Berita›Tragedi

Tiga Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Bertembung Treler
Tiga Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Bertembung Treler LAHAD DATU — Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi, lapor Astro AWANI. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat […]

Tak Putus Dikunjungi, Keluarga Rayu Rehat Seketika Daripada Terima Tetamu
Tak Putus Dikunjungi, Keluarga Rayu Rehat Seketika Daripada Terima Tetamu Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, memaklumkan tidak dapat menerima kunjungan tetamu bermula Rabu sehingga Sabtu depan. Perkara itu disahkan oleh abang kepada Allahyarham, Mohd […]

Mayat Lelaki Dewasa Ditemukan Terapung Di Taman Tasik Danau Kota
Mayat Lelaki Dewasa Ditemukan Terapung Di Taman Tasik Danau Kota KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada 8.16 […]

Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Mata Kail Tersangkut
Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Mata Kail Tersangkut JERTIH, 28 Jun (Bernama) — Seorang pelajar Tingkatan Empat lemas selepas cuba mengambil mata pancing yang tersangkut di Sungai Kampung Amer di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata mayat Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, ditemukan pada 9.05 malam oleh […]

Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel
Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita berusia 26 […]

Lelaki Maut Nahas Babit Tiga Kenderaan Di Port Dickson
Lelaki Maut Nahas Babit Tiga Kenderaan Di Port Dickson SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) — Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) di Kilometer 13 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata kejadian berlaku 3.30 petang tadi […]

Kemalangan Pesawat TUDM: CN-235 Alami Masalah “Nose Landing Gear”
Kemalangan Pesawat TUDM: CN-235 Alami Masalah “Nose Landing Gear” KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) – Pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pagi tadi dilaporkan mengalami masalah ‘nose landing gear‘. Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan hari ini mengesahkan berlaku kemalangan melibatkan pesawat […]

Bas Persiaran Terbabas Di PLUS, 36 Pelancong India, Pemandu Selamat
Bas Persiaran Terbabas Di PLUS, 36 Pelancong India, Pemandu Selamat IPOH, (Bernama) — Seramai 36 pelancong warga India dan seorang pemandu bas tempatan terselamat selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 396.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Tanjung Malim, petang semalam. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni […]

Mangsa Dan Ahli Keluarga Nahas Di Gerik Alami Trauma – Noraini
Mangsa Dan Ahli Keluarga Nahas Di Gerik Alami Trauma – Noraini JERTIH, 18 Jun (Bernama) — Nahas ngeri membabitkan bas yang dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Gerik, Perak pada 9 Jun lepas bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, malah turut menjejaskan emosi ahli keluarga mereka. Timbalan Menteri […]

Suami Isteri Maut, Tiga Anak Cedera Dalam Kemalangan Di Pekan
Suami Isteri Maut, Tiga Anak Cedera Dalam Kemalangan Di Pekan KUANTAN, 18 Jun (Bernama) — Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kemalangan yang berlaku […]

Empat Pejalan Kaki Cedera Dilanggar Kereta Di Cameron Highlands
Empat Pejalan Kaki Cedera Dilanggar Kereta Di Cameron Highlands KUANTAN (Bernama) – Empat individu termasuk tiga kanak-kanak tempatan cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di KM 68 Jalan Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata kemalangan itu, mengakibatkan pengunjung seorang lelaki berusia 24 […]

Pekerja Kedai Cuci Kereta Parah, Kereta Dipandu Terjunam Dari Tingkat Tiga
Pekerja Kedai Cuci Kereta Parah, Kereta Dipandu Terjunam Dari Tingkat Tiga KUALA LUMPUR (Bernama) – Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala […]

Dua Maut, Enam Cedera Dalam Kemalangan Di Lipis
Dua Maut, Enam Cedera Dalam Kemalangan Di Lipis KUANTAN, 13 Jun (Bernama) — Dua maut manakala enam lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran Kampung Chegar Perah, Lipis awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Ismail Man berkata […]

Pesawat Air India Terhempas: 5 Pelajar Di Asrama Kolej Perubatan Maut
Pesawat Air India Terhempas: 5 Pelajar Di Asrama Kolej Perubatan Maut Lima pelajar perubatan dilaporkan maut dan yang lain cedera selepas pesawat Air India yang terhempas merempuh asrama kolej Perubatan BJ di Ahmedabad, Gujarat pada Khamis. Menurut portal NDTV, mangsa yang terkorban terdiri daripada empat pelajar sarjana muda dan seorang pemastautin pasca siswazah. Seorang saksi […]

UPSI Kemas Barang 15 Pelajar, Guna Lori Kontena Hantar Ke Pangkuan Keluarga
UPSI Kemas Barang 15 Pelajar, Guna Lori Kontena Hantar Ke Pangkuan Keluarga Minggu ini, negara dirundung pilu apabila satu kemalangan ngeri berlaku sekitar jam 1 pagi di Gerik, Perak. Kemalangan bas persiaran yang membawa 42 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut tidak hanya menyebabkan kecederaan, malah turut mengorbankan nyawa 15 penuntut universiti berkenaan. […]

Tiada Isu Kekurangan Darah Di HRPB – Exco Perak
Tiada Isu Kekurangan Darah Di HRPB – Exco Perak IPOH, 10 Jun (Bernama) – Tiada sebarang pengumuman dibuat oleh pihak Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) mengenai isu kekurangan darah bagi menampung keperluan mangsa kemalangan bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) semalam. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi […]

Dakwaan Jalan Raya Di Lokasi Kemalangan Rosak Tidak Benar – Ahmad Maslan
Dakwaan Jalan Raya Di Lokasi Kemalangan Rosak Tidak Benar – Ahmad Maslan TUARAN, 10 Jun (Bernama) — Dakwaan kononnya jalan raya di lokasi kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam, rosak dan berlubang adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata walaupun […]

Nahas Bas Gerik: Rakaman Video Kamera Papan Pemuka Bahan Utama Siasatan
Nahas Bas Gerik: Rakaman Video Kamera Papan Pemuka Bahan Utama Siasatan KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Ketika gema takbir Aidiladha masih berkumandang di seluruh negara, suasana hari ini bertukar menjadi episod duka apabila 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, […]

Nahas Bas UPSI: APAD Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat
Nahas Bas UPSI: APAD Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris […]

Kronologi Kemalangan Bas Ragut 15 Nyawa Pelajar UPSI
Kronologi Kemalangan Bas Ragut 15 Nyawa Pelajar UPSI KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Awal pagi ini, negara dikejutkan dengan kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak awal pagi ini. Nahas tragis melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza […]