Kecantikan Archives - Siakap Keli Sebaran Berita Sejurus Ia Berlaku Tue, 18 Feb 2025 01:26:33 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2018/09/cropped-ok-32x32.png Kecantikan Archives - Siakap Keli 32 32 Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot https://siakapkeli.my/2025/02/18/athena-health-memperkenalkan-produk-minuman-kesihatan-hanaa-seri-shot/ Tue, 18 Feb 2025 01:26:33 +0000 https://siakapkeli.my/?p=671646 Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot Kuala Lumpur – Pada zaman serba moden dan pantas ini, semua wanita pasti mahukan rangkaian produk meliputi kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang berkesan. Ia sekali gus dapat membantu wanita mempersiapkan diri dan senantiasa tampak sihat, anggun dan meyakinkan meskipun sibuk sepanjang hari. Apabila berbicara tentang […]

The post Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot appeared first on Siakap Keli.

]]>
Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot

Kuala Lumpur – Pada zaman serba moden dan pantas ini, semua wanita pasti mahukan rangkaian produk meliputi kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang berkesan.

Ia sekali gus dapat membantu wanita mempersiapkan diri dan senantiasa tampak sihat, anggun dan meyakinkan meskipun sibuk sepanjang hari.

Apabila berbicara tentang produk kecantikan di pasaran, pelbagai produk ditampilkan dengan masing-masing menerapkan penggunaan ramuan dan bahan tersendiri.

Sebuah syarikat tempatan, Athena Health Technologies Sdn. Bhd. (Athena Health) juga tidak ketinggalan memperkenalkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan khusus buat wanita berusia 18 hingga 65 tahun.

Produk minuman kesihatan, Hanaa Seri Shot yang diperkaya dengan ekstrak kunyit nano curcuminini telah melalui kajian bersama dua buah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia di bawah Toxicology, Advanced Medical & Dental Institute yang terletak di Bertam, Pulau Pinang serta Universiti Malaya di bawah Pusat Kajian Produk Semulajadi dan Penemuan Dadah.

hanaa seri shot

Pakar Pemakanan dan Saintis Makanan, Nur Izzati Yasmin Safri, berkata Hana Seri Shot memberi tumpuan kepada kemampuan dan kebolehcapaian penjagaan kulit berkualiti tinggi.

“Tidak banyak produk berasaskan kunyit di pasaran, jadi kami lakukan kajian dan dapati kunyit merupakan tumbuhan asli yang memiliki pelbagai kebaikan kepada kesihatan.

“Kita tahu kunyit digunakan oleh nenek miyang kita dari dahulu lagi, dan pada masa kini kita transformkannya menjadi satu makanan tambahan bukan untuk wanita malah sesiapa sahaja juga boleh amalkannya” katanya.

Jelasnya, kandungan kurkumin dan Athemin bersaiz nano iaitu bahan aktif dengan sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang tinggi memberi kesan penyerapan yang lebih pantas untuk tubuh badan iaitu 33 kali lebih cepat daripada produk biasa.

Malah, bahan mentah utama lain iaitu NMN atau Nicotinamide Mononucleotides untuk meningkatkan lagi kadar keberkesanan. NMN merupakan bahan terbaharu yang memberi fokus kepada kecantikan kulit.

Pegawai pemasaran Athena, Ummu Kalthum Abdul Hi dan Nur Najah Ahmad Tarmizi, turut menambah, produk ini baru dilancarkan penghujung tahun lepas dan mendapat respon yang baik dari pengguna yang telah menggunakannya.

“Banyak respon yang baik diterima, antaranya produk ini sangat membantu mengatasi masalah kulit kering pada wajah seawal seminggu penggunaanya.

“Hanaa Seri Shot adalah produk bernotifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masih lagi dalam proses permohonan pensijilan halal Malaysia.

“Buat masa ini, kami belum lagi membuka apa-apa sistem ejen dan stokis, kami perlu bina asas kukuh bagi penjenamaan dan pemasaran bagi memberi awareness kepada orang ramai tentang produk ini terlebih dahulu” katanya dalam sidang media.

hanaa seri shot

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh dapatkan di laman web www.hanaa.com.my/.

The post Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot appeared first on Siakap Keli.

]]>
Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia https://siakapkeli.my/2024/07/26/anya-taylor-joy-dinobat-wanita-paling-cantik-di-dunia/ Fri, 26 Jul 2024 06:21:50 +0000 https://siakapkeli.my/?p=633432 Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia Pelakon warganegara United Kingdom dan Amerika Syarikat, Anya Taylor-Joy, 28, telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia, lapor Daily Mail. Anya dinobatkan berdasarkan fomula Nisbah Emas Kecantikan Phi yang membuat pengiraan idea kesempurnaan fizikal pada wajah seseorang. Formula ini merupakan persamaan matematik kuno Yunani untuk mengukur […]

The post Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Pelakon warganegara United Kingdom dan Amerika Syarikat, Anya Taylor-Joy, 28, telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia, lapor Daily Mail.

Anya dinobatkan berdasarkan fomula Nisbah Emas Kecantikan Phi yang membuat pengiraan idea kesempurnaan fizikal pada wajah seseorang.

Formula ini merupakan persamaan matematik kuno Yunani untuk mengukur kecantikan seseorang yang diguna pakai oleh Leonardo Da Vinci suatu ketika dahulu.

Dengan menilai beberapa aspek seperti mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka, Anya menerima jumlah markah hampir sempurna daripada pakar bedah kosmetik.

BACA: Harith Iskander, Dr Jazemine Bercerai Talak Satu

Pakar bedah kosmetik Harley Street, Dr Julian De Silva berkata, Anya menjadi pemenang apabila kesemua aspek fizikal wajahnya diukur.

Formula tentukan bentuk wajah wanita tercantik di dunia

Dalam pada itu, beberapa nama terkenal dalam industri hiburan turut tersenarai sebagai wanita tercantik 2024 selepas Anya.

Antara nama yang muncul ialah pelakon popular, Zendaya Maree Stoermer Coleman, 28, pada kedudukan kedua. Model antarabangsa, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid, 28, telah dinobatkan sebagai wanita ketiga paling cantik 2024.

BACA: MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga

Pelakon filem Barbie, Margot Elise Robbie, 34, pula dinobatkan sebagai wanita keempat tercantik di dunia bagi tahun ini. Dia diikuti oleh pelakon dari Korea Selatan, Song Hye Kyo, 42, yang mula dikenali melalui drama Full House.

Penyanyi lagenda antarabangsa, Beyoncé Giselle Knowles-Carter, turut dinobatkan sebagai wanita keenam tercantik tahun ini ketika usianya menginjak 42 tahun.

Berada di kedudukan ketujuh sebagai wanita tercantik 2024, penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat yang berusia 34 tahun, Taylor Swift, dinobatkan setelah sebelum ini tersenarai sebagai pemain gitar kelapan terbaik dalam tempoh dua dekad.

BACA: Taylor Swift Disenarai Pemain Gitar Kelapan Terbaik Sepanjang Dua Dekad

Bagi kedudukan kelapan hingga ke-10, beberapa nama baru dinaikkan iaitu Zhang Ziyi, 45, Alia Bhatt, 31, dan Nazanin Boniadi, 44.

De Silva turut menyenaraikan peratusan tertinggi wanita tercantik mengikut kategori anggota badan. Nazanin mempunyai markah tertinggi bagi kesempurnaan hidungnya dengan 97 peratus manakala Song Hye-kyo mempunyai mata hampir sempurna dengan 99.7 peratus.

Dalam masa yang sama, Zendaya memiliki bibir paling cantik dengan markah 99.5 peratus manakala Anya mempunyai kening paling cantik dengan 94 peratus markah. Anya turut menerima gelaran dahi tercantik, bergandingan dengan Zendaya pada markah 98 peratus.

Menerusi senarai yang sama, Bella Hadid pula mempunyai dagu paling cantik dengan markah sebanyak 99.7 peratus. Bentuk wajah paling cantik pula jatuh kepada Beyonce dengan markah 99.6 peratus.

Sumber: Daily Mail, The Standard

The post Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Pelik Kenapa Lelaki Je Selalu Botak, Perempuan Tak? Ini Jawapannya https://siakapkeli.my/2023/12/23/pelik-kenapa-lelaki-je-selalu-botak-perempuan-tak-ini-jawapannya/ Sat, 23 Dec 2023 04:19:15 +0000 https://siakapkeli.my/?p=596691 Pelik Kenapa Lelaki Je Selalu Botak, Perempuan Tak? Ini Jawapannya Rambut adalah mahkota terpenting tidak kira kepada seorang lelaki mahupun wanita. Bahagian tubuh badan ini sering dikaitkan dengan keyakinan diri yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada lelaki yang rambutnya terdedah sepanjang masa. Jika rambut tersalah gunting atau digayakan, lelaki boleh menjadi murung dan tidak bersemangat sepanjang […]

The post Pelik Kenapa Lelaki Je Selalu Botak, Perempuan Tak? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

]]>
Pelik Kenapa Lelaki Je Selalu Botak, Perempuan Tak? Ini Jawapannya

Rambut adalah mahkota terpenting tidak kira kepada seorang lelaki mahupun wanita.

Bahagian tubuh badan ini sering dikaitkan dengan keyakinan diri yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada lelaki yang rambutnya terdedah sepanjang masa.

Jika rambut tersalah gunting atau digayakan, lelaki boleh menjadi murung dan tidak bersemangat sepanjang hari.

Sebab itu tak hairanlah, antara perkara yang paling ditakuti lelaki adalah masalah rambut gugur sehingga menjadi botak.

Namun begitu, pernah atau tidak anda terfikir kenapa masalah botak ini hanya dikaitkan atau nampak cuma berlaku kepada lelaki sahaja?

Kenapa kejadian botak jarang berlaku kepada wanita walaupun mereka juga mempunyai rambut?

Botak jejaskan jutaan lelaki, perempuan tak terjejas sangat

Keguguran rambut bercorak atau Androgenetic Alopecia merujuk kepada keadaan keguguran rambut yang kekal dan menjejaskan jutaan lelaki berbanding wanita.

Ia bermakna, mereka yang mengalami masalah Androgenetic Alopecia akan kehilangan rambut secara kekal. Manakala kawasan kulit kepala yang terjejas tidak mampu menumbuhkan rambut yang baharu.

Menurut Harley Street Hair Transplant, semua pesakit yang mengalami masalah ini menunjukkan corak yang sama.

Doktor biasanya boleh menjejaki perkembangan keadaan ini pada lelaki dengan menggunakan Hamilton-Norwood Scale. Manakala dalam kalangan wanita pula, masalah Androgenetic Alopecia dipantau dengan Ludwig Scale.

Kredit AFP

Setakat ini, masalah kepala botak atau kehilangan rambut ini dipercayai merupakan masalah keturunan.

Dengan kata lain, secara genetiknya seseorang individu itu mungkin akan berdepan dengan masalah botak sekiranya masalah itu pernah dihadapi oleh ibu atau bapanya.

Menurut Harley Street Hair Transplant lagi, tiada cara atau rawatan yang dapat menghentikan masalah botak daripada berlaku.

Namun, seseorang itu boleh menjalani pembedahan pemindahan rambut atau implant.

Kredit AFP

Lelaki lebih ramai botak berbanding wanita

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Men’s Health Forum (2022), mereka mencadangkan bahawa kira-kira 66 peratus lelaki akan menghadapi masalah rambut gugur.

Angka berkenaan bagaimanapun jauh lebih rendah dalam kalangan perempuan.

Manakala American Hair loss Association mendapati Androgenetic Alopecia menyumbang kepada kira-kira 95 peratus masalah keguguran rambut pada lelaki.

NHS pula mendapati Androgenetic Alopecia hanya menyumbang kira-kira 30 peratus masalah rambut gugur yang dihadapi wanita

Faktor keguguran rambut yang berlaku pada seorang lelaki

Menurut Harley Street Hair Transplant, statistik menunjukkan masalah keguguran rambut pada lelaki hingga menjadi botak mungkin disebabkan oleh faktor genetik.

Keadaan ini tidak boleh dicegah biarpun mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan sebagainya.

Selain itu, corak rambut gugur yang dihadapi lelaki juga menunjukkan rambut itu gugur secara kekal dan tidak akan tumbuh semula.

Kredit AFP

Berbeza dengan wanita, masalah keguguran rambut yang dihadapi biasanya berpunca daripada alopecia areata, masalah kekurangan vitamin dan tekanan hidup.

Punca-punca ini pula hanya menyebabkan masalah keguguran rambut sementara dan boleh dirawat semula.

Faktor utama kenapa lelaki lagi ramai botak berbanding wanita

Seperti yang dibincangkan tadi, 95 peratus masalah keguguran rambut yang berlaku pada lelaki berpunca daripada Androgenetic Alopecia.

Selain itu, masalah keguguran rambut juga berlaku berpunca daripada penghasilan hormon dalam badan yang disebut dihydrotestosterone (DHT).

Hormon ini mengikat pada bahagian folikel rambut dan menyebabkan bahagian itu mengecut serta tidak akan tumbuh lagi.

Kesannya, rambut mula menipis dan juga membawa kepada masalah keguguran.

Oleh kerana lelaki cenderung untuk mempunyai paras hormon testosterone (dan hasilnya, DHT) lebih tinggi berbanding wanita, ia mungkin menjelaskan mengapa lelaki lebih ramai botak berbanding wanita.

Dengan kata lain, jika paras DHT dalam badan anda tinggi, anda cenderung untuk mengalami masalah rambut gugur.

BACA: Restoran Tular Di Teluk Intan Tiada Sijil Halal – JAIPk

Sumber: Harley Street Hair Transplant, Wimpole Clinic, Healthline

The post Pelik Kenapa Lelaki Je Selalu Botak, Perempuan Tak? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

]]>
Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka https://siakapkeli.my/2023/12/05/rahsia-kecantikan-artis-korea-boleh-cuba-tips-mereka/ Mon, 04 Dec 2023 16:09:01 +0000 https://siakapkeli.my/?p=593052 Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka! Dalam dunia ini, siapa saja yang tak mahu cantik, mempunyai kulit yang lembut dan bersih? Kecantikan pada diri kita sering dinilai oleh semua orang. Memanglah orang kata, jangan menilai daripada paras rupa, tetapi tidak salah kalau anda semua mahu cantikkan diri anda. Tak kiralah anda lelaki atau […]

The post Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka appeared first on Siakap Keli.

]]>
Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka!

Dalam dunia ini, siapa saja yang tak mahu cantik, mempunyai kulit yang lembut dan bersih? Kecantikan pada diri kita sering dinilai oleh semua orang. Memanglah orang kata, jangan menilai daripada paras rupa, tetapi tidak salah kalau anda semua mahu cantikkan diri anda. Tak kiralah anda lelaki atau perempuan.

Kebanyakan orang pasti mahu menjaga kecantikan mereka, lebih-lebih lagi pada bahagian wajah. Jadi, apa kata anda semua ikuti perkongsian Hello Doktor ini, untuk mengetahui rahsia kecantikan daripada artis-artis Korea yang tercantik!

5 artis Korea paling cantik

Berikut merupakan beberapa artis Korea wanita paling cantik sepanjang tahun 2023 ini.

Artis Korea paling cantik #1. Kim Jisoo

Gambar via Wikipedia

Jisoo merupakan ahli kumpulan Blackpink dan telah memulakan kerjayanya pada tahun 2016.

Pelakon utama drama Snowdrop ini juga memiliki visual yang sangat cantik dan sepasang mata semula jadi, inline eyelids.

Menurut Jisoo, beliau memiliki kulit yang kering. Oleh itu, penjagaan kulitnya lebih tertumpu kepada kelembapan.

Kebiasaannya, beliau akan menggunakan sheet mask dua sehingga tiga kali dalam sehari bagi menjaga kesihatan kulitnya.

Song Hye Kyo, artis Korea paling cantik no. 2

Gambar via Wikipedia

Siapa sahaja yang tidak mengenali Song Hye Kyo? Wajahnya yang cantik dan natural tanpa sebarang solekan boleh menawan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Rahsia kecantikan selebriti ini ialah beliau sering menggunakan cleansing milk dan juga sentiasa melakukan eksfoliasi pada kulit wajah untuk mengangkat sel-sel kulit mati.

3#. Kim So-Hyun

Gambar via Wikipedia

Artis cilik yang telah dewasa ini tidak pernah gagal mencuri hati peminatnya.

Beliau juga turut berkongsi tentang rutin kecantikannya iaitu dengan melakukan layering skincare seperti pencuci muka, toner, lotion, essence dan cream sebelum tidur.

Rahsia lain, Kim So-Hyun juga sering menghindari stres bagi mendapatkan kulit yang sihat dan halus seperti kulit bayi.

4#. Bae Suzy

Gambar via Wikipedia

Percaya atau tidak, Bae Suzy juga merupakan artis Korea paling cantik sepanjang tahun 2023 ini. Penyanyi daripada kumpulan Miss A ini juga merupakan ‘cinta pertama’ buat para lelaki yang menggemari dunia k-pop.

Ternyata rahsia di sebalik kecantikan artis ini ialah beliau akan menggunakan moisturizer dan serum sebelum mula bersolek bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Artis Korea paling cantik #5. Song Ji-Hyo

Gambar via The Korea Times

Sebut sahaja Song Ji-Hyo, pasti ramai akan mengenalinya kerana dahulu beliau satu-satunya ‘bunga’ di dalam rancangan Running Man.

Walaupun usianya sudah menginjak ke 40-an, namun aura kecantikannya masih terpancar.

Baginya, rutin membersihkan kulit wajah dan memakai sunscreen adalah aspek yang paling penting dalam penjagaan muka terutamanya apabila beliau banyak terlibat dalam aktiviti outdoor di dalam Running Man.

Rahsia kecantikan artis drama Korea wanita

Memiliki kulit yang cantik dan halus seperti artis Korea sudah semestinya menjadi idaman buat setiap individu tidak kira lelaki atau perempuan.

Berikut merupakan beberapa cara untuk anda mendapatkan kulit yang cantik persis artis Korea kegemaran anda.

#1. Gunakan sunscreen setiap hari

Gambar via Hello Doktor

Sinaran matahari bukan sahaja akan mengeringkan kulit anda, tetapi ia juga boleh memberi kesan ketara pada pigmen dalam kulit anda.

Anda disarankan untuk memakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari.

Gunakan sunscreen tersebut setiap dua jam dalam sehari untuk kekal terlindung dan mengelakkan selaran matahari.

#2. Pastikan kulit anda sentiasa lembap

Apabila usia anda semakin meningkat, kelenjar minyak dalam kulit anda akan menjadi kurang aktif. Ini juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering, menjadi sensitif dan lebih mudah mengalami iritasi.

Pelembap sebenarnya bertujuan untuk menghilangkan kendur dan memastikan kulit anda lembut dan sihat.

Anda disarankan untuk menggunakan pelembap dalam masa tiga minit selepas keluar dari bilik mandi untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat.

#3. Jangan picit jerawat yang tumbuh

Jangan sesekali picit jerawat anda! Ini kerana ia akan menyebabkan muka anda terdedah kepada jangkitan dan meninggalkan lebih banyak parut jerawat lagi.

Anda boleh merawat jerawat dengan cara sapukan krim benzoyl peroksida secara nipis pada kawasan berjerawat.

Gambar via Hello Doktor

 

#4. Basuh muka anda dengan bersih

Basuh muka anda semasa bangun, sebelum tidur dan selepas berpeluh dengan bersih.

Mencuci muka ketika bangun tidur dapat menghilangkan kotoran dan bakteria yang ada di wajah anda semasa tidur.

#5. Basuh muka dengan lembut

Pembersihan muka dengan lembut sebenarnya dapat membantu kulit anda untuk kelihatan terbaik.

Caranya adalah sapukan pembersih muka anda secara perlahan-lahan dalam gerakan membulat dengan hujung jari anda.

Bilas muka anda sepenuhnya dan lapkan sekitar wajah anda dengan lembut menggunakan tuala yang bersih.

Kesimpulan

Anda boleh mencuba tip-tip tersebut untuk mendapatkan kulit yang cantik dan halus persis idola Korea anda. Namun, dapatkan nasihatkan pakar kecantikan atau ahli dermatologi sekiranya anda mengalami masalah kulit yang serius.

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: Fakta Menarik Tentang Otak Manusia, Banyak Yang Kita Tak Tahu!

The post Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka appeared first on Siakap Keli.

]]>
Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia https://siakapkeli.my/2023/10/09/wanita-umur-26-tahun-dinobat-juara-cantik-tanpa-solekan-pertama-di-dunia/ Mon, 09 Oct 2023 08:14:10 +0000 https://siakapkeli.my/?p=581676 Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia Seorang wanita dari United Kingdom (UK) yang tidak mempunyai sebarang cela di muka telah dinobatkan sebagai Miss London 2023, sebuah pertandingan ratu cantik tanpa solekan pertama di dunia, lapor CNN Indonesia. Difahamkan, Natasha Beresford, 26, telah menewaskan 18 peserta lain pada make-up-free beauty […]

The post Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia

Seorang wanita dari United Kingdom (UK) yang tidak mempunyai sebarang cela di muka telah dinobatkan sebagai Miss London 2023, sebuah pertandingan ratu cantik tanpa solekan pertama di dunia, lapor CNN Indonesia.

Difahamkan, Natasha Beresford, 26, telah menewaskan 18 peserta lain pada make-up-free beauty pageant pertama dalam sejarah, sepanjang pertandingan itu diadakan selama 95 tahun.

Natasha, berjalan di atas pentas peragaan dengan memakai senyuman manis tanpa mengenakan sebarang solekan pada acara tersebut yang juga merupakan satu keperluan dalam pertandingan Miss England nanti.

“Saya sangat teruja dipilih sebagai Miss London. Semua gadis yang bertanding sangat cantik dan benar-benar memberi inspirasi, jadi satu penghormatan untuk dipilih,” katanya.

Natasha berharap dapat menggunakan gelarannya untuk memberi inspirasi kepada gadis muda untuk berasa yakin dan cantik dengan penampilan mereka sendiri walaupun tanpa solekan.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan dirinya bersaing di peringkat akhir Miss England yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, naib juara bagi pertandingan tersebut ialah Afrose Ameen, pelajar kejuruteraan dan tempat ketiga adalah Temi Adeyemi, pembantu perakaunan dari Enfield, Middlesex.

Dalam pertandingan yang sama sebelum ini, peserta diminta untuk menyerahkan gambar tanpa sebarang kesan penambahan, solekan atau suntingan sebagai sebahagian daripada pertandingan.

Bagaimanapun pada kali ini, peraturan sedikit ketat di mana peserta juga telah dilarang untuk memakai pengilat bibir.

Pihak yang bertanggungjawab menyatakan konsep tersebut bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mempromosikan tubuh yang lebih realistik kerana fokus pada penampilan semula jadi.

Ketika pertandingan tersebut, Natasha memukau para juri dengan memakai busana berenda putih dari jenama Shikoba Bride, yang menghasilkan gaun pengantin mesra alam di UK.

BACA: Pasukan Taekwando China Kena “Ban”, Lakukan ‘Tarian Zombi’ Dalam Pertandingan Antarabangsa

Natasha, jururawat berwibawa

Untuk rekod, Natasha ialah seorang jururawat pergigian di Hospital Pergigian Diraja London pada tahun 2021. 

Diberi gelaran ‘pari-pari gigi’, dia melakukan tugasan dengan seikhlas hati terhadap kanak-kanak yang hadir ke hospital berkenaan.

Natasha berasal dari Sheffield, tetapi kini menetap di London dan bekerja di klinik pergigian swasta di kawasan kejiranan mewah di ibu negara, Chiswick.

“Pada masa hadapan saya ingin menjalani latihan lebih lanjut dalam bidang radiografi pergigian dan pendidikan kesihatan pergigian,” katanya.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk secara sukarela menyediakan penjagaan kesihatan pergigian dan mulut untuk gelandangan, mangsa keganasan, keluarga miskin, pelarian, pesakit kanser, dan orang yang pulih daripada ketagihan.

Sumber: CNN Indonesia

The post Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Jangan Buang Kalau Dah Layu, Ni Cara Buat Mandian Herba Guna Daun Serai https://siakapkeli.my/2023/10/05/jangan-buang-kalau-dah-layu-ni-cara-buat-mandiang-herba-guna-daun-serai/ Wed, 04 Oct 2023 16:31:49 +0000 https://siakapkeli.my/?p=581018 Jangan Buang Kalau Dah Layu, Ni Cara Buat Mandian Herba Guna Daun Serai Kebiasaannya, serai digunakan di dalam masakan dan merupakan bahan sampingan yang boleh dijadikan sebagai ‘pewangi’ sajian. Umum mengetahui, serai ini baunya sangat wangi dan ia juga boleh dijadikan minuman bagi membantu membuang segala toksin dalam badan. Kalau nak tahu, serai mengandungi beberapa […]

The post Jangan Buang Kalau Dah Layu, Ni Cara Buat Mandian Herba Guna Daun Serai appeared first on Siakap Keli.

]]>
Jangan Buang Kalau Dah Layu, Ni Cara Buat Mandian Herba Guna Daun Serai

Kebiasaannya, serai digunakan di dalam masakan dan merupakan bahan sampingan yang boleh dijadikan sebagai ‘pewangi’ sajian.

Umum mengetahui, serai ini baunya sangat wangi dan ia juga boleh dijadikan minuman bagi membantu membuang segala toksin dalam badan.

Kalau nak tahu, serai mengandungi beberapa antioksidan yang boleh membantu menghilangkan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit, menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry.

Teh serai juga memberikan pelbagai manfaat kesihatan seperti merendahkan tekanan darah, melindungi kesihatan hati, meningkatkan imun, menyelaraskan sistem penghadaman mengurangkan berat badan.

Bagaimanapun pengambilannya secara berlebihan adalah tidak digalakkan.

BACA: Nak Beli Kereta Terpakai Tapi Takut Salah Pilih? Ini Tips Wajib Anda Tahu

Serai juga boleh dijadikan sebagai mandian herba

Kredit: Hasmie Harun/Facebook

Kalau nak cakap tentang kebaikan serai ini, memang banyak lebih-lebih lagi terhadap tubuh badan. Tetapi tahukah anda sebenarnya ia juga boleh dijadikan sebagai mandian herba?

Selalunya kalau ambil serai kita akan buang daunnya, kerana dalam masakan hanya batangnya sahaja yang digunakan. Namun, selepas ini kalau anda ambil serai, pastikan daunnya jangan dibuang.

Menurut perkongsian Hasmie Harun, daun serai yang telah dipotong dan dikeringkan boleh dibuat menjadi air rebusan untuk mandian herba yang boleh menyegarkan badan.

“Daun serai jangan dibuang, kalau yang ada sauna atau rajin mandi daun-daun herba, sanggulkan daun serai seperti gambar di bawah,” katanya.

Tak susah pun untuk lakukan mandian herba ini, hanya perlukan daun serai sahaja. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Daun serai mandian herba

Kredit: Hasmie Harun/Facebook

Bahan yang diperlukan:

Daun serai

Cara-caranya:

Ketika tuai serai, tuai hanya separuh rumpun sahaja. Buang lebihan daun dan bahagian batang serai simpan untuk kegunaan memasak.

Simpul daun serai seperti dalam gambar kemudian untuk hilangkan miang daun itu, keringkan di bawah cahaya matahari.

Kredit: Hasmie Harun/Facebook

Selepas sudah kering, simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi sauna ambil seikat. Boleh mandi macam biasa.

Nota: Kalau nak simpan dalam peti ais sahaja pun boleh. Peti ais juga akan menjadi harum dan wangi.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Hasmie Harun/Facebook

The post Jangan Buang Kalau Dah Layu, Ni Cara Buat Mandian Herba Guna Daun Serai appeared first on Siakap Keli.

]]>
Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur https://siakapkeli.my/2023/10/02/wanita-kongsi-petua-tradisional-untuk-rawat-rambut-gugur/ Mon, 02 Oct 2023 14:40:45 +0000 https://siakapkeli.my/?p=580430 Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur Rambut gugur sudah menjadi norma dalam kehidupan, lebih-lebih lagi buat para wanita, memang tidak akan lari daripada maalah tersebut. Ramai yang buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut hingga terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk memastikan rambut kekal sihat. Pun begitu, tidak salah untuk mencuba petua tradisional yang […]

The post Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur appeared first on Siakap Keli.

]]>
Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur

Rambut gugur sudah menjadi norma dalam kehidupan, lebih-lebih lagi buat para wanita, memang tidak akan lari daripada maalah tersebut.

Ramai yang buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut hingga terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk memastikan rambut kekal sihat.

Pun begitu, tidak salah untuk mencuba petua tradisional yang dikongsikan oleh Ana Mahabu di Facebook ini, di mana dia telah menunjukkan cara mengatasi rambut gugur dengan menggunakan ais kiub limau purut.

Petua tersebut bukan sahaja untuk merawat rambut gugur malah ia juga boleh melebatkan rambut.

Menurut Ana, penggunaan limau purut dalam perubatan tradisional sangat terkenal dan disebabkan itu, baha utama dalam petua yang dikongsikan ialah limau purut.

“Ramai orang pasti tahu bahawa buah limau purut sangat bagus untuk penjagaan dan rawatan rambut.

“Pengguna limau purut dalam perubatan tradisional sememangnya amat terkenal secara turun temurun sejak zaman dahulu lagi,” katanya.

Katanya, petua tersebut adalah cara yang dia lakukan untuk rawatan rambut gugur dan cara tersebut juga akan membuat akar rambut jadi kuat.

Dalam pada masa yang sama, ia mengeluarkan bau yang harum pada rambut serta membuatkan rambut lebih berseri dan sihat bersinar.

Ikuti petua tersebut di bawah ini.

BACA: Kongsi 17 Petua Memasak, Wanita Dedah Cara Berguna Untuk Hasilkan Makanan Sedap

Atasi rambut gugur cara tradisional guna limau purut

Bahan dan caranya:

Kredit: Ana Mahabu/Facebook

Empat atau lima biji limau purut dipotong.

Segelas santan kelapa asli yang diperah (sebaiknya guna santan segar lebih berkhasiat untuk kesihatan rambut)

Kedua-dua bahan tersebut harus dikisar sehingga hancur.

Kemudian masukkan ke dalam bekas ketulan ais seperti dalam gambar.

Seterusnya masukkan ketulan ais tersebut ke dalam peti sejuk beku.

Cara untuk rawatan

Ambil satu atau dua ketulan ais limau purut santan dan gosokkan kepada kulit kepala. Ia dapat menguatkan cengkaman akar rambut serta menghilangkan pening kepala.

Boleh lakukan sebanyak dua kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang cepat.

https://www.facebook.com/analove.sarip/posts/pfbid02yzh463toniSKhNXRjuH6QxkggPP9KYCVRcjFqAAyYhhKM4n2sNjdeWphNdWFbX4tl

Sumber: Ana Mahabu/Facebook

The post Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur appeared first on Siakap Keli.

]]>
Melangkah Masuk Ke Dunia SHEIN Di Acara Pop-Up Pertamanya Di Malaysia https://siakapkeli.my/2023/10/02/melangkah-masuk-ke-dunia-shein-di-acara-pop-up-pertamanya-di-malaysia/ Mon, 02 Oct 2023 06:41:22 +0000 https://siakapkeli.my/?p=580369 Melangkah Masuk Ke Dunia SHEIN Di Acara Pop-Up Pertamanya Di Malaysia Kuala Lumpur, 27 September 2023 – SHEIN, platform pasaran bersepadu global yang menawarkan pelbagai kategori beli-belah fesyen, kecantikan dan gaya hidup, bersedia untuk melancarkan Acara Pop-Up SHEIN Malaysia yang dinanti-nantikan di Malaysia! Acara pop-up yang membawakan satu pengalaman yang unik dan hebat ini akan […]

The post Melangkah Masuk Ke Dunia SHEIN Di Acara Pop-Up Pertamanya Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Melangkah Masuk Ke Dunia SHEIN Di Acara Pop-Up Pertamanya Di Malaysia

Kuala Lumpur, 27 September 2023SHEIN, platform pasaran bersepadu global yang menawarkan pelbagai kategori beli-belah fesyen, kecantikan dan gaya hidup, bersedia untuk melancarkan Acara Pop-Up SHEIN Malaysia yang dinanti-nantikan di Malaysia! Acara pop-up yang membawakan satu pengalaman yang unik dan hebat ini akan akan berlangsung dari 27 September hingga 2 Oktober di Central Town, Tingkat Bawah MyTOWN Shopping Centre.

Acara fesyen ekstravaganza ini di serikan oleh kehadiran para personaliti, pempengaruh dan ikon fesyen Malaysia yang terkenal termasuk Amelia Henderson, Scha Elinnea, Yaya Zahir, Sairiya Murugiah, Dior Yaw dan Farrah Khairina.

Acara Pop-Up ini telah dilancarkan dengan acara Peragaan Fesyen SHEIN yang mempesonakan, disusun khas dan digayakan oleh sekumpulan pempengaruh yang terkenal Malaysia – Ash Edward, Khainina Khalil, Isha Norsham, Ashley Chin dan Ikhmal Nour. Peragaan fesyen tersebut menampilkan peragawan dan peragawati yang terdiri daripada #beSHEINmodels. Acara yang memukau ini mempamerkan komitmen SHEIN untuk meraikan keindividuan dan kepelbagaian, kerana setiap model yang tampil di pentas peragaan membawakan pelbagai gaya SHEIN yang menawan.

Menampilkan lebih daripada 1,000 produk fesyen dan aksesori yang dicipta untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, acara tersebut dibahagikan kepada empat tema yang memikat hati – gaya Parti, gaya Pejabat, gaya Aktif dan Renang serta gaya Musim Panas & Jalanan. Untuk memastikan terdapat pilihan yang menarik untuk setiap suasana, majlis dan personaliti masing-masing, SHIEN turut mempamerkan busana yang dipilih khas oleh SHEINfluencers, yang menampilkan trend fesyen terkini.

Acara Pop-Up SHEIN Malaysia ini menunjukkan bahawa pakaian bukanlah sekadar apa yang anda pakai; malah ia menyerlahkan gaya anda tersendiri dan meraikan keunikan diri anda.

Kepelbagaian menjadi tumpuan utama di Acara Pop-Up SHEIN, yang mana jenama tersebut meraikan keindividuan dengan menawarkan siri Curve+ Plus, yang merangkumi saiz hingga 4XL. Dalam hal ini, SHEIN menghantar mesej yang jelas: bahawa fesyen tidak mengenal sempadan dan ada gaya yang sempurna untuk semua. SHEIN membawakan peragaan fesyen ke tahap lebih tinggi dengan diperbaharuinya setiap hari, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan peragaan fesyen wanita, lelaki dan kanak-kanak yang berterusan. Potongan fesyen baharu, inspirasi baharu dan cara baharu untuk mengekspresikan gaya peribadi akan ditampilkan pada setiap hari.

Acara Pop-Up juga menampilkan Kaunter Kecantikan SHEGLAM yang eksklusif yang mana pengunjung boleh mendalami dunia kosmetik dengan rangkaian produk kecantikan SHEGLAM yang mampu milik. Dilancarkan pada tahun 2019, SHEGLAM berdedikasi untuk menyediakan pengalaman kecantikan yang terbaik kepada para pencinta solekan di seluruh dunia.

Sementara itu, Zon Rumah & Kediaman di Acara Pop-Up SHEIN Malaysia akan memberikan gambaran tentang ruang kediaman yang bergaya. Pendekatan holistik terhadap fesyen ini mempamerkan komitmen SHEIN untuk menyediakan pengalaman membeli-belah gaya hidup yang serba lengkap kepada semua.

Dan bukan itu sahaja! SHEIN juga telah menyediakan pemberian hadiah SHEIN eksklusif setiap hari dan penampilan istimewa oleh pempengaruh fesyen terkemuka di Malaysia, khas untuk para pengunjung.

“Di SHEIN, kami percaya bahawa keindahan fesyen harus dapat diakses oleh semua. Fesyen bukan sahaja mengenai fabrik dan trend gaya; ia adalah perjalanan transformatif dan satu cara yang hebat untuk ekspresi diri. Para peminat fesyen Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menerima trend dan menggayakannya dengan sentuhan peribadi mereka. Kami percaya bahawa pameran pop-up ini akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka dan mengekspresikan gaya mereka dengan lebih bebas,” kata Qiu Tianyi, Ketua Penjenamaan, SHEIN Asia Tenggara.

Melangkaui sempadan gaya; SHEIN juga telah mengorak langkah dalam arena pemerkasaan dengan pengenalan Program Komuniti #beSHEINmodels ke Malaysia. Program tersebut, yang telah berkembang pesat dengan lebih 7,000 ahli, memfokuskan pada idea bahawa fesyen bukan sahaja untuk kelihatan hebat; malah juga membangkitkan perasaan yang hebat. Pelbagai ganjaran eksklusif menanti mereka yang menyertai pergerakan fesyen ini.

Acara Pop-Up SHEIN Malaysia juga menandakan kemunculan pertama Hari SHEINfluencer yang pertama di Malaysia. Hari SHEINfluencer bertujuan untuk menghargai komuniti #SHEINfluencer dan meraikan kejayaan kerjasama dengan para pempengaruh yang terkenal dan disukai ramai di Malaysia.

Jadi, tunggu apa lagi? Mulai sekarang hingga 2 Oktober, kunjungi dan alami dunia gaya trend terkini, pakaian hebat dan aksesori yang akan menyemarakkan dunia fesyen anda. Sila dapatkan maklumat tentang acara di bawah:

Tarikh: 27 September – 2 Oktober 2023 (Rabu – Isnin)

Masa: 10 pagi – 10 malam

Lokasi: Central Town, Tingkat Bawah @ MyTOWN Shopping Centre

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Acara Pop-up SHEIN di Malaysia, sila layari laman web rasmi SHEIN

The post Melangkah Masuk Ke Dunia SHEIN Di Acara Pop-Up Pertamanya Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

]]>
KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual https://siakapkeli.my/2023/09/15/kkm-batal-notifikasi-dua-produk-kosmetik-mengandungi-racun-berjadual/ Fri, 15 Sep 2023 03:39:56 +0000 https://siakapkeli.my/?p=577159 KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual Notifikasi produk kosmetik ‘Beaute Treatment Cream’ dan ‘Beaute Nite Cream’ telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM) kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk Beaute Treatment Cream […]

The post KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual appeared first on Siakap Keli.

]]>
KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Notifikasi produk kosmetik ‘Beaute Treatment Cream’ dan ‘Beaute Nite Cream’ telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM) kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk Beaute Treatment Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, manakala Beaute Nite Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri dan betamethasone 17-valerate.

Dr Muhammad Radzi berkata produk yang mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17- valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Bahan itu boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau bayi dalam kandungan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Beliau berkata hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya tretinoin pula boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari, manakala betamethasone 17-valerate menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang memudaratkan.

Dr Muhammad Radzi berkata penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan aktiviti tersebut dengan serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Orang awam yang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya.

Menurutnya status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh disemak dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun Google Play Store.

Sumber: BERNAMA

The post KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual appeared first on Siakap Keli.

]]>
SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton https://siakapkeli.my/2023/09/13/sogo-sesak-dibanjiri-peminat-pakat-berkerumun-teruja-nak-jumpa-paris-hilton/ Wed, 13 Sep 2023 14:50:48 +0000 https://siakapkeli.my/?p=576769 SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton Selebriti terkenal global, Paris Hilton menyantuni peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di puasat beli belah SOGO, Kuala Lumpur hari ini. Hilton, atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton tiba di Malaysia pada Rabu dan disambut ribuan peminat. Beliau kemudian berada di […]

The post SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton appeared first on Siakap Keli.

]]>
SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton

Selebriti terkenal global, Paris Hilton menyantuni peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di puasat beli belah SOGO, Kuala Lumpur hari ini.

Hilton, atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton tiba di Malaysia pada Rabu dan disambut ribuan peminat. Beliau kemudian berada di pusat beli belah SOGO dan kehadirannya disambut meriah oleh orang ramai disana.

Beberapa video peminat bertuah yang sempat bergambar dan bersemuka dengan beliau turut dimuat naik di media sosial lalu menjadi viral.

Kelihatan anggun mengenakan mengenakan gaun berwarna biru muda, Paris kelihatan tidak kekok untuk menghulurkan tangan dan bersalaman bersama para peminatnya.

@sinardailymy

Celebrity and businesswoman Paris Hilton poses for selfies and signs autographs for excited fans at the launch of her fragrance, Ruby Rush at Sogo KL. #RubyRush #ParisHilton #Fragrance #Malaysia #SogoKL #Fyp

♬ original sound – Sinar Daily – Sinar Daily

Difahamkan, kehadiran selebriti asal Amerika Syarikat itu ke tanah air adalah untuk melancarkan minyak wangi baharunya, Ruby Rush pada 13 September ini.

 

Majlis pelancaran minyak wangi itu telah diuar-uarkan sebelum ini menerusi laman X (@ParisHilton) pada 9 September lalu.

 

“Hai Malaysia! Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda pada 13 September ini di SOGO KL bagi pelancaran minyak wangi baharu saya (@parishiltonfragrances) pada 4 petang!”

Dalam ciapan tersebut, Hilton kelihatan elegan mengenakan pakaian berwarna merah serta memegang botol minyak wangi yang dipercayai Ruby Rush yang telah diperkenalkan pada hari ini.

Sebelum majlis berlangsung, Sinar Daily melaporkan beberapa pengunjung pusat beli belah dan peminat sudah pun ‘berkampung’ di perkarangan kawasan berkenaan untuk menunggu ketibaan selebriti tersebut.

@sinardailymy

Fans and mall-goers are seen waiting at Sogo KL, anticipating the arrival of businesswoman and celebrity Paris Hilton who will be launching her new fragrance, Ruby Rush. This marks her second visit to Malaysia – the first was in 2015 when she performed for an event called The Party of The Centure, in Damansara Perdana. #ParisHilton #Malaysia #RubyRush #Fragrance #Fyp #Fypp

♬ original sound – Sinar Daily – Sinar Daily

 

Selain kehadirannya menjadi buah mulut di Malaysia, pakaiannya yang sopan turut meraih pujian dari para warga maya.

Sepanjang berada di Malaysia, selebriti yang berusia 42 tahun itu mengenakan pakaian yang berwarna lembut dan sopan ketika berjumpa peminatnya.

Ini memberikan tanggapan positif kepada artis tersebut kerana memahami undang-undang dan budaya di sesebuah negara.

 

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua usahawan berkenaan menjejakkan kaki ke Malaysia.

Sebelum ini, Hilton buat pertama kalinya datang ke Malaysia pada 2015. Beliau telah hadir ke Malaysia kerana terlibat dengan konsert #PartyOfTheCentury yang diadakan di Empire City, Kuala Lumpur.

BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula

Sumber: Sinar Daily via TikTok, @ParisHilton via X, Astro Gempak

The post SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton appeared first on Siakap Keli.

]]>