Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
ulang tahun ashraf sinclair
Kredit: Bunga Citra Lestari

Ulang Tahun Ashraf Sinclair, BCL Titip Ucapan Istimewa

Azizah Najib

Ulang Tahun Ashraf Sinclair, BCL Titip Ucapan Istimewa

Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair hari ini, penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menitipkan ucapan hari lahir istimewa buat Allahyarham.

Menerusi di Instagram miliknya, BCL turut mengenang kembali kenangan ketika mereka bersama.

“Selamat ulang tahun kelahiran di syurga. Rasa seperti terlalu banyak kata untuk diungkap, terlalu banyak kisah untuk diceritakan. Tetapi tidak tahu bagaimana,” ucapnya.

BACA: Nora Ariffin Sudah Rujuk Semula Dengan Suami

BCL yang merindui Allahyarham turut mengucapkan terima kasih atas kenangan indah yang ditinggalkan oleh Allahyarham.

“Hanya mampu ucapkan terima kasih. Terima kasih untuk segala kenangan indah. Semua perit jerih yang kita lalui bersama, keriangan, gelak tawa dan tangis yang kita kongsi bersama.

“Terima kasih untuk segala kenangan indah kita bersama. Awak sangat bermakna buat saya, dan buat semua yang menyayangi awak,” tambah BCL.

BACA: Sah, Sarah Suhairi Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia pada 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga bersama BCL pada 8 November 2008. Menerusi perkahwinan tersebut, kedua pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.

Setelah tiga tahun pemergian Allahyarham, BCL kemudiannya sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Tiko Aryawrdhana pada Disember tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Bali, lapor Sinar Harian.

Baru-baru ini, BCL telah menamatkan khidmatnya sebagai juri tetap selama lapan minggu di Malaysia bagi rancangan Gimme the Mic Malaysia. Kehadirannya di sana mendapat sambutan dari para peminat tempatan.

Momentum dalam kerjaya BCL di bidang seni dilihat tidak tergugah dek status dirinya dengan penghasilan filem, muzik video dan jelajah di Malaysia, Indonesia dan Singapura semenjak pemergian Allahyarham.

Terbaru, BCL juga telah mengeluarkan satu lagu bersama Yuna yang bertajuk Watak Utama.

Sumber: Bunga Citra Lestari (1) (2), Astro Awani, Sinar Harian

BACA: Bakal Ditayangkan, “Teaser” Filem Minecraft Dapat Pelbagai Reaksi

BACA: Pilu, Ibu & Kakak Mariah Carey Meninggal Dunia Hari Sama