yang cedera, seramai 194 orang masih dirawat di hospital, manakala selebihnya telah dibenarkan pulang.

Sembilan mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital di luar Wilayah Hormozgan untuk rawatan pakar.

Letupan besar melanda Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas pada Sabtu, dengan hanya satu daripada 23 dermaga pelabuhan itu mengalami kerosakan serius.

Menteri Dalam Negeri Eskandar Momeni, yang dilantik Presiden Masoud Pezeshkian untuk menyelia lokasi dan usaha bantuan, berkata pada Ahad malam bahawa punca insiden sedang disiasat dan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengumpulkan bukti berkaitan letupan itu.

Beliau memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa pihak bertanggungjawab akan diambil tindakan. Momeni turut memaklumkan bahawa pasukan penyelamat dan bomba bertindak segera untuk memadamkan kebakaran dan mengawalnya daripada merebak.

Dalam mesyuarat Kabinet pada Ahad, Naib Presiden Pertama Mohammad-Reza Aref berkata siasatan mengenai punca letupan sedang dijalankan secara serius.

Beliau berjanji butiran mengenai insiden itu akan dimaklumkan kepada rakyat sebaik sahaja tersedia. Aref juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan simpati kepada yang cedera.

Susulan insiden itu, Kabinet Presiden Pezeshkian mengisytiharkan Isnin sebagai hari berkabung di seluruh negara.

Jurucakap Jabatan Kecemasan Mojtaba Khaledi mengumumkan bahawa 50 pasukan penyelamat, bantuan dan perubatan telah dikerahkan ke Pelabuhan Shahid Rajaee. Beliau juga memaklumkan bahawa 31 penerbangan helikopter telah dijalankan bagi membantu operasi memadam kebakaran di pelabuhan itu.

Sumber: Bernama

BACA: Mahkamah Rayuan Arah Yasin Ditempatkan Di Hospital Bahagia Di Bawah Perkenan Sultan Selangor

BACA: Sebak, Bapa Dedah Perjuangan Anak Sebelum Raih Keputusan Cemerlang SPM

The post 40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee appeared first on Siakap Keli.

]]>
Rusia Tawar Bantuan Kepada Iran Susulan Letupan Di Pelabuhan https://siakapkeli.my/2025/04/28/rusia-tawar-bantuan-kepada-iran-susulan-letupan-di-pelabuhan/ Mon, 28 Apr 2025 10:05:44 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684787 Rusia Tawar Bantuan Kepada Iran Susulan Letupan Di Pelabuhan MOSCOW (Bernama-TASS) — Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan Rusia untuk membantu Iran menangani kesan letupan maut di Pelabuhan Shahid Rajaee, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan Kremlin pada Sabtu. Putin turut menyampaikan ucapan takziah kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei dan Presiden Masoud Pezeshkian atas […]

The post Rusia Tawar Bantuan Kepada Iran Susulan Letupan Di Pelabuhan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Rusia Tawar Bantuan Kepada Iran Susulan Letupan Di Pelabuhan

MOSCOW (Bernama-TASS) — Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan Rusia untuk membantu Iran menangani kesan letupan maut di Pelabuhan Shahid Rajaee, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan Kremlin pada Sabtu.

Putin turut menyampaikan ucapan takziah kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei dan Presiden Masoud Pezeshkian atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat letupan itu.

“Saya amat dukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan besar yang berpunca daripada letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee.

“Sampaikan juga rasa simpati dan sokongan ikhlas saya kepada keluarga serta sahabat mangsa dan berharap agar semua yang cedera segera sembuh,” kata Putin dalam satu mesej Telegram yang disiarkan di laman sesawang rasmi Kremlin.

Letupan berlaku pada 26 April di Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas, yang terletak di Teluk Parsi.

Menurut laporan terkini, seramai 25 orang terkorban dan hampir 1,400 lagi cedera.

Sumber: Bernama

BACA: 40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee

BACA: Mahkamah Rayuan Arah Yasin Ditempatkan Di Hospital Bahagia Di Bawah Perkenan Sultan Selangor

The post Rusia Tawar Bantuan Kepada Iran Susulan Letupan Di Pelabuhan appeared first on Siakap Keli.

]]>
China Didakwa Rampas Kawalan Beting Jadi Pertikaian Di Laut China Selatan https://siakapkeli.my/2025/04/28/china-didakwa-rampas-kawalan-beting-jadi-pertikaian-di-laut-china-selatan/ Mon, 28 Apr 2025 04:22:16 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684722 China Didakwa Rampas Kawalan Beting Jadi Pertikaian Di Laut China Selatan Pengawal Pantai China didakwa telah merampas kawalan ke atas satu kawasan beting yang menjadi pertikaian berhampiran pos utama tentera Filipina di Laut China Selatan. Menurut media rasmi China, CCTV, pasukan Pengawal Pantai negara itu telah melaksanakan ‘kawalan maritim’ di Beting Tiexian atau Sandy Cay […]

The post China Didakwa Rampas Kawalan Beting Jadi Pertikaian Di Laut China Selatan appeared first on Siakap Keli.

]]>
China Didakwa Rampas Kawalan Beting Jadi Pertikaian Di Laut China Selatan

Pengawal Pantai China didakwa telah merampas kawalan ke atas satu kawasan beting yang menjadi pertikaian berhampiran pos utama tentera Filipina di Laut China Selatan.

Menurut media rasmi China, CCTV, pasukan Pengawal Pantai negara itu telah melaksanakan ‘kawalan maritim’ di Beting Tiexian atau Sandy Cay sejak pertengahan April lalu.

Beting pasir bersaiz kecil berkenaan merupakan sebahagian dari Kepulauan Spratly dan terletak berhampiran Pulau Thitu, juga dikenali sebagai Pag-asa yang menempatkan fasiliti kententeraan Filipina.

CCTV berkata, pasukan Pengawal Pantai itu mendarat di Sandy Cay bagi ‘menguatkuasakan kedaulatan dan undang-undang’ dan melakukan pemeriksaan serta ‘mengumpul bukti video aktiviti tidak sah oleh Filipina’.

Agensi penyiaran itu turut menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan lima individu berpakaian hitam berdiri di kawasan beting tidak berpenghuni itu.

Sekeping lagi gambar pula menunjukkan empat anggota Pengawal Pantai bergambar dengan bendera China di kawasan pantai putih, yang digambarkan sebagai ‘ikrar kedaulatan’ oleh media berkenaan.

Kumpulan itu juga dilapor membersihkan kawasan beting itu dan mengumpul sampah-sampah yang ditemui seperti botol plastik, kayu dan serpihan-serpihan yang lain.

Dalam pada itu, Financial Times melaporkan seorang pegawai dari Filipina yang tidak dinamakan memberitahu bahawa Pengawal Pantai China telah meninggalkan kawasan beting berkenaan.

Malah, tiada tanda-tanda bahawa China telah menduduki kawasan beting itu secara kekal dan tiada sebaran binaan dikesan.

Menurut AFP, China mendakwa hampir keseluruhan kawasan di Laut China Selatan adalah miliknya walaupun berdepan dengan tuntutan bertindih dengan beberapa negara lain dan keputusan antarabangsa yang menolak tuntutannya sebagai tidak sah.

Konfrontasi antara China dengan Filipina di kawasan perairan yang dipertikaikan itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lamanya.

Kedua-dua negara saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain, termasuk isu kerosakan terumbu karang yang dilapor berlaku di kawasan berkenaan.

Manakala Filipina ketika ini sedang melaksanakan latihan ketenteraan selama tiga minggu bersama Amerika Syarikat yang didakwa China telah menyebabkan ketidakstabilan di kawasan itu.

BACA: Julang Gelaran Liga Ke-20, Liverpool Kelab Inggeris Paling Berjaya

Sumber: AFP

The post China Didakwa Rampas Kawalan Beting Jadi Pertikaian Di Laut China Selatan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kawal Harga Pasaran, Prabowo Seru Rakyat Ternak Ikan Keli, Tanam Cili di Rumah https://siakapkeli.my/2025/04/27/kawal-harga-pasaran-prabowo-seru-rakyat-ternak-ikan-keli-tanam-cili-di-rumah/ Sun, 27 Apr 2025 08:59:40 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684670 Kawal Harga Pasaran, Prabowo Seru Rakyat Ternak Ikan Keli, Tanam Cili di Rumah BANYUASIN — Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyeru setiap rakyat untuk menanam pokok cili di kediaman masing-masing bagi membantu mengawal harga pasaran bahan makanan tersebut, lapor Detik.com. Menurut beliau, jika setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya lima pasu cili di rumah, harga cili di pasaran […]

The post Kawal Harga Pasaran, Prabowo Seru Rakyat Ternak Ikan Keli, Tanam Cili di Rumah appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kawal Harga Pasaran, Prabowo Seru Rakyat Ternak Ikan Keli, Tanam Cili di Rumah

BANYUASIN — Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyeru setiap rakyat untuk menanam pokok cili di kediaman masing-masing bagi membantu mengawal harga pasaran bahan makanan tersebut, lapor Detik.com.

Menurut beliau, jika setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya lima pasu cili di rumah, harga cili di pasaran tidak akan lagi melonjak tinggi.

“Jika satu keluarga ada lima pasu cili, harga cili tidak akan mahal lagi. Malah, setiap keluarga juga boleh mempunyai tanaman tomato dan timun sendiri,” katanya dalam ucapan sempena pelancaran Gerakan Indonesia Menanam di Banyuasin, Sumatera Selatan pada Rabu.

Jelas Prabowo, idea tersebut pernah diutarakan oleh Menteri Penyelaras Bidang Pangan, Zulkifli Hasan, yang percaya bahawa langkah ini mampu mempercepatkan usaha mencapai swasambada (mencukupi) makanan di negara itu.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar rakyat menjalankan penternakan ikan keli di rumah untuk menampung keperluan makanan harian.

Gambar: Liputan 6

Menurutnya, kerajaan bersedia menyediakan latihan khusus kepada masyarakat bagi menyokong usaha tersebut.

Prabowo turut menekankan bahawa bekalan dan ketahanan makanan negara hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak bersatu, termasuk rakyat biasa yang sanggup menghasilkan makanan sendiri secara kecil-kecilan.

“Semua pihak perlu bersatu, ibarat membentuk sebuah pasukan nasional, demi mencapai impian negara yang aman, kuat dan stabil. Kita tidak mahu digugat oleh kuasa luar, sebaliknya kita harus menjaga rakyat kita sendiri,” tegasnya.

Sumber: Detik,com 

The post Kawal Harga Pasaran, Prabowo Seru Rakyat Ternak Ikan Keli, Tanam Cili di Rumah appeared first on Siakap Keli.

]]>
Angka Korban Meningkat Kepada 14, 750 Cedera Dalam Letupan Pelabuhan Iran https://siakapkeli.my/2025/04/27/angka-korban-meningkat-kepada-14-750-cedera-dalam-letupan-pelabuhan-iran/ Sun, 27 Apr 2025 08:14:04 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684665 Angka Korban Meningkat Kepada 14, 750 Cedera Dalam Letupan Pelabuhan Iran TEHRAN, 27 April (Bernama) — Angka korban akibat letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee di selatan Iran meningkat kepada 14 orang, manakala sekurang-kurangnya 750 lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad. Menteri Dalam Negeri, Eskander Momeni dalam temu bual bersama penyiar tempatan memaklumkan angka kematian […]

The post Angka Korban Meningkat Kepada 14, 750 Cedera Dalam Letupan Pelabuhan Iran appeared first on Siakap Keli.

]]>
Angka Korban Meningkat Kepada 14, 750 Cedera Dalam Letupan Pelabuhan Iran

TEHRAN, 27 April (Bernama) — Angka korban akibat letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee di selatan Iran meningkat kepada 14 orang, manakala sekurang-kurangnya 750 lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Menteri Dalam Negeri, Eskander Momeni dalam temu bual bersama penyiar tempatan memaklumkan angka kematian meningkat daripada lapan kepada 14 orang.

Beliau berkata, 200 daripada mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala 300 lagi masih menerima rawatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut Momeni, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan lain menerusi langkah pengasingan, dengan bantuan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) serta sokongan logistik dari wilayah-wilayah berhampiran.

Beliau turut menegaskan bahawa sistem operasi pelabuhan dan kastam tidak mengalami kerosakan serius, membolehkan aktiviti pemuatan, pelepasan kargo dan urusan kastam diteruskan.

Pasukan bomba masih giat berusaha memadamkan kebakaran itu, dengan Momeni berkata keutamaan selepas operasi menyelamat kini adalah memastikan kebakaran terkawal sepenuhnya.

Bantuan tambahan dari bandar-bandar lain, termasuk dari Tehran turut dihantar ke Bandar Abbas dan pihak berkuasa menjangkakan keadaan akan stabil dalam beberapa jam.

Terdahulu, Presiden Masoud Pezeshkian dalam satu kenyataan di platform X menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada mangsa, serta mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap insiden itu.

BACA: Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Beliau turut melantik Momeni sebagai wakil khasnya untuk menyelia tindak balas di lapangan dan memastikan koordinasi berjalan lancar.

Sementara itu, Pentadbiran Kastam Iran mengarahkan semua pejabat kastam menangguhkan penghantaran eksport dan transit ke Kastam Shahid Rajaee sehingga diberitahu kelak.

Letupan berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan (08.30 GMT) di kawasan dok kontena pelabuhan itu.

Laporan tempatan menyebut kebakaran kecil bertukar menjadi letupan besar, dipercayai berpunca daripada suhu tinggi yang mencecah 40 darjah Celsius serta kehadiran bahan mudah terbakar.

Terletak kira-kira 15 kilometer ke barat daya Bandar Abbas, Pelabuhan Shahid Rajaee merupakan kemudahan penting di pantai utara Selat Hormuz.

Sumber: BERNAMA

The post Angka Korban Meningkat Kepada 14, 750 Cedera Dalam Letupan Pelabuhan Iran appeared first on Siakap Keli.

]]>
Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan https://siakapkeli.my/2025/04/27/pakistan-tiada-niat-mulakan-konflik-dengan-india-tanpa-provokasi-menteri-pertahanan/ Sun, 27 Apr 2025 04:16:53 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684642 Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan ISLAMABAD, 27 April (Bernama) — Tentera Pakistan tidak merancang untuk memulakan konflik bersenjata dengan India melainkan negara itu mencetuskan peningkatan ketegangan, kata Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif kepada RIA Novosti. “Kami tidak mempunyai sebarang niat untuk memulakan sebarang tindakan, tetapi jika terdapat […]

The post Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan

ISLAMABAD, 27 April (Bernama) — Tentera Pakistan tidak merancang untuk memulakan konflik bersenjata dengan India melainkan negara itu mencetuskan peningkatan ketegangan, kata Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif kepada RIA Novosti.

“Kami tidak mempunyai sebarang niat untuk memulakan sebarang tindakan, tetapi jika terdapat tindakan (daripada India), maka akan ada tindak balas dan tindak balas itu akan setimpal dengan tindakan itu.

“Jadi saya fikir situasinya jelas — kami tidak mahu mencetuskan atau memulakan apa-apa.

“Tetapi jika India cuba menyerang atau menceroboh Pakistan, mereka akan berdepan tindak balas yang lebih daripada setimpal,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: India Arah Warga Pakistan Tinggalkan Negara Sebelum 29 April

BACA: ‘Putera Tidur’ Sambut Ulang Tahun Ke-36 Dalam Koma

The post Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan appeared first on Siakap Keli.

]]>