Siakap Keli
anda perlu tahu budi individu
Gambar: BERNAMA

BUDI Individu: Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kelayakan, Cara Mohon

BUDI Individu: Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kelayakan, Cara Mohon

Seperti yang diketahui, Kerajaan baru sahaja mengumumkan bantuan terbaharu iaitu BUDI MADANI yang boleh dimohon oleh individu yang layak bermula hari ini, 28 Mei 2024.

Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Di bawah program bantuan ini, terdapat dua kategori, iaitu BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

Difahamkan, pemohon yang layak akan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM200 secara bulanan.

Sehubungan itu, SK hari ini akan menjelaskan salah satu kategori bantuan, BUDI Individu dan cara untuk memohon bantuan ini di bawah.

Apa itu BUDI Individu? 

BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Permohonan ini telah dibuka mulai 28 Mei 2024 dan dibuka sehingga sepanjang tahun.

BACA: Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Walau bagaimanapun, beberapa kriteria diperlukan bagi melayakkan pemohon menerima bantuan seperti berikut;

Kriteria pemohon

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN
3. Pemohon perlu memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

Kriteria pemilikan kenderaan 

1. Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu.
2. Lesen kenderaan motor (cukai jalan kenderaan) masih aktif.
3. Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia
4. Berdaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan nombor MyKad.

Kriteria tambahan yang tidak layak BUDI individu

1. Menggunakan motosikal diesel.
2. Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat atau pertubuhan.
3. Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
4. Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing.
5. Jenis kenderaan: Karavan motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Cara permohonan BUDI Individu

Permohonan bantuan ini tidaklah terlalu rumit dan ia hanya perlu dilakukan secara atas talian di https://budimadani.gov.my.

1. Pemohon perlu membuat pendaftaran akaun pengguna.
2. Klik pada paparan “Mohon Di Sini” bagi BUDI individu.
3. Kemudian, masukkan maklumat pemohon seperti nombor kad pengenalan (MyKad), nombor telefon bimbit, nama bank, nombor akaun bank dan alamat e-mel.
4. Isi maklumat kenderaan diesel seperti nombor pendaftaran kenderaan, tarikh luput lesen kenderaan motor (cukai jalan kenderaan), jenama atau model kenderaan dan kelas kegunaan kenderaan.
5. Siap.

BACA JUGA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang ‘Semak Status’ pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima bantuan pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bantuan pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

Manakala bagi permohonan tidak diluluskan, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan pada awal Jun 2024.

Kaedah Pembayaran BUDI Individu

Gambar: BERNAMA

Untuk kaedah pembayaran, RM200 akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau pemohon yang tiada akaun bank boleh mengambil secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Adakah pembayaran BUDI Individu masih berjalan sekiranya lesen kenderaan motor jalan tamat tempoh?

Pembayaran BUDI Individu akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan).

Pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada portal BUDI https://budimadani.gov.my.

Pembayaran akan dibuat semula apabila semakan data agensi rnenunjukkan Lesen Kenderaan Motor tersebut aktif.

Adakah pemohon akan menerima bayaran BUDI Individu untuk bulan-bulan sebelumnya jika kelewatan mendaftar dari tarikh permohonan dibuka?

Bayaran BUDI Individu hanya akan dibuat mulai bulan permohonan diluluskan. Setelah permohonan dibuat, bantuan tunai akan disalurkan kepada pemohon yang diluluskan mengikut bulan permohonan diluluskan.

BACA JUGA: Semua Model Perodua & Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan – Anthony Loke

Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Bagaimanapula jika suami atau isteri merupakan wakil rakyat di kawasan ABC, adakah layak untuk memohon BUDI Individu sekiranya saya mempunyai kenderaan diesel?

Jawapannya adalah wakil rakyat dan pasangan tidak layak.

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya permohonan ditolak kerana maklumat kenderaan JPJ tidak selari dengan kegunaan semasa?

Pemohon perlu hadir ke kaunter JPJ berhampiran untuk mengemas kini maklumat berkenaan.

Seterusnya, pemohon perlu mengemukakan rayuan dan tindakan semakan semula kelayakan akan dibuat selepas maklumat terkini diterima daripada pihak JPJ.

Gambar: BERNAMA

Jika pemohon gagal untuk mendaftar bagi program BUDI individu, dimanakah pemohon boleh mendapatkan bantuan?

Sekiranya gagal mendaftarkan diri atau menerima keputusan tidak diluluskan (dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu).

Pemohon digalakkan untuk mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan.

Jika pemohon memiliki syarikat perdagangan dan telah menerima fleet card melalui program SKDS 1.0. Adakah pemohon layak memohon BUDI Individu?

Tidak layak sekiranya permohonan BUDI Individu menggunakan maklumat pendaftaran kenderaan yang sama dengan permohonan di SKDS.

BACA JUGA:“Bancuh Kopi Boleh, Cuci Pinggan Boleh,” Lelaki Mirip Keanu Reeves Curi Perhatian Warga Maya

Namun, sekiranya pemohon memiliki kenderaan diesel persendirian, pemohon masih layak untuk memohon di bawah BUDI Individu, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Pemohon telah membuat permohonan fleet card melalui program SKDS 2.0, tetapi belum mendapat sebarang kelulusan. Adakah pemohon boleh membuat permohonan BUDI Individu?

Fleet card adalah bagi kenderaan 33 jenis badan merangkumi 10 badan bagi SKDS 1.0 dan 23 badan bagi SKDS 2.0, manakala permohonan BUDI Individu adalah untuk pemohon kenderaan diesel persendirian milik individu.

Sekiranya nombor pendaftaran kenderaan berkenaan ditemui dalam rekod SKDS 1.0 atau SKDS 2.0 berdasarkan rekod agensi, pemohon tidak layak memohon BUDI Individu.

Kenderaan pemohon didaftarkan di Selangor atau Semenanjung Malaysia, tetapi Lesen Kenderaan Motor kenderaan kenderaan tersebut dibayar di Sabah atau Sarawak memandangkan pemohon menggunakannya untuk bekerja dan tinggal di Sabah atau Sarawak. Adakah pemohon layak untuk memohon BUDI Individu?

Tidak layak. Ini kerana Kriteria semasa hanya layak bagi kenderaan yang digunakan dan Lesen Kenderaan Motor yang dibayar di Semenanjung Malaysia sahaja.

Pemohon telah berpindah daripada Sabah ke Selangor dan membawa kenderaannya yang diisytiharkan di Sabah. Adakah pemohon layak untuk memohon BUDI Individu? 

Pemohon layak untuk memohon. Namun, memandangkan LKM kenderaan masih didaftarkan di Sabah, pemohon perlu mengemaskini maklumat kenderaan di mana-mana cawangan JPJ di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu.

Selepas itu, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada portal BUDI https://budimadani.g0v.my atau menghubungi talian bantuan BUDI atau mengemukakan emel kepada [email protected]

Pemohon telah menerima bayaran BUDI Individu pada 8 Julai 2024 bagi bulan Jun dan Lesen Kenderaan Motor kenderaan saya akan tamat tempoh pada 24 Julai 2024 dan tidak diperbaharui. Adakah pemohon akan menerima bayaran BUDI Individu bagi bulan Julai?

Tidak. Pembayaran BUDI Individu akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan membuat permohonan semula.

BACA: Vaksin AstraZeneca Tiada Kaitan Dengan Kes Darah Beku, Serangan Jantung – Dr Noor Hisham

Kenapa peniaga pasar malam atau usahawan kecil yang menggunakan diesel untuk genset, tidak mendapat bantuan?

Buat masa ini, permohonan BUDI Individu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian milik individu. Sebarang perkembangan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Adakah bantuan tunai diesel untuk setiap kenderaan atau setiap individu?

Bantuan tunai ini akan disalurkan kepada pemilik kenderaan diesel yang menepati kriteria program BUDI Individu.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Kementerian Kewangan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.