Siakap Keli
RM10k KWSP
Gambar: Sidang Media

RM10k KWSP, Ismail Rayu Buat Keputusan Pengeluaran Dengan Bijak

Dalam membuat keputusan Pengeluaran Khas RM10k, semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian berikutan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan KWSP sebanyak RM10k yang diumum sebentar tadi.

“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Baca: Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10000

Baca: Butiran Pengeluaran Khas KWSP Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Difahamkan, kebenaran pengeluaran khas KWSP tersebut dibuat berdasarkan permintaan ramai serta keadaan semasa.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” umumnya seperti yang kembali dilapor di Twitter.

Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.

Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 3 kali melalui skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dari tahun 2020 hingga 2021.

Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.

Cara semak baki akaun KWSP:

1. Log masuk ke laman web i-Akaun KWSP di pautan ini.

2. Klik menu “My Account”.

3. Seterusnya, klik “Current Year / Previous Year Statement”.

4. Klik butang “View Details”.

5. Maklumat jumlah simpanan akan terpapar di skrin.

Terdahulu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pernah memaklumkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan Disember sedang diproses secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.

Baca: Pengeluaran Wang KWSP, Cadang Skim i-Ceria Berjumlah RM10000

Baca: “Suami Bukan Warganegara, Dapat Permit Atas Nama Majikan, Boleh Ke Mencarum?” Ini Jawab KWSP

Sumber: Sidang Media

Nadhirah