Berita

Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan
Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan JAKARTA, 30 Sept (Bernama) — Pasukan penyelamat Indonesia pada Selasa berusaha mengesan puluhan pelajar yang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat sebuah sekolah pondok runtuh di Jawa Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 70 lagi cedera. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul […]

Hampir Dua Juta Saman Tertunggak, JPJ Seru Pengguna Jalan Raya Bayar Sebelum 31 Dis
Hampir Dua Juta Saman Tertunggak, JPJ Seru Pengguna Jalan Raya Bayar Sebelum 31 Dis KOTA BHARU, 30 Sept (Bernama) — Hampir dua juta pengguna jalan raya bakal berdepan tindakan disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya gagal menjelaskan saman tertunggak sebelum 31 Dis ini. Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata jumlah […]

Anwar Terima Pelawaan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford
Anwar Terima Pelawaan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford KUALA LUMPUR, (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) untuk mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada suatu masa yang bersesuaian. Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata undangan itu diterima beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang […]

Sasterawan Negara Rejab Ismail Meninggal Dunia
Sasterawan Negara Rejab Ismail Meninggal Dunia KANGAR, 30 Sept (Bernama) — Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh dekat sini hari ini. Setiausaha I Persatuan Penulis Perlis Noor Zaidi Hamad berkata Rejab, 84, meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi. “Saya difahamkan arwah akan dikebumikan selepas […]

YouTube Bayar Lebih RM92 Juta Kepada Trump
YouTube Bayar Lebih RM92 Juta Kepada Trump YouTube bersetuju membayar sebanyak AS$22 juta (sekitar RM92,653,000) bagi menyelesaikan saman yang difailkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Menurut AFP, saman itu difailkan selepas platform tersebut menggantung akaun Trump susulan insiden serangan ke atas Bangunan Capitol pada 6 Januari 2021. Menurut dokumen mahkamah, wang penyelesaian tersebut […]

Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman FIFA Terhadap Malaysia
Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman FIFA Terhadap Malaysia JAKARTA — Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Erik Thohir menafikan tuduhan bahawa terdapat campur tangan negaranya dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain naturalisasi Harimau Malaya, lapor CNN Indonesia. “Kami tidak campur tangan […]

Wanita Terperangkap Lebih 2 Hari Dalam Perigi Lama
Wanita Terperangkap Lebih 2 Hari Dalam Perigi Lama Seorang wanita di China dilaporkan terselamat selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi lama. Difahamkan, mangsa terpaksa bertahan selama 54 jam dengan hanya berpaut pada dinding perigi. Menurut SCMP, kejadian itu berlaku pada 13 September lalu di Quanzhou, wilayah Fujian. Mangsa, 48, ketika itu sedang berjalan santai di […]

Harga RON95 Tanpa Subsidi Ditetapkan Pada RM2.60 Seliter – MOF
Harga RON95 Tanpa Subsidi Ditetapkan Pada RM2.60 Seliter – MOF Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada kadar RM2.60 seliter mulai 30 September, selaras dengan pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Menerusi kenyataan tersebut, BUDI95 membolehkan warganegara Malaysia menikmati harga bersubsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui […]

Jalan Istana Ditutup Tiga Jam, Beri Laluan Istiadat Perarakan Pernikahan Raja Muda Selangor
Jalan Istana Ditutup Tiga Jam, Beri Laluan Istiadat Perarakan Pernikahan Raja Muda Selangor SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) — Jalan Istana, Klang akan ditutup selama tiga jam bermula 7 pagi hingga 10 pagi pada 2 Okt ini bagi memberi laluan kepada istiadat perarakan pernikahan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ketua […]

MTL: JBPM Kesan 763 ‘Hotspot’ Berisiko Banjir Di Pahang
MTL: JBPM Kesan 763 ‘Hotspot’ Berisiko Banjir Di Pahang KUANTAN, 29 Sept (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang telah mengenal pasti 763 lokasi ‘hotsport’ berisiko banjir menjelang peralihan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku antara November hingga Mac tahun depan. Pengarah JBPM Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata berdasarkan […]

UPNM Hulur Bantuan, Sumbang Laptop Kepada Pelajar Baru Anak Yatim
UPNM Hulur Bantuan, Sumbang Laptop Kepada Pelajar Baru Anak Yatim Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam menjaga kebajikan pelajarnya, khususnya pelajar baharu melalui pelaksanaan Program Ziarah Prihatin Pelajar Baharu. Inisiatif itu seiring hasrat UPNM melalui Hal Ehwal Pelajar dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai jaminan sokongan sepanjang […]

Projek Rintis Veteran ATM Sebagai Warden MRSM Berpotensi Diperluas Ke Seluruh Negara
Projek Rintis Veteran ATM Sebagai Warden MRSM Berpotensi Diperluas Ke Seluruh Negara KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Projek rintis pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang bermula Ogos lepas, berpotensi diperluas ke seluruh negara sekiranya penilaian enam bulan pelaksanaannya menunjukkan hasil positif. Pengerusi Majlis Amanah […]

Kenyataan MFL Berhubung Keputusan FIFA Ke Atas Pemain Warisan
Kenyataan MFL Berhubung Keputusan FIFA Ke Atas Pemain Warisan Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan penggantungan tujuh pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Menurut kenyataan rasmi MFL, tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terlibat dalam penggantungan tersebut […]

BUDI95: Pastikan Data MyKad & Lesen Memandu Selaras
BUDI95: Pastikan Data MyKad & Lesen Memandu Selaras BACA: Dr Hanis USIM Cemerlang Raih “PhD Without Correction” Dari Cambridge Sumber: MOF via BERNAMA

Dr Hanis USIM Cemerlang Raih “PhD Without Correction” Dari Cambridge
Dr Hanis USIM Cemerlang Raih “PhD Without Correction” Dari Cambridge “Saya selalu bersyukur diletakkan di jalan ini.” Itulah bait kata penuh makna daripada seorang wanita Malaysia yang layak digelar “beauty with brain”, Dr. Hanis Hidayu Kasim. Perjalanan akademik beliau bukan sekadar satu lagi kisah kejayaan yang terlakar menjadi kebanggaan tanah air. Malah, ia sebuah kisah […]

Budak Genius Umur 7 Tahun Belajar Kimia Di Universiti Terkemuka Singapura
Budak Genius Umur 7 Tahun Belajar Kimia Di Universiti Terkemuka Singapura Pada usia hanya tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki dari Singapura sudahpun menghadiri kuliah kimia asas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebanyak tiga kali seminggu sejak Ogos lalu. Theodore Kwan, yang ditemani ibu atau bapanya, hadir ke kuliah satu hingga dua jam bersama tablet, nota […]

Alumni UPSI Meninggal Dunia Ketika Hantar Adik Daftar Pengajian
Alumni UPSI Meninggal Dunia Ketika Hantar Adik Daftar Pengajian IPOH, 29 Sept (Bernama) — Hasrat seorang abang menghantar adik perempuannya mendaftar pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim bertukar tragedi apabila meninggal dunia secara mengejut semasa dalam perjalanan, semalam. UPSI memaklumkan Nik Mohamad Syahrul Azzim Nik Yusoff, 29, yang sedang dalam perjalanan dari […]

Pokok Tumbang Hempap Lima Kenderaan Di George Town
Pokok Tumbang Hempap Lima Kenderaan Di George Town GEORGE TOWN, 29 Sept (Bernama) — Hujan lebat disertai angin kencang sejak tengah malam tadi telah menyebabkan sebatang pokok besar tumbang dan menghempap lima kenderaan di Lintang Macallum di sini awal pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang […]

Murid Terjatuh Lubang Kumbahan: Polis Ambil Keterangan Sembilan Individu
Murid Terjatuh Lubang Kumbahan: Polis Ambil Keterangan Sembilan Individu SEREMBAN, 29 Sept (Bernama) — Polis telah mengambil keterangan sembilan individu setakat ini berhubung tragedi seorang murid terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai dua hari lepas. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata mereka yang dirakam keterangan termasuk pengadu kes, […]

Kini Dibuka Kepada Lalu Lintas, China Rasmi Jambatan Tertinggi Dunia
Kini Dibuka Kepada Lalu Lintas, China Rasmi Jambatan Tertinggi Dunia China pada Ahad merasmikan pembukaan jambatan tertinggi dunia, “Huajiang Grand Canyon Bridge”, sekali gus mencatat rekod baharu dalam kejuruteraan moden selepas tiga tahun pembinaan. Jambatan ini bahkan menyingkirkan Beipanjiang Bridge, juga terletak di wilayah Guizhou, daripada kedudukan teratas. Sebelumnya, Beipanjiang Bridge dengan ketinggian 565 meter […]