Siakap Keli
SingCERT
Gambar via Mothership

SingCERT Minta Pengguna macOS Ventura, iPhone 8 & Beberapa Lagi Kemas Kini Perisian Segera

SingCERT Minta Pengguna macOS Ventura, iPhone 8 & Beberapa Lagi Kemas Kini Perisian Segera

Semua pengguna macOS Ventura, iPhone 8 ke atas dan juga iPad digesa untuk mengemas kini perisian peranti mereka dengan segera oleh Singapore Computer Emergency Response Team (SingCERT). 

Memetik Mothership, Apple telah pun mengeluarkan kemaskini ciri  keselamatan terbaru dipercayai boleh tangani dua kelemahan produk mereka yang boleh mengakibatkan isu seperti penggodaman jarak jauh.

Difahamkan, ia dipercaya boleh membenarkan penggodam melakukan pelaksanaan kod dengan sewenang-wenangnya jika peranti tersebut berjaya dieksploitasi. 

Oleh itu, pengguna produk Apple yang terjejas dinasihatkan untuk mengemas kini perisian mereka kepada versi terkini seperti mac OS Ventura 13.0. untuk mac OS Ventura, iOS 16.1.1 untuk iPhone 8 dan ke atas. 

Didamping itu juga, kemas kini  iPadOS 16.1.1 pula untuk peranti iPad Pro (semua model), iPad Air generasi ke-3 dan ke atas, iPad generasi ke-5 dan ke atas serta iPad mini generasi ke-5 dan ke atas. 

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Selalu Dibanding Dengan Adik Beradik, Kecewa Mak Ayah Tak Hargai Result Aku Walau Ada A..”

Sumber: Mothership

Faiz Mustafa